Bilal Di Masjid London Central Cedera Ditikam Ketika Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Seorang bilal berusia 70 tahun ditikam dalam satu kejadian di sebuah Masjid London Central di United Kingdom. Kejadian berlaku pada waktu petang, hari Khamis. Mangsa dikenali sebagai Rafat Maqlad. 

Pegawai Polis Metropolitan dihubungi pada Khamis untuk ke Masjid Pusat London berhampiran Regent’s Park. Pegawai mendapati seorang lelaki yang mengalami kesan luka tikaman dan paramedik merawat beliau di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki cuba membunuh, namun mengatakan serangan itu bukan bermotifkan keganasan, lapor CNN

Imej yang dipaparkan di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkulit putih yang memakai jubah merah, seluar jeans, dan berkaki ayam direbahkan ke lantai oleh pihak polis di dalam masjid.

“Solat baru sahaja bermula dan suspek solat di belakang mangsa, sebelum menikamnya,” kata seorang saksi.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kemaskini status di Twitter, meluahkan kekesalan atas kejadian berkenaan.

“Ini amat mengerikan dan ini tidak sepatutnya berlaku, terutama di tempat ibadat,” tulisnya.

Pun begitu, lapor Daily Mail, bilal tersebut masih mampu tersenyum walaupun bahagian bahunya mengalami kecederaan. Menurut salah seorang saksi, mereka tidak pernah nampak kelibat suspek sebelum ini di masjid.

Siasatan sedang diteruskan dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kredit: Awani, Siakap Keli

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!