Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.
Penceramah itu sudah mengalami masalah tidak boleh tidur dan berlarutan sejak dua bulan lalu sehingga kini.

“Ustaz sekarang sakit dan kurang sihat..dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini ustaz mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.
Sehingga semalam sakit masih tidak berkurangan dan kami merujuk beliau ke hospital dan ustaz sudah dibenarkan pulang di rumah,” kata pembantu peribadi beliau.
Baca : Sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini, Ustaz Ebit Lew
Bagaimanapun katanya, selepas balik ke rumah Mohd Kazim masih mengadu sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga masih kembung.
Terdahulu, Ustaz Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam hantaran berkenaan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.
Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor mengenai apa sebenarnya masalah kesihatan dihadapi Ustaz Kazim.
Jom kita sama-sama mendoakan semoga kesihatan Ustaz Kazim kembali sembuh seperti sedia kala. Insyallah.
Semoga bermanfaat. jangan lupa share 🙂
4 Comments
moga Ustaz Kazim cepat pulih…
sama-sama kita berdoa untuk kesembuhan kesihatan beliau,
aamiin Ya rabbil alamin
Allahumma… berikan kesembuhan kepada Ustaz Kazim yan Allah. Umat Islam di Malaysia ini masih memerlukan taburan imunya sebagai pembimbing kami mendekatiMu ya Allah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tokey Air Balang Fancy Jual 50 Perisa Air Di Bazar Ramadan Ajar Ilmu Free Bisnes Air Balang
Assalamualaikum…. sama-sama kita semua doakan agar Ustaz Kazim cepat sembuh dan dapat jalani ibadat puasa dalam keadaan sihat walafiat. Amin…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?
moga diberi kesembuhan segera buat UKE.
sempena 10 hari terakhir ramadan, moga ada keajaiban daripada Allah. Ada kebaikan atas ilmu ustaz sampaikan
Curahan rasa izwan @ ..Cari Duit Tambahan Dengan Smartphone
Comments are closed.