Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maaf kepada semua yang sering singgah dan tinggalkan jejak komen kerana tidak dapat nak melayan kauter pertanyaan. Kesibukan tugas dan urusan keluarga sangat mendesak ketika ini. Aku berikan lebih masa melayan dan bersama dengan anak-anak yang tinggal di asrama yang hanya sesekali dapat bersama mereka. Orang bijak pandai berkata biar sekejap bersama keluarga tetapi pastikan masa itu benar-benar berkualiti.Konsep sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak rotan-rotankan memang menjadi prinsip yang telah membawa kejayaan dalam hidup keluarga kami.

Gambar hiasan dari Google

Di samping itu aku sedang sibuk menguruskan bisnis baru menternak ikan Arowana yang sedang cadang-cadang untuk ikut serta. Menyahut seruan kerajaan untuk buat bisnis high performance iaitu bisnis modal kecil tapi pulangan berlipat kali ganda. Aku pun sedang merancang contest SEO baru yang akan diumumkan minggu ini dengan konsep yang agak berbeza. Stay tune ya supaya tidak ketinggalan ..hadiah not bad juga lah.

Dua tiga hari ini akau sering mendengar lagu ini yang nak dikongsikan bersama teman-teman semuga ada pengajaran disebaliknya…Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya. Jumpa lagi next entri.


Spread the love

242 Comments

  1. sebab itulah dalam kehidupan ini, segala yang kita impikan mahupun idamkan itu tidak semestinya akan kita peroleh.dan setiap perancangan tentang bingkisan masa depan itu tidak semuanya akan berjalan seperti biasa dan lancar.pasti akan ada dugaan ataupun halangan yang akan menimpa.

    1. tapi ada juga di antara kita terus mula lemah dalam pencarian untuk kejayaan dalam kehidupan,jadi jangan menjadi sedemikian kerana kita setiap manusia pasti akan menemui saat kita untuk menempa kejayaan,tetapi yang membezakan kita semua adalah masa dan bagaimana kita akan menemuinya nanti.

    1. semua kita tahu bukan senang untuk menjadi mudah dan dan bukan susah untuk menjadi perit dalam kamus kehidupan.paling penting untuk kita cepat sedar apa yang kita temui dalam kesalahan untuk saat membuat pilihan kehidupan dan kerjaya.

      1. contohnya, dulu citanya ingin menjadi seorang doktor yang kita kira dan tahu tugasnya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa manusia.tetapi atas sebab terkandas dalam peperiksaan ataupun pelajarannya makanya cita-cita itu manjadi impian sahaja kerana akhirnya haluannya terpaksa ditukar kepada apa yang mampu dicita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!