Assalammualaikum dan salam sejahtera.
STRES adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.
Baca : 7 Doa Pendek Yang Mujarab Untuk Hilangkan Stress, Sedih, dan Gelisah
Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain.
Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
Baca : Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah
Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
Baca : Antioksidan Black G, senjata melawan radikal bebas
Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres.
Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.
Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.
Jadi, jangan stres-stres. Amalkan pemakanan dan hidup yang sihat.
Wallahu’alam. Dah baca klik share 🙂
Baca : Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi
sumber : astroawani, AIA
5 Comments
penyakit jantung ni memang silet killer. ayah saya dah kena heart attack tahun lepas. alhamdulillah, berjaya buat pembedahan bypass. sekarang dah normal. sihat seperti biasa. kena sentiasa buat check up. sebab tanda2 dah ada cuma kita je yang tak sedar.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Texas Chicken Kota Bharu
Tekanan memang wujud setiap masa, cuma kita harus bijak kawal macam mana nak alihkan tekanan tersebut dengan cara yang betul.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
Semoga kita terhindar dari penyakit yg brbahaya seperti penyakit jatung , kronik dan sebagainya yg mampu membawa maut kpda diri sendri dan memberi kesan kepada org lain
Curahan rasa sakinah @ ..Travel Baby Set Tasneem Barangan yang Harus Dibawa semasa Travel bersama Bayi
Selalu bersyukur dan menjalani semua kegiatan dengan ketenangan hati agar tenang dan tidak membuat kita stress
Kata orang, salah satu tanda stress adalah bila berlaku sesuatu kejutan atau terdengar berita mengejutkan, jantung mengepam kuat. Selalunya jantung mengepam kuat hanya setelah kita keletihan buat aktiviti fizikal.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
Comments are closed.