Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama saintifik kunyit hitam ialah Kaempferia parviflora di bawah keluarga Zingiberaceae, kurang popular berbanding herba lain seperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kucing, namun khasiatnya sangat banyak.

Tumbuhan kunyit hitam ini ditanam secara meluas di Thailand berbanding di Malaysia. Mungkin faktor itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya.

Sedangkan hasil kajian MARDI mendapati kunyit hitam BlackG mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan tenaga manusia, dikatakan mampu menjadi bahan rawatan penyakit jantung dan kawal gula dalam darah.

Selain itu, kunyit hitam BlackG sesuai untuk golongan wanita, ianya sangat bagus untuk menambah tenaga, merawat sakit lutut, pinggang dan sebagainya.

Kapsul Black G daripada MARDI jadi rebutan

Kajian tentang bahan aktif di dalam ubi yang berwarna ungu itu dan MARDI mendapati khasiat kunyit hitam blackG yang utama ialah dari segi tenaga serta mempunyai keberkesanan yang positif untuk resdung, buasir, kanser dan sakit wanita terutama bagi mereka yang lepas bersalin.

Walau bagaimanapun, Pihak MARDI sangat menjaga kualiti produk dan paling penting adalah kandungan kunyit hitam blackG itu.

Produk kunyit hitam hasil penyelidikan MARDI itu membabitkan jenama BlackG Health Theraphy, Black G Energy Booster, Black G Coffee Premix dan Black G Pure Extract (kapsul).

Kunyit hitam BlackG berkualiti tinggi

Pada sekitar Jun 2018, benih kunyit hitam ini agak sukar diperolehi di pasaran tempatan. Ada yang mendapatkannya dari Thailand pada harga RM200 sekilogram.

Kunyit hitam ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan untuk pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan.

Berbanding di Thailand, penghasilan produk berasaskan kunyit hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang menanamnya secara berskala besar.

Kekurangan kunyit hitam di negara ini menyebabkan ia sangat sukar diperolehi dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti tongkat ali dan kacip fatimah. Kunyit hitam ini mudah ditanam samada di atas tanah, di dalam pasu atau menggunakan beg semaian. 

Bagaimanapun pokok tersebut tidak sesuai ditanam menggunakan tanah liat dan memerlukan kawasan redup bagi mengelak terkena cahaya matahari berlebihan. 

Kunyit hitam akan mencapai tahap matang antara 10 hingga 12 bulan dan memerlukan pemantauan rapi terutama dari segi baja dan air.

Jika ditanam secara komersial, tumbuhan herba ini boleh membawa pulangan lumayan kepada pengusaha untuk pasaran dalam dan luar negara.

Maklumbalas pengguna BlackG amat positif

Teknologi kultur tisu adalah satu pendekatan untuk membiakkan bahan tanaman secara aseptik di dalam medium dan biasanya ditumpukan kepada tanaman yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan prospek cerah pada skala komersial.

Mengikut laporan Harian Metro pada 5 Oktober 2018, proses menghasilkan anak benih kunyit hitam menggunakan kaedah kultur tisu ini dibangunkan oleh Pegawai Penyelidik, Program Agri-Omik dan Bioinformatik, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman.

Menurut beliau, tidak ramai yang mengetahui khasiat dan kebaikan kunyit hitam. Secara saintifiknya, khasiat kunyit hitam yang berwarna ungu kehitaman sudah dibuktikan melalui kajian yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal. Ramai juga yang sudah memberikan testimoni selepas menggunakan produk Kapsul Black G Nutrima by MARDI ini.

Dr. Zuraida berkata, produk berasaskan kunyit hitam ini boleh diguna pakai dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, campuran produk bersama kopi, kosmetik dan farmaseutikal.

Kajian kunyit hitam ini mendapati ia mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti. Teknik kultur tisu tumbuhan sudah lama diterima dan diguna pakai untuk pembiakan mikro pelbagai jenis tumbuhan serta tanaman.

Bagi sesiapa yang mahu direct contact dengan ejen kami, boleh klik di link ini; Senarai Nama Ejen #BlackG yang sudah berdaftar dengan Denaihati Network. Atau boleh klik di link bawah yang disediakan;


Spread the love

3 Comments

  1. Is the product popular in Malaysia Volten Dr4 now changed Vr4 approval by Mardi?. Caused me also consuming for months even it was have Mardi approval

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!