Redha Dengan Ujian Yang Menimpa, Allah Cuci Dosa Kita

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

“Betapa ajaibnya urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” 

(Hadith riwayat Imam Muslim)

Hadith di atas menunjukkan pentingnya kita redha dengan ujian yang menimpa pada kita. Kita janganlah memberontak dan mengalah tatkala badai ujian menyimbah kehidupan kita yang fana ini.

Allah sayangkan kita. Dengan ujian, hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati sanubari kita agar redha dengan keperitan hidup yang menusuk jiwa raga.

Hayatilah hadith di bawah ini yang menggambarkan keindahan sifat redha:

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah, maka Allah murka kepadanya.” 

(Hadith riwayat at Tarmizi)

Ada yang tidak redha melepaskan anaknya mencari rezekinya di bandar. Ada yang tidak redha dengan ujian yang menimpa. Ini semua penyakit hati yang perlu dibersihkan.

Penawar penyakit ini adalah kembali pada Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh sendu tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).

Berzikirlah siang dan malam. Berjagalah malam menghadap wajah ke arah kiblat. Hayatilah al-Quran dari segi makna dan tafsirannya.

Alunan Al-Quran menjadi penawar mujarab duka lara. Hiasilah diri dengan sifat terpuji seperti sedekah, sopan, pemalu, berlumba lumba mengejar kebaikan dan rendah diri.

Cucilah jiwa ini dengan majlis ilmu. Barangsiapa yang menempah jalan menuntut ilmu yang benar, insyaAllah syurga ganjarannya.

Jangan memberontak dan marah tatkala ujian yang menimpamu. Redhalah dengan ujianmu. Redhalah dengan keperitan jiwamu. Semoga ujian ini menjadi pengasah jiwamu.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? …..

(Surah Al-Ankabut: 2-3)

Wallahu’alam. Dah baca? Tolong share 🙂


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!