Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Antara kekuatan yang kita semua rasakan dalam hidup ini pastinya apabila dikurniakan kesihatan yang baik.

Bagi orang yang diuji dengan masalah kesakitan, sudah pasti tubuh badan mereka lemah, kurang selera makan, malah untuk menguntum senyuman juga terasa berat.

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.” Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.

Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat membolehkan seseorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih sempurna.

Jagalah kesihatan kita supaya kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna


Begitu juga dengan ibadat puasa, memerlukan kesihatan yang baik untuk berpuasa sepanjang hari. Selain itu, ibadat haji juga memerlukan kekuatan fizikal untuk melaksanakan semua rukun haji.

Sebab itu, apabila dikurniakan kesihatan yang baik, kita perlu menjaga dan ‘mempersembahkan’ setiap ibadat dengan baik.

Bukan saja dapat melengkapkan ibadat wajib, malah yang sunat juga tidak ditinggalkan.

Jika tidak berusaha ke arah itu, ia satu kerugian besar kerana kita tidak tahu satu masa nanti kita diuji dengan penyakit. Ketika itu amalan yang hendak dilaksanakan pastinya tidak sebaik ketika masih sihat.

Benar ada yang mengatakan, manusia akan merasa sesuatu nikmat itu apabila kita kehilangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita peroleh daripada Allah SWT sebagai bukti kebesaran-Nya, cuma terlalu sedikit manusia mengucapkan rasa syukur.

Dalam Surah an-Nahl, ayat 18, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Pastikan setiap kali selepas solat, jadikan doa yang wajib kita ungkapkan kepada Allah SWT adalah supaya diberikan kesihatan yang baik.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung:

“Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.”

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Boleh baca mengenai Khasiat kunyit hitam BlackG dan Rahsia kunyit hitam.

Wallahu’alam. Dah baca? klik share 🙂

kredit : hmetro


Spread the love

20 Comments

  1. Terima kasih kepada penulis yang menulis artikel itu
    sihat adalah mahal, dan ia tetap mahal. tetapi menjaga adalah cara yang paling murah sebelum kita perlu dirawat.
    Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan ini

  2. kesihatan adalah harta karun yang paling mahal untuk kita, bayangkan ketika anda sakit, berapa banyak nikmat yang hilang dari kami dari kesenangan makan, minum, menyembah untuk menikmati senyuman.

    Saya berharap dengan membaca artikel ini semua orang boleh mengekalkan kesihatan mereka dengan baik

  3. Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat.” Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.

    Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat membolehkan seseorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih sempurna.
    Curahan rasa ummu @ ..Stokis Tasneem Naturel Ipoh PerakMy Profile

    1. Ye. Sememangnya kita wajib untuk menjaga kesihatan kita supaya kita lebih selesa untuk beribadah kepada Nya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!