Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network baru-baru ini telah menaja percutian Tuan Farizal, Pengurus Al Ansar Properties bersama keluarga di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Tajaan atas kerja kuat beliau membantu menguruskan pentadbiran Denaihati Network. Berikut adalah perkongsi pengalaman percutian beliau untuk tatapan pembaca blog Denaihati.com.
Pengalaman bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik dengan layanan oleh kakitangan di resort tersebut yang terbaik. Mana tidaknya, sampai di sana sahaja kami terus dijamu dengan ‘Welcome Drink‘.
Ditambah pula dengan biliknya yang besar, luas dan teratur dihiasi pemandangan pepohonan hijau yang mampu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.
Pelbagai pakej percutian kita boleh pilih di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ni bergantung kepada percutian kita seperti percutian keluarga, percutian bulan madu dan sebagainya. Menariknya setiap pakej percutian di sini adalah termasuk lawatan (Tour) di mana kita boleh pilih sama ada nak tour untuk 1 hari ataupun setengah hari.
Sepanjang percutian selama 3 Hari 2 Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands memang penuh dengan aktiviti menarik sama ada yang telah diatur oleh pihak resort mahupun aktiviti dengan keluarga. Memang tak rugilah datang berkunjung ke sini.
Sempat pergi melawat Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sangat menarik dan cantik pemandangan ladang teh BOH yang menghijau. Kawasan ladang tehnya sangat besar dan luas. Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungai Palas tu juga terdapat BOH Tea Centre yang menjadi tempat istirehat sesuai untuk hilangkan penat sambil menikmati minuman dan makanan berasaskan teh dan strawberry.
Gambar di atas merupakan jambatan untuk Tracking di puncak Gunung Brinchang yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti pengunjung boleh tengok Bandaraya Ipoh dari sini. Memang cantik. Nak naik ke puncak Gunung Brinchang ni kalau boleh jangan pakai kereta sendiri takut rosak je.
Berada di puncak Gunung Brinchang memang suatu pengalaman yang cukup best. Dapat melihat panorama yang sangat indah dari menara yang terdapat di puncak Gunung Brinchang. Boleh nampak kepulan awan bergerak. Sungguh cantik.
Taman rama-rama dan Strawberry Farm juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ada bermacam-macam jenis rama-rama boleh tengok kat situ. Di Strawberry Farm pula boleh petik sendiri buah strawberry. Buah strawberry yang ada di situ memang fresh, sedap dan manis, terbaik dari ladang.
Bila berada di Cameron Highlands memang rugi kalau tak singgah Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm. Banyak barang dijual dengan harga yang murah seperti baju, buah-buah, sayur, barangan cenderamata dan macam-macam lagi.
*Pakej yang diambil ni untuk 4 Dewasa dan 2 Kanak-kanak : Apartment Fresno Suite dengan 2 bilik tidur, 1 set Steamboat Dinner, kek, jamuan pie dengan kopi atau teh, dan setengah hari tour ke Gunung Brinchang. Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi.
Kepada Rakan Blogger yang teringin ke Strawberry Park Resort untuk percutian yang tidak dilupakan dengan package harga yang berpatutan sila contact team Denaihati insyallah boleh dapat yang terbaik.
172 Comments
Insya Allah jika ada wang serta waktu yg sesuai, rasanya nak pergi juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Suasana yg nyaman sesuai uk bercuti bersam keluarga di musim cuti sekolah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah antara tempat2 yg paling mnarik di Mly.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Keindahan Strawberry Park Resort, Cameron Highlands menang menarik sekali, nyaman, damai, mengasyikan dan ceria sentiasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
haha igt nak ke sana minggu dpn tapi sme hotel pakat2 naik rate time weekend…sgt mahal…berbaloi lagi ke cherating…nanti saya buat post psl cherating…jjcm trip~! 🙂
Curahan rasa Nanatron @ ..Gerai 17, Asam Pedas Power di Tepian Tebrau
teringin nak bercuti ke sini
semua teringin nak kesana zaid, cuma belum ada rezeki jer…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Ayat2 Cinta
Percutian yang menyeronokkan.. setakat ni aku cuma pernah sampai genting highland.. belum berpeluang melawat cameron highland lagi..
Curahan rasa Kulanzsalleh @ ..Menangani Isu Website Offline Akibat Menggunakan Servis CloudFlare
waah.. best nye.. dah lama tak pergi cameron highland..
Curahan rasa Ikhwan Pauzi @ ..Jom Melawat Perak – Tempat Makan Best!
tak sabar la pula untuk bercuti ke sini bulan 9 nanti..tentu seronok..thanks for sharing the experience…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Menangi Tiket ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains Negara
ni bro punya package lah
Curahan rasa denaihati @ ..Income Blog untuk apa
bestnya.lama betul diri ini tak jejak kaki ke cameron.huhu
Curahan rasa arelan @ ..tHe DaY FiNaLLy CoMes….
Subhanallah, memang cantik Cameron Highlands. Tak pernah lagi sampai di sini. Moga boleh pergi…
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Bab Ketiga Cerpen Cinta Syurga
Oh ya … duduk situ 3 hari 2 malam ….. pemandangan kat atas tu memang awesome la …..
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Gambar Perkahwinan Blogger Irene Nadia Abd Rahim
Pernah duduk sini, memang sejukkkkkk ..best best ….. masa tu blog tepi2 je … tak macam skang ni ..hehehehehe…
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Gambar Perkahwinan Blogger Irene Nadia Abd Rahim
semakin ramai bloggers bercuti di sini. mujur dah naik 2 kali, so < sikit rasa cemburu.. 🙂
Curahan rasa tips @ ..Tutorial Melipat Seluar Kecil
boleh tahan jugak tempat nih…
Curahan rasa azman @ ..Bila Sibuk Melanda – Apa pun tak boleh
Comments are closed.