Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network baru-baru ini telah menaja percutian Tuan Farizal, Pengurus Al Ansar Properties bersama keluarga di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Tajaan atas kerja kuat beliau membantu menguruskan pentadbiran Denaihati Network. Berikut adalah perkongsi pengalaman percutian beliau untuk tatapan pembaca blog Denaihati.com.
Pengalaman bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik dengan layanan oleh kakitangan di resort tersebut yang terbaik. Mana tidaknya, sampai di sana sahaja kami terus dijamu dengan ‘Welcome Drink‘.
Ditambah pula dengan biliknya yang besar, luas dan teratur dihiasi pemandangan pepohonan hijau yang mampu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.
Pelbagai pakej percutian kita boleh pilih di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ni bergantung kepada percutian kita seperti percutian keluarga, percutian bulan madu dan sebagainya. Menariknya setiap pakej percutian di sini adalah termasuk lawatan (Tour) di mana kita boleh pilih sama ada nak tour untuk 1 hari ataupun setengah hari.
Sepanjang percutian selama 3 Hari 2 Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands memang penuh dengan aktiviti menarik sama ada yang telah diatur oleh pihak resort mahupun aktiviti dengan keluarga. Memang tak rugilah datang berkunjung ke sini.
Sempat pergi melawat Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sangat menarik dan cantik pemandangan ladang teh BOH yang menghijau. Kawasan ladang tehnya sangat besar dan luas. Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungai Palas tu juga terdapat BOH Tea Centre yang menjadi tempat istirehat sesuai untuk hilangkan penat sambil menikmati minuman dan makanan berasaskan teh dan strawberry.
Gambar di atas merupakan jambatan untuk Tracking di puncak Gunung Brinchang yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti pengunjung boleh tengok Bandaraya Ipoh dari sini. Memang cantik. Nak naik ke puncak Gunung Brinchang ni kalau boleh jangan pakai kereta sendiri takut rosak je.
Berada di puncak Gunung Brinchang memang suatu pengalaman yang cukup best. Dapat melihat panorama yang sangat indah dari menara yang terdapat di puncak Gunung Brinchang. Boleh nampak kepulan awan bergerak. Sungguh cantik.
Taman rama-rama dan Strawberry Farm juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ada bermacam-macam jenis rama-rama boleh tengok kat situ. Di Strawberry Farm pula boleh petik sendiri buah strawberry. Buah strawberry yang ada di situ memang fresh, sedap dan manis, terbaik dari ladang.
Bila berada di Cameron Highlands memang rugi kalau tak singgah Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm. Banyak barang dijual dengan harga yang murah seperti baju, buah-buah, sayur, barangan cenderamata dan macam-macam lagi.
*Pakej yang diambil ni untuk 4 Dewasa dan 2 Kanak-kanak : Apartment Fresno Suite dengan 2 bilik tidur, 1 set Steamboat Dinner, kek, jamuan pie dengan kopi atau teh, dan setengah hari tour ke Gunung Brinchang. Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi.
Kepada Rakan Blogger yang teringin ke Strawberry Park Resort untuk percutian yang tidak dilupakan dengan package harga yang berpatutan sila contact team Denaihati insyallah boleh dapat yang terbaik.
172 Comments
macam2 komen ada =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Euro dah habis, mengantuk lagi ke?
teringin plak nak pi cameron..
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Menarik di Langkawi
mmg nak sgt pergi ke cameron highland ni.. tp tgk harga hotel kat strawberry park resort ni… kurang berkemampuan.. hehehehe
Curahan rasa Queen Teratai @ ..Ammar dah tak menangis (^____^)
semua hotel kat sana mahal ker?
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
Kalau teringin kami boleh bantu nego kan harga insyallah boleh dapat diskaun banyak terutama week day.
Curahan rasa denaihati @ ..Brady Barr, Pakar Reptilia National Geographic di Zoo Negara
Ni yg rasa nak pergi lagi ni…hehe
InsyaAllah, andai kate jadi, insyaAllah, akan contact team DH…insyaAllah…terima kasi DH =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Euro dah habis, mengantuk lagi ke?
seronoknya. belum sampai2 lagi Cameron Highlands. huhu. Kalau nak pergi nanti, boleh lah contact DH 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..JIMAT BERBELANJA DI JOM HEBOH
saya pun belum ada rezeki lagi nak jalan2 ke sana…
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
Seronok. Nak2 kalau anak2 dah pandai tgk itu ini =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Euro dah habis, mengantuk lagi ke?
bestnya.. dah lama tak ke sana.. kena tunggu kembar tu besar sikit bawa bawa berjalan 🙂
Curahan rasa syiela @ ..Peyakit Batu Karang / En. Ad dah sembuh
kalau tyme cuti, kanak2 ler yang paling happy…
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
tempatnya enak ya,,mantappp…apalagi bersama keluarga
iya…bcuti bersama keluarga adalah saat yang di nantikan setiap orang…
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
Setuju. Sama2 kita berterima kasih pada Dh yg sudi berkongsi tempat2 menarik kat Malaysia ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Euro dah habis, mengantuk lagi ke?
ini yang buat rasa nak pergi bercuti nieh.. tak pernah g sana lagi ..
Curahan rasa namia @ ..Mensyukuri Nikmat Yang Ada
seronoknya kalau pat g sana ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
siapa yang ngga mau untuk cuti ditempat yang sejuk nan indah, saya juga ingin sekali bersama keluarga kesana.
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengatasi Kulit Berminyak
itulah inpian setiap orang…semoga impian kmu tcapai ya…
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
nikmat nan indah untuk bersantai dan berlibur,,,
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengatasi Kulit Berminyak
masih tak berkesempatan bercuti kat resort ni…selalu jgk ke cameron tp pernah menginap di sini….nnti lps ni blh cuba…tq DH for de info
Curahan rasa dinar @ ..BELI, BELI, BELI…emas sekarang!
Ada tawaran tour juga yang disediakan dalam Camren Higlands ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Ada taman strawberry lagi, akan lebih mengasikkan apalagi kalau bisa memetik sendiri buahnya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
dapat makan strawberi yang masih fresh…
Curahan rasa Nana @ ..Bujang Seblak Tewas Jua
Asiknya bila berkesempatan berlibur di sana
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Suasanyanya terlihat sangat menyenangkan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Apalagi dalam suasana pegunungan yang asri
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Last time saya pegi pagi balik petang, sume tempat tu saya singgah juga. Cuma tak dapat nak petik sendiri je buah strawberi tu.
Saya beli aje kat pasar tu 🙂
Curahan rasa faizul @ ..Demam bola dah habis? Ini cuma pemanasan!
Ada pasar yang menjual strawberry juga rupanya di dekat situ
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
great article good job, thank you very much online web directory
Comments are closed.