Status Halal Coklat Pepero

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]

Status Halal coklat pepero

Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz  dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.

coklat pepero halal atau tidak

Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.

[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN

Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini

Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini

Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]

Khamis, 03 April 2014 00:31

Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.

Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.


Spread the love

187 Comments

  1. betul…..coklat ni memang banyak kat Langkawi……memmang betul member cina saya beritahu semua coklat ni tak halal diorg menggunakan minyak babi…….semua coklat ni dari Koreo……sesiaper yg memakannyer kene samak lah yerr

    1. PENIPU MELAYU TERBESAR. Nanti Pepero Korea sue awak sampai mampus.

      Awak sendiri tak periksa logo halal, lepas makan baru salahkan orang lain. Mata kau kat lutut ke?

      Biasalah orang haram main makan dulu je, sama macam beli toto 4D. Anak haram

  2. produk yg berasakn tumbuhan xsmstinya halal..kita klu xtau jgn buat fakta mcm kita xpert bab mknn..sedangkn arak sndr base dr tumbuhn..wlupn papero tu katanya dr tumbuhn..tp coklat tu dah di proses mcm2 utk djdikn coklat PAPERO jd sbgi pguna msti pandai…bkn mamandai2

  3. Kebanyakan coklat kt Langkawi bkn pemegang Sijil halal..di ulangi BUKAN PEMEGANG SIJIL HALAL tp xbermaksud ia haram..So if nak clear hal mcm ni JAKIM kene la buat kerja spy rakyat xtny2..ni x jwpn selalu tergantung & boleh ditimbulkan persoalan..

  4. Macam mana nak cek status halal melalui sms or online ? Puas saya cuba tapi tak pernah dapat ..

  5. Assalam.tuan tanah. Better check betul2 sebelum post entry ni. Jadi fitnah nanti.
    Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

    Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc).

    Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang ‘PEPERO tak halal’ kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal.

    Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.

    Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, kepada sesiapa yang masih was-was, disarankan agar tidak memakannya dan tidak pula mempertikai mereka yang yakin memakannya (refer hadith Rasul saw).

    Diharap pencerahan ini membantu dan mohon disebarkan. Jazakumullah khayr

    *nota kaki: Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada ‘cop’ halal.

    Regards,
    Nurfarahin Romli

    1. Produk luar negara di luar negara makan di luar negara bukan jadi persoalan di sini. Yang menjadi soal ialah produk import dari luar negara yang dipasarkan di sini. Orang sini tak tahu samada produk import itu halal atau tidak memandangkan ia datang dari sebuah negara yang majoriti bukan Islam.

      Pelajar Malaysia di luar negara boleh ada banyak sebab untuk pilih produk ini tanpa ada persoalan halal seandainya dah terbukti di sana ianya halal dengan keyakinan yang ada, tetapi tidak bolehlah sandarkan keyakinan anda untuk permasalahan umat Islam di Malaysia. Situasi di sana dengan sini adalah berlainan.

      Di Malaysia, adalah meyakinkan jika produk itu ada sah Logo Halal Malaysia kerana itulah adanya Hub Halal dan Jakim untuk bantu, apatah lagi untuk produk dari luar negara yang bukan sebuah negara majoriti Islam. Jika kita ambil mudah soal logo halal JAKIM di Malaysia, maka nanti di masa akan datang orang lain dan masyarakat akan lebih percaya cakap2 pelajar luar negara dari pengiktirafana logo Halal Jakim itu sendiri.
      Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Lazada Malaysia Makin MelampauMy Profile

    2. Hmm.. tentang sah halal tu, kene rujuk pada y arif.. n satu lagi kalau la betul ade pihak halal korea menjelaskn hal seperti y saudari tergkn, knp pihak kedutaan ataupn HDC xdmaklumkn?? Satu hal lg, mana bukti y mnyatakan pihak halal korea berhubung dgn isu pepero ni?? Buktikn dgn fakta n kenyataan, baru kite boleh jelas dgn penjelasan saudari ye.. sbb ayah kawan sy dari jakim, tiada sebarang kenyataan y dimaklumkn oleh pihak pengeluar mngenai pepero..

    3. Saudari, betul komen saudara Hasrul, aplikasi terma ”Halal” anda disana berlainan di tanah air yang semestinya majoriti beragama Islam. Halal dari segi ”Kosher” dan ”Halal” walaupun serupa tapi tidak sama. Sila google ”Kosher” untuk maklumat lanjut. Intipatinya, walaupun kandungannya berunsurkan bahan semulajadi ataupun tumbuhan, yang kita tidak ketahui adalah bahan pemprosesan yang digunakan sama ia berasaskan unsur kimia yang halal atau tidal. Sebagai contoh saya berikan adalah seperti ekstrak protein dari sumber tenusu memerlukan reaksi enzim dari rennin (halal atau tidak bergantung kepada cara penyembelihan anak lembu), barulah penggumpalan protein itu boleh berlaku dan terhasilnya produk dinamakan ”CHEESE”. Ini adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan sama ada produk itu halal ataupun meragukan ataupu haram. Harap dapat membantu dalam memahami status dan fungsi logo ”HALAL” yang lebih besar terjemahnya.

    4. Terima kasih ataS penjelasan itu….. sekarang ni … wlaupun ase logo halal tp masih x halal…ayoooo…. mcmne tu…. kompius….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!