Statistik @Denaihati 2010

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, melihatkan statistik 2010 Kujie2.com sememangnya menjadikan aku lebih bersemangat untuk berblogging pada tahun 2011. Kalau nak dibandingkan dengan statistik denaihati 2010 memanglah jauh sangat daripada statistik Kujie2.com. Walaubagaimanapun untuk menyedapkan hati denaihati.com bermula awal 2010 dan alhamdulillah graf meningkat setiap bulan kecuali pada bulan November dan Disember atas sebab-sebab peribadi.

Visitor 2010 Denaihati.com

  • Unique Visitors : 0.3 juta
  • Number of visits : 0.6 juta
  • Pageview : 4.2 juta
  • Hits : 15.2 juta

Bukan suatu angka yang boleh dibanggakan tetapi menjadi satu tugas berat pada tahun 2011 untuk mengekalkan dan paling mencabar untuk meningkatkan jumlah trafik. Mungkin kena lebih banyak buat contest lagi kot sambil bermain SEO dengan cara bersahaja. Terima kasih kepada semua blog dari seluruh dunia yang menjadi top link referrer sepanjang 2010.

Sebagaimana 1Dunia tahu bahawa blog ini telah menganjurkan contest komen terbanyak sepanjang 2010 dan hasilnya komen yang datang mencurah-curah sehingga tuan rumah pun tak sempat nak balas setaip komen yang ditinggalkan tetapi syukurlah kerana teman-teman yang menjadi pengujung setia sudi untuk menjawab sebahagian daripada komen tersebut. Kepada ramai yang berkecil hati kerana aku tidak menjawab komen jutaan maaf dipohon insyallah akan diperbaiki untuk tahun 2011.

Nampak banyakkan total komen ini tapi kalau nak dibandingkan dengan jumlah komen Kujie2.com yang tak menganjurkan contest kira denaihati.com tewaslah dan apa kurangnya komen di blog sifu Rohaizad yang memang banyak pengikutnya dan antara top blog in Malaysia. Kepada peserta contest top commentator 2010 harap bersabar insyallah tak lama lagi keputusan akan diumumkan dan kita lihat siapa yang bertuah mendapat hadiah notebook Acer Aspire One.

Terima kasih, Syukran, Thank You, Makaseh kerana terus bersama Denaihati.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

125 Comments

          1. Memang benar juga Bang Iwan.. tapi bukan ker dulu kewujudan blog hanya untuk berkongsi perjalanan hidup, dah hanya orang terdekat saja yang perlu tahu?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!