Solat Terawih 8 atau 20

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat malam 1 Ramadhan penuh sesak Masjid di Taman Perumahan kami setelah puasa diistiharkan oleh Pemegang Mohor Besar Majlis Di Raja. Ada di kalangan yang datang macam tak pernah kenal pun dan ada yang tak sangka rupanya kita duduk satu taman perumahan.

Habis je Solat Terawih 8 rakaat bertempiaran keluar sehingga tak sempat nak tunggu doa tinggallah beberapa saff jemaah biasa yang meneruskan hingga rakaat ke 20 dan Solat Witir 3 rakaat. Bagaimana fenomena di Masjid dan Surau tempat anda, sama ke?

Solat sunat Terawih ini istimewa kerana hanya diadakan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan-bulan yang lain. Kalau Para Sahabat, Ulama dan Para Tabiin menganggap Solat Terawih sebagai acara merehatkan badan sambil mendengar bacaan Al Quran untuk mendapat redha ALLAH SWT tetapi kita pula merasakan bagai paksaan.

Solat Terawih merehatkan badan setelah seharian berpuasa

Semakin penghujung Ramadhan ujian semakin tinggi kerana acara dunia semakin banyak mana yang nak pergi majlis Buffet Ramadhan, shopping baju raya dan shopping kuih raya. Fenomena biasa semakin hujung bulan Ramadhan Masjid dan Surau semakin kosong dan Pasaraya dan Mall semakin penuh.

Kenapa tidak tahun ini kita bersama mengubah budaya yang tidak baik ini. Mari kita sama- sama berazam untuk melipat gandakan amalan terutama Solat Terawih dan mengejar Lailatul Qadar yang ganjarannya SubhanAllah terlalu besar tiada bandingan dengan wang ringgit, Emas dan Silver trillion dollar. Kalau tak sempat solat di Masjid atau Surau bolehlah kita laksanakan di rumah sendirian atau berjemaah dengan keluarga.

Tak kisahlah Solat Terawih 8 atau 20 rakaat yang penting jangan tak solat lansung kerana jangan jadikan kita antara manusia yang rugi. Jangan jadikan Ramadhan tahun ini tiada nilai muhasabah dan kita sama seperti tahun-tahun yang lepas. cuma buat 8 dapat pahala 8 tak sama dengan ganjaran untuk mereka yang buat 20 rakaat.

Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki apa yang kurang sebelum ini. Peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah imannya.

Panduan Solat Terawih dan kelebihannya @ Solat Sunat Terawih.


Spread the love

47 Comments

  1. Saya tidak mahu bincang samada 8 atau 20 rakaat mana lebih baik kerana ia akan jadi perbincang orang yang Jahil. Seperti di penghujung entri Bro DenaiHati menekan untuk melaksanakan solat Tarawih bukannya jumlah rakaat.

  2. Kalau sempat ke masjid, terawih hanya 8 rakaat sebab bawa anak2.. tapi kalau buat kat rumah mmg buat 20. Terasa bersalah kalau kat rumah buat 8 je. Ada lagi solat sunat lain dari Sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh kita lakukan pada malam2 Ramadhan tertentu selepas kita mengerjakan terawih. Boleh juga cuba khatamkan Al-Quran pada bulan ni dengan membaca 1 juz’ tiap2 hari dan bagi wanita, untuk masa seminggu cuba baca 2 juz setiap hari agar tidak ketinggalan bila cuti bendera merah datang. 🙂 Selamat beribadat semua! 😉
    Curahan rasa Shemah @ ..Wordless Wednesday: My Little MermaidMy Profile

  3. 8 rakaat itu datangnya dari hadis melalui Sayyidatina ‘Aisyah yang mana Nabi tidak membuat solat malam melebihi 11 rakaat. tetapi itu yan diketahui oleh Sayyidatina ‘Aisyah, ada pun daripada sahabat yang lain seperti Sayyidina Ali dan lain lain, lain bilangannya.

    20 rakaat itu datangnya daripada Sayyidina Umar al Khattab.

    Saya? Saya lapan sahaja. Sebab selepas itu selalunya ada kelas. Bersandarkan, Terawih itu sunat, manakala menuntut ilmu itu wajib. Maka win-win situation.
    Curahan rasa syafiq @ ..Lampu Gantung Ala KlasikMy Profile

      1. Muhamadiyah bukan Al Arqam. Muhamadiyah ada puluhan Juta pengikut kedua terbesar selepasa Nadatul Ulama. Muhamadiyah berusaha mengikut Sunnah Rasulullah dan meninggalkan amalan yang dikatakan Bidaah. Diantaranya Muhamadiyah tidak mengamalkan zikir selepas solat.
        Curahan rasa denaihati @ ..Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!