Soalan Percubaan PMR Online 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Peperiksaan PMR 2011 tinggal tak berapa hari lagi. Kalau tak tahu jadual boleh terjah lansung di entri “Jadual Peperiksaan PMR 2011“. Sebagai seorang bapa berdebar juga sebab anak sulong aku dan 4 orang anak saudar akan menghadapi peperiksaan PMR 2011. Sebelum abang balik asrama selepas cuti raya aku dah bagi beberap tips untuk menghadapi peperiksaan PMR.

Tips Menghadapi Peperiksaan PMR :

1. 1 bulan sebelum peperiksaan jangan baca buku teks nanti pening. Fokus menjawab soalan-soalan percubaan sebanyak yang mungkin.  Lebih banyak soalan yang kita jawab keberangkalian untuk menjawab soalan yang akan keluar dalam peperiksaan sebenar lebih tinggi. Buku teks hanya menjadi rujukan untuk jawaban soalan yang kurang pasti sahaja.

Antara Soalan Percubaan PMR 2011 online :

2. Buat nota kecil untuk jawaban soalan PMR yang berkemungkinan keluar untuk dijadikan rujukan sebelum masuk ke ruang peperiksaan. Jangan bawa buku teks ketika nak pergi exam nanti bertambah pening.

3. Sentiasa berdoa semuga ALLAH SWT bukakan hati untuk membaca dan menjawab soalan percubaan yang bakal keluar dalam peperiksaan sebenar dan dapat menjawab dengan baik.

4. Jaga kesihatan dengan makan makanan yang seimbang, cukup minum air dan tidur yang cukup. Terbaik tidur awal dan bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran.

5. Anak dan ibubapa mesti rajin solat malam berdoa semuga ALLAH SWT memudahkan urusan peperiksaan PMR.

Kalau Rakan Blogger ada tips lain bolehlah kongsi untuk anak-anak calon PMR 2011. Kita doakan semua calon PMR 2011 berjaya dengan cemerlang.


Spread the love

45 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!