Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips duit buat duit dan duit“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi cerita skim Adam50 peluang duit buat duit untuk anak-anak kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Teringat dulu masa Abang daftar masuk UKM diwajibkan melabur di Amanah Saham Nasional (ASN) minima RM10. Oleh kerana Abang orang miskin jadi melaburlah paling minima RM10, ada kawan yang melabur RM100. Selama sepuluh tahun tak pernah ambil tahu pun pada pelaburan RM10 ini tetapi apabila periksa rupanya RM10 sudah berganda jadi lebih daripada RM100 manakala kawan Abang yang melabur RM100 dan beganda jadi lebih RM1000. Masa ni ada pelabur yang melabur RM10,000 selepas sepuluh tahun berganda jadi lebih RM100 ribu. Masa itu rasa ruginya kenapa Abang tak melabur RM1000 tapi yang lepas tidak akan boleh diulang.
Hikmahnya inilah titik mula kesedaran Abang kepada kehebatan pelaburan dan faham konsep duit buat duit. Abang mula mencari buku-buku yang boleh menambah ilmu pelaburan dan menghadiri seminar-seminar percuma untuk meningkatkan ilmu pelaburan.
Budaya melabur perlu dimula dari awal usia kalau tidak memang tidak akan faham sampai tua dengan berbagai alasan. Kemanisan duit buat duit akan menyebabkan pelabur jadi ketagih untuk menyimpan dan melihat hasilnya.
Abang memang sokong dengan insentif Bajet 2018 memberi skim ADAM50 kepada anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2018 sehingga 2022.
“Ibu bapa disaran memanfaatkan sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (Adam50), yang buat julung kali diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2018, bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50),”
Beliau berkata, skim itu merupakan satu lagi pendekatan baharu kerajaan dalam mewujudkan dana simpanan masa depan khusus untuk anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022, dan skim berkenaan akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Adam50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB. Jika simpanan dana ini disimpan tanpa diusik, nilainya akan bertambah dan meningkat dari tahun ke tahun kerana ia bukan seperti simpanan biasa dalam akaun bank. Simpanan ini kelak akan membantu anak-anak sama ada untuk pengajian dan memulakan pekerjaan.
Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 5%
- Sepuluh tahun – RM3,257
- Dua puluh tahun – RM5,306
- Tiga puluh tahun – RM8,643
- Empat puluh tahun – RM14,080
Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 6%
- Sepuluh tahun – RM3,561
- Dua puluh tahun – RM6,414
- Tiga puluh tahun – RM11,487
- Empat puluh tahun – RM20,571
Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 7%
- Sepuluh tahun – RM3,934
- Dua puluh tahun – RM7,739
- Tiga puluh tahun – RM15,224
- Empat puluh tahun – RM29,948
Syarat paling utama ibu bapa jangan usik, tambah tak apa seperti Abang tak usik pelaburan RM10 di ASN selama sepuluh tahun.
Abang sokong skim ADAM50 kerana telah membudayakan sifat melabur sejak baru lahir lagi untuk persediaan masa tua. Lebih beruntung kerana permulaan pelaburan ADAM50 adalah insentif yang disediakan oleh Kerajaan bukan dari kocek kita.
Memang sedih sebab budaya melabur ini hanya ada beberapa peratus sahaja di kalangan rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya daripada konsep simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Abang akan kemaskini entri ini apabila sudah tahu cara untuk memulakan pelaburan ADAM50.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
42 Comments
Bagusnya. Kena mula dedahkan kepada anak anak nie. Tq DH!
Saya setuju dengan pandangan tuan Denaihati tentang Skim Adam50 yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet 2018
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Sejaj skim ini diperkenalkan, ramai rakan2 saya yang bergurau.. bila tidur awal jer mereka akan kata sahut seruan skim adam 50 ke? Hehehe..
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Ada pula yang berkata macam ni… “mentang-mentanglah kerajaan dah perkenalkan skim Adam 50, ramai pulak yang tidur awal sekarang ni”..
Bila difikirkan balik, bagus juga adakan skim macam ni… dapat lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah rumahtangga…
hehe..iye tak iye tak komen bro ni.. merapatkan & membesarkan keluarga kan.. hehe
Curahan rasa JMR @ ..Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya
perlu ada perasaan ingin menyimpan dan perasaan itu perlu direalisasikan… terutama di kalangan anak-anak kita mereka perlu diajar dari usia muda…
Curahan rasa salatul @ ..Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017
Betul tu.. Setuju… Teringat semasa zaman saya sekolah rendah dulu… Cikgu ada buat tabungan di sekolah… Walaupun duit belanja sekolah saya cuma 30 sen sehari, tapi saya berjaya menang hadiah penabung terbanyak tahunan…
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
untung kalau ada kesedaran untuk menabung dalam jangka panjang.
anak-anak akan ada wang untuk masa depan mereka.
mereka juga boleh berjimat dan menggandakan wang yang sedia ada.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang
tanggungjawab mak pak sejak anak-anak kecil lagi utk sedarkan mereka ttg pelaburan jangka masa pjg ni..
pelaburang jangka masa panjang mcm ni banyak manfaat. syaratnya jangan selalu sgt usik duit tu. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
Ramai yang masih sedar dgn “the magic of compound interest’ .. kalau faham konsep ini, mesti ketagih nak investment dlm instrumen2 yang ada.
Curahan rasa JMR @ ..Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya
simpan dan lupakan, ramai pelabur emas buat tetiap bulan, beli dan simpan emas 1g setiap bulan.
Curahan rasa reezluv @ ..Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah
beli, simpan & pejam mata kan bro..metod yang paling utk long term investment.. tunggu dlm masa 10-20 thun, insyaallah lumayan
Curahan rasa JMR @ ..Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya
Cara ni nampak memang ‘kejam’ tapi tu lah yang membuahkan hasil lumayan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Banyaknya Jimat! Diskaun 20% GLA COMPLEX dan Vita-E Complex
Betul tuan, masa yang lepas tidak akan berulang. Oleh itu, untuk hari ini , hari esok dan seterusnya melaburlah dengan semampu yang mungkin jika telah dikenal pasti kebaikannya dan tidak memudaratkan pelabur itu sendiri. Skim ADAM50 membantu untuk ajar anak duit buat duit.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
saya suka konsep pelaburan jangka panjang.
orang kata “save dan forget”
banyak kelebihannya.
terutama menambah “cash in hand’ apabila sudah puluhan tahun disimpan
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Ciri Suami Yang Lulus Syarat Poligami
Kena buat anak lagilah tahun depan kalau nak dapat skim ni.. heh.. heh.
Aah, nampak gayanya macam tu lah..baru lepas dapat skim ni..boleh 2 orang pun cukuplah..hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Rezeki Melimpah Ruah Tak Pernah Habis!
tu la untungnya melabur asb. kita perlu di beri lebih banyak pendedahan tentang pelaburan mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone X Mudah Pecah?
Yg saya punya tak tengok bertahun-tahun dah jadi berapa ribu tak tahulah..
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Nak kena buat anak baru untuk tahun depan baru boleh merasa skin Adam50 ni 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda
Itu la, tiada plan nak buat anak baru dalam masa terdekat nie
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Buat Isteri di Sunway Putra Hotel
jangan risau peluang ada sehingga 2022 .. masih panjang masanya tapi syarat kerajaan sekarang kena menang lah PRU14
Syukur kami dapat merasa tahun depan. So, dapat anak lagi dalam tempoh 5 tahun boleh dapat skim ni lagi..hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin
begitu banyak macam pelaburan cara dan halnya berbeda namun pasti yang seperti ini menarik bagi banyak orang
Curahan rasa Bujang @ ..Nipple Fruit @ Terung Susu Kambing
Saya pun sokong Skim ADAM50 ni , semoga selepas ini banyak skim-skim pelaburan yang berguna untuk kita semua nanti dengan erti kata lain celik di dalam dunia pelaburan
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Warkah November
Ye, kerajaan kena bagi banyak skim macam ni.
Nanti makin celiklah rakyat…hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Making Delicious Smoothies On The Go | 5 Resipi Smoothies Yang Menyelerakan
Comments are closed.