Sistem Celcom mengecewakan ramai pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.

Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.

Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.

Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.

Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.

Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.

Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!

Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?

Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)

Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .

Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.

Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?

Ini antara maklum balas pembaca Denaihati

Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.

Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la.  Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar.  Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal.  Wallahua’lam. Pandangan peribadi.

Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.

Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa

Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.

Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

200 Comments

  1. Aku Ada cerita nih. Sistem Celcom memang teruk. Kalau Ada error, duit yang hilang tak akan direfund. Cerita dia, aku topup Rm 40. Baki dlm phone rm 4 ringgit lebih. So aku​ Pon online la game aku. nak beli barang. Dengan yakinnya aku buat transaction. Tapi transaction gagal, disconnected (internet celcom gak, line slow). transaction unsuccessful. tak apa. aku Pon pi la cari tempat yang line clear. buat lain transaction. tiba2 dia tulis baki x cukup. aku Pon pelik. check baki duit dah tolak. aku Pon hairan sbb transaction unsuccessful duit tolak kenapa? Aku Pon call la celcom operator tuh. Bagitau dia tentang masalah ni. Dia check ckp celcom dah byr. transaction successful. Tapi aku x dpt barang lagi. dia ckp it masalah pihak game. Masalah pihak game apa bndanya? Kalau beli Dan transaction successful, akan dpt resit. Dpt sms Dari celcom dgn Google. aku apa Pon x dpt. sms celcom Pon Dak. Google Pon x. Yang celcom duk suruh bincang dgn pihak game. Aku nak bincang apa? bukti pembelian Pon x Dak. Dia potong duit x bagi resit. Tnya operator dia dok ulang ckp masalah pihak game. So aku dah terkena. Mmg x boleh bincang apa2 la sbb bukti Pon x Dak. So lepas ni, aku x guna dah celcom untuk apa2 pembelian online. Takut terkena lagi. Aku Pon dah sarankan Kat keluarga aku yg guna celcom la. Tukar pi prabayar yg lain. Bukan apa. sekarang Kita bnyak guna online. So, Jadi mcm ni susah pengguna jugak. Yang tak pernah terkena, bersyukurlah. Ikutlah kehendak masing2. Kalau terkena, Jadi cam aku, Baru nak menyesal Dan nak tukar lain. Haha. apa2 Pon aku cuma bagitau saja. peringatan. sekian. Ni cerita benar. berlaku pada 14/5/2017. jam 9:33:39. aku buat ” transaction” menurut system dlm celcom yg Mana resit Pon x bagi. Google pay Pon x hntar pengesahan.

  2. The first one i use was CELCOM. Lama juga lak, berbelas tahun. Then baru last year tukar ke DIGI sebab rasa celcom ni makin slow pula, and line dia di tempat saya SArawak kureng sikit. Bila guna Digi OMG! Line digi kat Sarawak laju yang amat! Best! 4G tu 🙂 Hehe

    Apapun, tak kiralah apa pun, Celcom ke, Maxis ke, Digi ke, dll… masing2 ada pro n cons nya sendiri kan.. Biasa la tu 🙂
    Curahan rasa Farah Alina @ ..Berjaya Hamil Dengan VivixMy Profile

  3. Celcom adalah telco pertama yang saya guna, selepas tu Maxis, dan sekarang ni Tune Talk. Masih mencari telco terbaik dan ramai yang cadangkan Digi postpaid sebab quota internet 20GB, banyak tu. Dan bil bulanan cuma RM80 lebih je. Murah sangat-sangat dan berbaloi. Sesuai la untuk orang macam saya yang memang bergantung sepenuhnya pada internet ni.
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Apa itu Pelaburan?My Profile

  4. Dah lama rasanya tinggalkan celcom sejak 7 tahun lepas. Lepas tu guna Hotlink selama 3 tahun tapi disebabkan servis mahal beralih ke Digi sehingga sekarang.

    Dari dulu lagi Celcom kalau sebut pasal customer support memang teruk, Digi walaupun kadang-kadang sangkut-sangkut tapi sentiasa cuba buat terbaik.

    Overall, servis teleco di Malaysia masih pada kos yang agak mahal dan servis yang tidak menepati sepatutnya walaupun negara tak sebesar mana, tapi alasan geografi selalu dijadikan sebab utama, walhal ada banyak negara lain yang lebih mementingkan kelajuan internet berbanding harga.
    Curahan rasa Hasrul @ ..Melancong Ke Singapore: Panduan MudahMy Profile

  5. memang banyak saya dengar rungutan dari pelanggan celcom. pihak celcom sepatutnya mengambil kira pendapat pelanggannya dalam menambahbaikan sistem yang sediada agar pelanggan tetapnya tidak beralih ke telco yang lain.

  6. Memang ada dgr pasal kes Celcom ni..Sebab Eirna sendiri pun pengguna tegar Celcom dari thn 2003 sampai skrg.Dgr macam2 tp Eirna still setia pd yg satu..Sayang kot nk tukar….

  7. Saya dah pakai celcom dari dulu. Dah macam makan nasi. Apa orang cakap ke, iklan ke. Camtu jugak saya. Tak tukar-tukar.

  8. Adik saya pun ada pengalaman x best dengan Celcom, sebab itu dia sekarang pakai telco lain. Namun bagi saya hal ini memang serius. Dunia skrg x macam dulu. Orang mahukan servis yang bagus dan boleh jadi viral kes ini kalau burukkan nama baik telco kalau telco x serius dlm isu ini
    Curahan rasa eCommerce Malaysia @ ..Cara Membeli Barang di Lazada MalaysiaMy Profile

  9. masih setia dengan celcom dan digi.

    la ni, dapat plak guna yes secara percuma.

    so far, digi paling terbaik setakat ni. Merata pegi, memang line digi tetap ada. Sama ada laju, 3g, empat g, lte atau edge..still leh dapat. Yang lain, kekadang langsung takde line.

    HOho..
    Curahan rasa titan @ ..Evolusi SBB 2017.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!