Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.
Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.
Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.
Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.
Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.
Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.
Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!
Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?
Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)
Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .
Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.
Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?
Ini antara maklum balas pembaca Denaihati
Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.
Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la. Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar. Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal. Wallahua’lam. Pandangan peribadi.
Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa
Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.
Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
200 Comments
dulu masa guna celcom sebab teruk sangat terus tukar ke maxis
Rupanya tuan Denaihati tak berkeseorangan.. Ada lagi yang senasib dengan Tuan Denaihati…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
ramai bengang sangat dengan celcom sekarang ni sebab lembab sangta kan admin
Curahan rasa acik @ ..minyak lintah paling berkesan
Tu lah pasal… Yang peliknya telco lain yang menumpang talian Celcom boleh bagi servis yang jauh lebih baik daripada Celcom..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Syukur saya tak pernah ada masalah dengan celcom setakat ni. Dah 9 tahun guna celcom dan semua urusan subscribe pelan, tambah quota, tukar sim tak pernah ada masalah besar.
Masalah yg sy hadapi skang cuma kawasan x kuat coverage. Nasib baik masih mampu buat call, internet memang out terpaksa guna wifi kat rumah.
Curahan rasa Detik Instax @ ..Kisah Pelanggan – Langsung Tak Tahu Apa
Alhamdulillah… Bersyukurlah dapat bertahan lama bersama Celcom…. Lain orang lain masalahnya.. kalau rasa ok, boleh teruskan..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
mujur ade alternatif lain..persaingan menguntungkan pengguna utk memilih
namun coverage yg jadi penghalang..kene kembali ke zaman parabola
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Saiz Backpack Terbaik Untuk Travel dan Bercuti Ideal Pematuhan Berat Bagasi Dalam Pesawat
Ya!! Bila ada persaingan sebenarnya bagus… Supaya masing-masing akan berusaha memberikan servis yang terbaik supaya tidak kehilangan pelanggan…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Kalau dulu, masa tak ada persaingan… Gergasi-gergasi Telco ni boleh buat sesuka hati mereka…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Masih ingat lagi dulu…. Syarikat M jual Startek Pack Prepaid berharga RM200 pun orang sanggup beli…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Cuba zaman sekarang ni kalau ada yang berani buat macam tu… Memang kena dipulaukan dengan pengguna..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Saya pun pengguna celcom ..mula2 pakai celcom, then disebabkan ada pakej yang menarik dari Maxis, jadi berpindah pulak ke Maxis..malangnya, makin lama ada hidden cost dari maxis yang menyebabkan main mahal, dan malas nak cakap banyak dan kebetulan celcom bawa keluar pulak pakej yang lebig menjimatkan dari maxis. Back to celcom. Masa awal2 pakai, nampak everything okay, tapi semenjak 2 tiga bulan ni, lain macam pulak. Slow dan tak stabil. Dah fed up juga la, bila time malam.
Kenapa saya tak pakai digi dan lain. masalahnya, liputan kawasan yang saya duduk, selain celcom dan maxis, coveragenya tak berapa okay. So , tiada pilihan. Mau tak mahu, bertabah jerlah.
Curahan rasa sharimah @ ..PROMOSI APRIL 2017
Bila baca komen puan Sharimah ni… Jelas menunjukkan syarikat Telco-telco besar sedang bersaing untuk memikat hati pengguna..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Ada bermacam-macam pekej promosi yang mereka cuba lakukan… Zaman sekarang ni zaman orang perlukan data… Kebanyakan pakej menawarkan pemberian data paling best dengan harga paling murah yang mampu mereka berikan..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
pakej menarik tiap-tiap tahun diaorang buat, tu yang bestntya. kalau dah takde coverage, slow sangat je, tak bileh buat apa juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Zarul Husin memang best dalam Cik Serba Tahu
saya guna celcom dulu zaman belajar je, dan bila berpindah tempat rasa dah tak sesuai dengan line yang sering lagging.
Pada saya, pilih line yang “strong” di kawasan kita duduk janji no dikekalkan. 🙂
Curahan rasa Aziana @ ..Vitamin C Untuk Penyakit Tiga Serangkai Dan Kanser
Line apa yang lebih strong tu?… Boleh share sikit tak? Hehehe nak tahu jugak..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Saya pun dah mula kecewa dengan servis celcom.. hari ni dalam proses nak tukar ke line lain..bye bye celcom..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Perlis – Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan
Ada rasa nak tukar ke talian onexox tak? Kalau ada boleh PM saya… hehehe…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Mana2 telco ada up & downs servis nya.. terpulang kpd diri pengguna dan lihat keserasian perkhidmatan disediakan ikut kesesuaian… Dengan adanya lebih banyak opsyen telco ketika ini, sudah tentu mudahkan lagi utk “melompat-lompat servis provider” 😉 tiada lagi dah “telco” monopoli… Users now have more choices than before..
Curahan rasa irsah @ ..Use MYR Ringgit Malaysia Currency Blogger Shopping Cart Widget – BlogrCart-eX
lompat-lompat telco mana-mana servis yg terbaik memang hak kita semua…heee. ada saingan telco mesti nak jaga service dan reputasi diaorang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi maksud pindaan Akta 355
Setakat ni masih setia dengan Celcom kerana salah satu sebabnya mudah cari line di mana-mana 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG
Alhamdulillah… masih ramai yang terus setia bersama Celcom.. pengguna berhak menilai berdasarkan servis yang masing2 terima..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
Biasalah… mana-mana servis memang macam tu.. ada yang ok dan ada yang tidak..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
Pelanggan berhak membuat penilaian.. sekarang ni ada bermacam-macam jenis telco yang terdapat di Malaysia… kalau rasa tak ok, terus bila tukar ke rangkaian telco yang lain..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
Saya pernah pakai Celcom .. waktu tu awalnya dari TM Touch … lepas beberapa lama .. hmm macam tak berbaloi. Lalu saya tukar ke Maxis … agak lama juga dengan Maxis seblum nampak bil makin merepek.
..
La ni pakai Webe, yang ditukar setelah mencuba Umobile. Puas hati jugalah dengan Webe. Alhamdulillah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Seminar Tajwid Luarbiasa Edisi Ramadan – Diskaun 50% di Melaka, Johor, Shah Alam dan Bangi
TM Touch.. memang legend tu.. saya tak pernah pakai.. tapi saya pernah belikan untuk adik saya..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
bil semakin merepek macam mana tu bro…heeee. webe ramai yang puas hati sekarang ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ghazal@Muar – Karnival kesenian dan kebudayaan Melayu
Dulu pun saya sekejap je dengan celcom. Masalah customer service yang selalu dilengahkan juga
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Percutian Impian dengan Menaiki Western Mediterranean Cruise
wah baru tahu saya ada developer celcom, makasih mba denai untuk informasinya. Kalau di indonesia mungkin belum ada ya
Curahan rasa icp capsule @ ..Cara Mengobati Lemah Jantung Secara Herbal ampuh
internet celcom memang slow. tapi entah kenapa saya masih belum ready nak tukar ke telco lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Perangkap Lipas dalam Kereta
Sebelum ni banyak juga dengar rungutan dari pengguna celcom mengenai service diorang. Celcom kena amik perhatian nih.
dulu penah guna celcom..tapi line problem juga area Presint 14. x tau la sekarang dah ok ke x area tu sbb dah brpindah ke Bangi
Comments are closed.