Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat tahun baru 1438H sahabat-sahabat pembaca setia yang hebat. Syukur ALLAH pilih Abang menziarahi kota lama Khaybar, pusat pemerintahan Yahudi yang digunakan untuk merancang menentang Rasulullah SAW. Mengikut penerangan Ustaz Noehas kota lama Khaybar sangat besar yang mempunyai banyak istana-istana besar dan subor dengan hasil pertanian. Melihat kesan bangunan memang kelihatan kota ini sangat besar dan maju.
Khaybar telah menjadi penempatan Yahudi sejak beratus tahun sebelum Nabi Muhammad diangkat sebagi Rasulullah iaitu sekitar tahun 7 masihi. Sebuah Oasis yang sangat subur menjadi rebutan banyak kerajaan. Ketika Rasulullah merancang untuk menawan Khaybar pada tahun 629M, para sahabat agak sangsi kerana katanya penduduk yahudi boleh bertahan 10 tahun kerana banyaknya sumber makanan.
Peperangan Khaibar itu berlaku disebabkan terdapatnya perancangan penduduk Yahudi Khaybar yang terdiri daripada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah Yahudi yang lain untuk berpakat dengan kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan Kabilah Arab Ghafatan bagi menyerang Madinah. Dengan izin ALLAH kota besar ini akhirnya dapat ditawan seperti maksud ayat 2 surah Al Hashr.
Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
Orang Muslim bergerak menuju Khaibar pada bulan Mei 628 bersamaan Muharram 7 H. Mengikut beberapa sumber, tentera Islam terdiri daripada 1,400 ke 1,800 orang dan antara 100 dan 200 ekor kuda. Beberapa wanita Muslim (termasuk Ummu Salamah) juga menyertai angkatan Islam dengan niat untuk merawat mereka yang tercedera. Berbanding dengan angkata Khaibar yang mempunyai kekuatan seramai 10,000 orang tentera, kontinjen Muslim kecil; namun ini membawa beberapa kelebihan kepada pihak Muslim.
Video kisah perang Khaibar
Hari ini USA boleh diibaratkan sebagai Kota Khaybar yang menjadi pusat menyerang Islam dengan berbagai cara samada peperangan fizikal juga peperangan saraf. Khaybar terletak dalam negeri Madianh kira-kira 150 KM dari bandar Madinah Munawwarah.
Ziarah kami untuk bukan untuk membanggakan kejayaan Yahudi membina kota besar tetapi belajar bagaimana Nabi dan Para Sahabat berkorban segalanya untuk menegakkan agama ALLAH walaupun ditentang kuasa besar. Kita mesti ambil pengajaran dan azam untuk meneruskan usaha Rasulullah SAW menyebarkan kalimah tauhid mengesakan ALLAH.
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
20 Comments
Subhanallah ! Banyak ibrah dari sirah yang kita sebagai Muslim kena ambil. Saya juga teringin nak ke sana . Doakan ye.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Cara Turunkan Berat Badan Lebih Cepat Dengan Detoks
Melihat imej-imej ini sambil membayangkan betapa sukarnya perjuangan nabi, semoga suatu saat boleh melawat tempat ini.
banyak yang boleh kita belajar daripada sirah Nabi kan? tapi sedih juga sebab banyak tempat-tempat bersejarah tinggalan Nabi dan para sahabat di Mekah yang dihancurkan atas nama pembangunan. 🙁
Curahan rasa Oja Samid @ ..Tips Elak Gigi Anak Rosak Cepat
Insha Allah saya juga iongin mengembara seperti tuan , dapat menjejaki tempat – tempat bersejarah . lebih – lebih lagi apabila tempat itu juga ada tercatat pada firman nya.
Curahan rasa onlajer @ ..Elmark lebih bergaya dari Kipas angin KDK
sesuatu yang lain daripada yang lain, menziarahi Khaibar, tempat yang tertulis dalam Al-Quran. Kenapa kota Khaybar ini sudah tidak berpenghuni selepas penduduk Yahudi diusir semasa pemerintahan Khalifah Umar Farouk?
Curahan rasa Nurul @ ..Soya bahaya ke?
lama jugak brader DH kat sana ye.. bagus la, dapat share ilmu dan sejarah islam di blog.. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria
Walaupun bilangan orang Islam kecil. Tapi bila Allah bantu, tak ada kuasa yang boleh kalahkan orang Islam.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..10 Gambar Atikah Suhaime Pelakon Volkswagen Kuning
Dapat sampai ke tempt macam ni memang bertuah. Pasti sedikit sebanyak dapat rasa suasana tempat tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..10 Gambar Atikah Suhaime Pelakon Volkswagen Kuning
Bertuah abg denahati dan team dapat sampai ke sana. Boleh lihat secara live tempat ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..10 Gambar Atikah Suhaime Pelakon Volkswagen Kuning
Walaupun tentera Islam tu jumlahnya kecil, tapi dengan kuasa Allah apapun boleh terjadi
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..3 TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG RANAU SABAH YANG WAJIB DILAWATI
tempat bersejarah yang perlu dikunjungi…gambar-gambar yang mempesonakan, bilalah nak jejak kat sini
Curahan rasa siti hazreen @ ..Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia
Hebat sungguh sejarah. Sejarah membentuk tamaddun.
Begitu juga dengan kesan dari Perang Khaybar ini.
Terima Kasih admin kerana berkongsi kisah ini.
Curahan rasa Che Rizal @ ..Rahsia Dropship Untung 5 Angka dengan Mudah
Nabi pre-empt orang Yahudi. Menunjukkan strategi itu penting — tak kira lah dalam apa pun benda.
Strategi itu satu sunnah.
subhanallah memang teringin juga menjejaki ke sini. tuan buat haji ya, tolong doakan saya sama di sana.
Curahan rasa Raihanah @ ..Tips Jadi Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri
Comments are closed.