Simbah Asid suspek pasti terjerat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berita simbah asid semakin menakutkan ramai wanita muda di Kuala Lumpur. Pada hari Polis mengumumkan suspek simbah asid yang telah menyimbah asid kepada 22 mangsa telah dikenal pasti dengan berani penjahat telah menyimbah mangsa terbaru simbah asid yang ke 23.

Lebih hebat lagi mangsa ke 23 adalah anak kepada anggota polis. Apa motif lelaki psiko ini menyimbah mangsa dengan asid sesuka hati. Dendam atau sakit jiwa?

Gambar Suspek kes Simbah Asid

Terpanggil aku untuk menulis kisah ini setelah mendapat pesanan twitter dari kak yan : “@yanmie: @denaihati minta tlg sebarkan wajah suspek simbah asid http://bit.ly/iMqrTL DH ramai followers, mana tahu blh membantu”

Insyallah dengan 15k follower Twitter dan 5k follower Fanpage Facebook aku akan cuba sedaya upaya membantu insyallah dengan izin Allah semuga tertangkap penjahat ini. Jangan lupa doakan juga setiap kali lepas solat kerana sehebat mana manusia hebat lagi Allah. Setiap kali tweet dan retweet aku akan letak hashtag #simbahasid supaya mudah dijejaki.

Sepandai-pandai tupai melompat pasti akhirnya akan jatuh ketanah juga akhirnya.

Tersebar berita terbaru : “mesej dari IPD tun razak, motor suspek simbah acid, dapat dikesan: honda ex5. WPV 4963” tetapi mengikut blog Kak Jie berita ini bukan dari Polis jadi berhati-hati dalam menyebarkan berita.

Update : Suspek telah menyerah diri di Balai Polis dan Polis berpuashati bahawa beliau bukanlah suspek yang dicari untuk kes simbah asid. Semuga Allah beri pertunjuk sehingga tertangkap penjahat yanh paling dikehendaki sekarang.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

119 Comments

  1. Polis malaysia…buat apa????? ……So….berjaya kah satu malaysia…bila berlaku kejadian perkauman seperti ini???

  2. Gambar di atas tu mengenangkan kepada abang kucing dalam kes Nurin Jazlin. Tapi ini abang asid lah pulak. Sungguh merbahaya orang sebegini. Berdoalah dilindungi dari kejahatan dan kezaliman mental dia.

    Memang pihak polis kena pasang jerat. Baik punya jerat, biar dia tertangkap dan dihukum setimpal. Kalau dah tak boleh ‘handle’ sangat, kita jemput team kesukaan saya tolong selesaikan masalah. Team Criminal Mind. Hih!Hih!Hih!. Mungkin Malaysia patut ada satu! Pasti dah ade…Gegurau sikit.

  3. copy dr blog mazidul.

    Melalui maklumat diterima daripada sumber boleh dipercayai, kenderaan menggunakan nombor penaftaran terbabit WPV 4963 BUKAN motosikal Honda EX-5 tetapi kereta Proton Iswara 1.3 berwarna perak. Pemilik kenderaan terbabit beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan berbangsa Melayu. Berikutan itu saya percaya suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
    Curahan rasa yanmie @ ..I Love U Too Sayang!My Profile

    1. yeahh betul2. td call mazidul pun gossip kejap pasal ni. heheheheh dia tak bg eyra jalan2 KL sgt now. fuhhh nasib smlm takde apa2

      1. takut betul skrg nie, better jgn jln sorang2, biar berteman, bawa air sekali untuk persediaan. air tu gunanya untuk membasuh muka slps kena simbah asid, tp minta dijauhkan dr kita dan harap penjenayah tu dpt ditangkap.

        now polis buat operasi besar2an, dh edar poster kt KL pasal muka penjenayah nie, harap cpt kena tgkp sbb org nie memang bahaya sgt!!
        Curahan rasa yanmie @ ..I Love U Too Sayang!My Profile

  4. bro, mazidul dah bgtau Saspek bukan pemilik no pendaftaran WPV 4963. no pendaftaran tersebut adalah pemilik kereta iswara, dan berbangsa melayu. so bukan berita betul lah yg atas tu :))

    1. berita gambar fotofit tu betul, itu dikeluarkan oleh polis dan keluar kt tv3. kak jie crop kat tv3.com.my sendiri dlm sagmen Buletin Utama

      yang tak betul, message yang orang sebarkan di twitter dan facebook mengenai motor hodan WPV tu… sebab Kak Jie sendiri yang telefon rakancop tanya kesahihan message itu.

      ada keraguan kerana – IPD Tun Razak tak wujud.
      Curahan rasa Kujie @ ..Penulis Jemputan – Carilah Kebaikan Jangan KeburukanMy Profile

      1. ye, saya maksudkan message yg tersebar itu lah kakak. heheheh sbb saya pn tgk news malam tu ada keluar gambar saspek. itu lah pelik jugak. IPD tun razak tidak wujud. :p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!