Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lama juga kami tidak menjengok rakan-rakan di Kemboja kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke 13. Kami dalam eQurban memang mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi tetap boleh bekerjasama dengan harmoni kerana mengamalkan kesederhanaan. Kita sering melaungkan slogan demokrasi tetapi ramai yang tidak dapat mengamalkan dengan memaksa orang lain mengikut fahaman kita. Demokrasi itukan maksudnya bebas memilih ideologi dan sanggup menerima kemenangan pilihan majoriti biar pun hanya dengan kelebihan satu undi.
Kembara musafir Kemboja kali ini agak mencabar kerana dalam tempoh tiga hari kami akan bergerak dari Siem Reap terus ke Battambang dan berakhir di Phnom Penh. Perjalanan ratusan kilometer kali ini pasti tidak akan membosankan kerana kami akan ditemani oleh Ustaz Noehas dan Hj Zainal yang memang banyak ceritanya. Banyak program telah diatur oleh rakan kongsi kami, Koperasi Muslim Kemboja yang akan dikongsikan di entri ini.
Sampai seawal lima pagi dan sempat ngopi di LCCT sementara menunggu AirAsia ke Siem Reap.
Alhamdulillah tepat jam 7.50 am waktu Kemboja lewat satu jam daripada waktu Malaysia pesawat AirAsia selamat mendarat.
Daripada Angkor International Airport Siem Reap kami dibawa terus ke Restoran Muslim Family kepunyaan Ustaz Hj Musa (hp +85512946220) untuk sarapan pagi. Restoran Halal ini disebelah masjid terletak di Stung Thmey Village, sebuah perkampungan Islam di pinggir bandar Siem Reap. Restoran ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi yang membuatkan semua terpaku mengadap smartphone update facebook dan whatsapp.
Lokasi pertama tujuan kami selepas sarapan pagi adalah Tongle Sap, tasik tawar terbesar di Asia Tenggara. Musim sekarang musim panas jadi air memang surut dah keroh. Tasik ini dikelilingi kampung terapung dan mencari sumber pendapatan kepada penduduk yang menjadi nelayan.
Dalam perjalanan pulang dari Tongle Sap kami singgah di Masjid Ar Rafee’ah yang selesai pembinaan pada tahun 2012 dan Madrasah Ar Rafee’ah dalam proses pembinaan.
Kami makan tengahari di Restoran Muslim Family dengan hidangan istimewa “Daging Lembu Naik Bukit”, pelik namanya tapi sedap rasanya. Banyak juga restoran halal di Siem Reap antaranya D’Wau dan KFC. Setelah solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Al Nikmah, masjid terbesar di Siem Reap sebelah restoran Muslim Family kami bergerak ke Angkor Watt.
Rugi kalau datang Siem Reap tak merasa makanan istimewa yang dinamakan Kelan seperti lemang tapi dengan resipi berbeza ada tambahan kacang. Cuaca panas memang segar bila dapat basahkan tekak dengan air tebu yang segar dan manis kemudian pekena air kelapa yang muda, sejuk dan manis.
Setelah melawat Angkor Watt dengan bayaran masuk usd20 seorang yang merupakan antara tapak sejarah dunia kami bergerak menuju ke Battambang. Kami sampai di Hotel Khemara Battambang sebelum maghrib setelah mengharung perjalanan lebih 3 jam. Selepas membersihkan diri kami dibawa ke Masjid Dhia Uddin untuk solat Jamak Isyak dan Magrib, makan malam dan mengikuti majlis ceramah oleh mufti Kemboja, Datuk Kamaruddin.
Selesai majlis kami berehat di hotel kerana hari kedua akan ada majlis perasmian sekolah dan bergerak pula ke Phnom Penh dengan perjalanan lebih 300 km.
59 Comments
Alhamdulillah..suatu perjalanan yg penuh dgn pengalaman dan manfaat berguna
Curahan rasa BeritaKaki @ ..Semak Senarai Tempat WiFi Hotspot Selangorku
Senangnya bisa menikmati perjalanan ini dan juga memberikan sesuatu hal yan bermanfaat
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Kopi Untuk Kesehatan
Tak sabar rasanya nak ke sana dengan….
Curahan rasa abang ensem @ ..Seminar Hartanah Pantai Timur
Wah, satu perkongsian menarik Tuan Denaihati..jangan lupa update cerita seterusnya mengenai perjalanan ini.
Curahan rasa Berita Harian @ ..Selamat Hari Guru 2013 : Guru Malaysia – 1 Aspiriasi, 1 Agenda
Semoga perjalanan diberikan kemudahan dan mendapatkan banyak barokah dalam perjalanan kali ini tuan denaihati
Curahan rasa safiyhati @ ..Tahap Perkembangan Emosi Anak
memang kita kena bersederhana dalam segala hal. itu yang diajar di dalam Islam. Jika itu diamalkan, memang tak kira berbeza pendapat dan fahaman, tetap boleh berada di bawah bumbung yang sama. dan kesederhanaan ini sebenarnya yang boleh membuat bukan Islam tertarik dengan Islam 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Tahniah Kawan
insyaALlah boni, segala yg kita harapkan pasti menjadi kenyataan jika berlandaskan Islam yg sebenar
Curahan rasa BeritaKaki @ ..Semak Senarai Tempat WiFi Hotspot Selangorku
Bukan perjalanan kosong tetapi ada misi perlu dilaksanakan. Semoga didalam lindungan Allah SWT dan misi tercapai.
Alhamdulillah…slmt sampai, kita nantikan cerita seterusnya nanti, pasti akativiti yg disediakan menarikkan?
Curahan rasa KY @ ..Wahai Kaum Isteri, Hiasilah Dirimu
Perjalanan yang mulia, insya Alloh penuh berkah dan diselamatkan Alloh Subhaanahu wata’ala
Curahan rasa Kang Dadan @ ..SEO Untuk Anchor Text
Salam Tuan…jauh perjalanan bnyk pengalaman…selamat bermusafir dan selamat kembali
Curahan rasa orang kampung @ ..Janji ditepati
Hehe..lain orang lain ragamnya..saya suka kehidupan mcm bro ceritakan dalam perenggan pertama..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 13 Dari Jobdirumah
selamat beramal bro… semoga selamat pergi dan balik
Curahan rasa hafiz @ ..Komisyen ke 4 dan 5 dari Panduan Baju Kurung
selamat bermusafir tuan!
Curahan rasa onlajer @ ..Berani Memberi Komentar
selamat beramal tuan, semoga perjalanan dimudahkan dan diberkati.
Curahan rasa Mama Murai @ ..Jangan dedahkan sumber traffik anda
Semoga perjalanannya berjalan dengan lancar sampai kembali ke Malaysia dan memberikan banyak manfaat aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Menghadapi Anak Hiperaktif
Apalagi ini dalam rangka kegiatan e-Qurban pula…semoga barokah dunia akherat aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Menghadapi Anak Hiperaktif
Comments are closed.