Siapa Tak Nak Cantik terutama Perempuan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, CANTIK siapa yang tak suka cantik. Blog pun nak kena cantik inikan manusia terutama perempuan. Setiap hari masyarakat didedahkan dengan berita kecantikan samada di surat khabar dan majalah yang terpampang di kedai buku, kedai mamak, 7Eleven dan sebagainya. Watak perempuan cantik akan menjadi bahan promosi yang paling panas dengan diselitkan usur seksi untuk menambah asam garam keenakannya.

Fenomena wanita cantik menjadi suatu industri besar bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Perempuan yang merasai dirinya kurang cantik akan merasa rendah diri dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menjadi cantik termasuklah secara mistik, menggunakan susuk emas dan mandi bunga. Keghairahan perempuan menjadi caantik ada juga rahmatnya apabila melahirkan ramai jutawan Perempuan Melayu seperti Arwah Datuk Sosilawati.

Setiap Kejadian Allah itu memang cantik

Yang sedihnya tu ada pulak yang mengambil kesempatan daripada keghairahan perempuan untuk menjadi cantik. Terbukti apabila Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan terdapat 6 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Keenam-enam produk tersebut ialah Losyen BML HB, Krim Malam Shana, Krim Herba Natasya Gold, Krim Hydro Pemutih Biotox, Krim Pemutih Yoko dan Krim Rawatan Malam Sue Beauty.

Cantik yang dikejar akhirnya merana yang dapat kerana itu kecantikan pemberian Allah SWT itu paling sempurna dan tak perlu diubah-ubah lagi. Mungkin ramai perempuan merasai apabila mereka cantik tanda bahagia, gembira dan sempurna … apakah betul itu yang dirasai sila kongsikan perasaan anda wahai kaum hawa. Masyarakat pun patut disalahkan kerana sering menyisih perempuan yang kurang cantik katanya.


Spread the love

100 Comments

  1. Assalam..
    Zaman belajar dulu mmg tak pandai guna semua2 ni, biarkan je muka dgn panas terik mentari tp bila dah kahwin ni, baru nak menjaga wajah itu pun sebab tgk seorang rakan sekerja dulu2 (lelaki) menjaga wajah melebihi dari seorang perempuan. Dari situ terdetik di hati, “Dia lelaki tau sayangkan wajah dan jaga kecantikan dan kebersihan, tp aku ni sebagai perempuan langsung tak ambil kisah”
    Tp bukan la sampai nk bermekap2 mcm tu, sekadar cuci muka, pakai bedak..itu pun kdg2 malas…nampak kering je muka ni..
    Curahan rasa iza @ ..Kembali BertugasMy Profile

  2. dari dulu, ayah tak pernah bagi pakai kosmetik pelik2. dari kecik, dia dah pesan. mekap pn jangan. saya mengenal apa itu compact powder hanya selepas spm. lain lah bdk2 sekolah skrg. tgk muda2 dah mcm2 mekap da. hahaha. then pencuci muka tak pernah lagi pakai pelik2. dr zaman sekolah menengah pakai sabun oat sampai skrg. itu untuk sabun badan. pencuci muka al-aisyah. itu je yg sesuai untuk remaja. mekap banyak2 pun tak perlu. kalau nak mekap pn cukup hanya bedak dan lip gloss. tak perlu kot eyeshadow, mascara apa semua tu. buat susah je. banyak bahan kimia di muka buat apa? penuh minyak nanti. kekekeke

  3. No object is so beautiful that, under certain conditions, it will not look ugly. It is better to be beautiful than to be good. But… it is better to be good than to be ugly. :))

  4. Zaman sekarang ni rasanya ramai yang cantik cantik, aku pernah terbaca (dan kita boleh lihat sendiri), budak budak zaman sekarang memang cantik atau lebih popular lagi, memang cute cute kalau nak dibandingkan dengan kita kita yang dari zaman dulu dulu ni. Katanya, sebab sekarang ni umat akhir zaman, ramai yang sudah tak dapat nak dibezakan, Melayu nampak macam Cina, Cina nampak macam Melayu. Cute lah konon nya. Tapi kita tak sedar rupa melambangkan bangsa, apa salahnya kalau hidung besar dari orang lain sikit pun, itu menandakan anda tu lain dari orang lain, bukan sampai tahap cacat pun, itu semua kehendak Allah s.w.t (bagi orang Islam). Sayang lah diri anda, luar dan dalam, baru lah orang lain boleh ikut sayang – itu semua tandanya anda hargai dan sayang ciptaan Allah s.w.t. Peace no war. 🙂
    Curahan rasa Muhammad Hafizi @ ..PERIHAL NAMAMy Profile

  5. Nama krim2 di atas memang ana da aware lame..rasanya memg da lama msuk senarai blacklist, coz mengandungi hydriquino..so gurl pls be aware ya..
    Curahan rasa Ana Admi @ ..TIREDMy Profile

      1. itu sangat banyak. kadang2 tgk mcm perfect je lepas potong sana sini. sampai ada sanggup bedah bahu bg cantik. fuhhh

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!