Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang jarang sangat aku nak menulis tentang artis bukan tak minat tapi tak nak lawan sifu Beautifulnara yang tersohor sebagai Blogger no satu Malaysia. Kali ini aku tertarik dengan kisah Ombak Rindu sebenar yang berlaku dalam kehidupan lebih hebat dari catatan aku di entri Ombak Rindu INI.
Kisah yang berlaku kepada penyanyi yang sedang meningkat naik Shila Amzah anak kepada menyanyi 80 an ND Lala sangat mengusik jiwa. Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan lagi Ombak Rindu suatu ketika dahulu pasti tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari beliau akan dibadai Ombak Rindu sebenarnya yang bukan lakonan seperti Hariz dan Izzah.
MUNGKIN bapanya ND Lala melihat anaknya yang baru berjaya mengondol anugerah di Asian Wave 2012 boleh menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza yang boleh mengubah kehidupan mereka menjadi terkenal dan kaya raya. Tetapi di saat langkah pertama menuju kejayaan di depan mata Shila Amzah sudah mempunyai cinta hati yang menunggu masa untuk merisik dan membina kehidupan berkeluarga.
Seluruh Rakyat Malaysia yang membaca Harian Metro pasti membaca bagaimana bencinya ND Lala kepada kekasih hati Shila Amzah yang MUNGKIN menjadi penghalang kepada kejayaan anaknya yang telah dididik sejak kecil. Atau mungkin ada sebab lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Berdasarkan video terbaru jelas Shila Amzah tidak bersam keluarganya dan mengharap supaya bapanya menerima cinta hatinya.
Inilah kehidupan kisah di layar perak boleh menjadi kisah benar yang boleh menyentap hati dikala ALLAH SWT menguji hambanya. Kalau mengikut sejarah cinta beribu abad bagaikan kisah Laili Majnun dan Romeo Juliet tiada siapa yang dapat memisahkan insan bercinta walaupun ibubapa. Kita berdoa semuga kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz salah satu daripada berjuta kisah cinta yang terhalang oleh ibubapa berakhir dengan kisah indah. Semuga Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz diberi kesabaran kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Jarang sangat rumahtangga yang dibina tanpa restu ibubapa dapat bertahan lama kerana perkahwinan itu bukan sahaja antara seorang perempuan dan seorang lelaki tetapi antara keluarga perempuan dan keluarga lelaki barulah boleh bertahan hingga ke Syurga. Teringat kata seorang teman air mata ibu lebih banyak tumpah ketika anak-anak sudah dewasa berbandingkan semasa kecil tetapi sebagai ibubapa kita juga mesti bersedia berpisah dengan anak yang telah dewasa.
Lagu baru dari Shila Amzah bertajuk “Aku Masih Cinta” khas untuk Sharnaaz. Nak dengar klik SINI.
63 Comments
sharnaaz tak sepatutnya bersikap mcm tu…
Curahan rasa MK Kimi @ ..Selamat Hari Raya
pernah dengar video nih semalam di Hot FM…touching juga…tapi tidaklah sehingga den menangis…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Tambah Selera Makan Kanak-Kanak
keputusan yang tepat, semoga beliu akan tabah.
Curahan rasa tanganblogger @ ..Google PageRank Update Februari 2013
Assalam, kesian pula aku dekat Shila Hamzah nie… semoga beliau akan tabah….
Curahan rasa Noorikmal @ ..Jadual Perjalanan Lebuhraya Plus Sempena Tahun Baru Cina 2013
Memang tepat keputusan Nd lala…shila harap boleh menerima dgn baik,
ombak rindu meski tak terlalu mengerti bahasa namun sempat sebak juga dada melihat salah satu epiosdenya
Curahan rasa munir ardi @ ..Sudahkah kita bersiap menghadapinya
harap tak jadi trend, nnti penuhla youtiup dgn video budak2 sekolah nangis putus cinta..
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Projek Fotografi Untuk 2013
khakahakah… harap begitulah hendaknya….
Curahan rasa Noorikmal @ ..Jadual Perjalanan Lebuhraya Plus Sempena Tahun Baru Cina 2013
ntah kenapa aku rasa bapa dia x salah dalam hal ni
Curahan rasa Juan @ ..Bisnes Kedai Cuci Kereta – Berbaloikah?
Membandingkan dua video diatas, sangat nampak jelas perbedaan wajah Shila Amzah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Chinese New Year 2013 Google Doodles – Selamat Tahun Baru Imlek 2564
Jadi terenyuh hati melihat tayangan video yang kedua.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Chinese New Year 2013 Google Doodles – Selamat Tahun Baru Imlek 2564
Memang benar bahwa setipa peristiwa pastilah ada hikmah didalamnya. Dan itu merupakan cermin bagi kita untuk menjadi bahan pembelajaran.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Chinese New Year 2013 Google Doodles – Selamat Tahun Baru Imlek 2564
macam2 le kisah artis ksrg nie
Curahan rasa faizalPj @ ..Sakitnya Apabila Gusi Bengkak
Mcm manalah nd lala tu nak bagi, kalau shahnaz tu pukul anak dia dan kurangajar pada nd lala dan isterinya. Ibubapa mana yg setuju dgn pilihan anak kalau teruk sgt perangai lelaki yg nak dijadikan menantu tu.. Ada sebab kenapa nd lala dan isteri tidak merestui perhubungan shila dan shahnaz… Fikir2 kan lah
mengonkong sangat… tu laaa pasal jadi camtu.. hmmm…
Curahan rasa KiD @ ..Tertunailah Hasrat Dihati
video ke-2 tu shila amzah ke? lain je muka dia.
Curahan rasa Man @ ..3 Laman Web Terkenal Untuk Uji Kepantasan Blog
ombak rindu dalam denaihati ? 🙂
Curahan rasa Weschairs @ ..Hotel dalam air
memang betul akak menangis seperti mana yang dijangka oleh admin, akak menangis bukan sebab shila amzah menangis, tapi akak menangis sebab terlalu banyak yang Allah beri dari sikap sabar dan tabah dalam mengharungi setiap ujian yang datang…. suatu saat shila amzah akan menyesal sebab terlalu banyak menangis kerana ujian ini, sebab masa tu terlalu banyak yang Allah akan beri atas segala apa yang berlaku
Shila seharusnya lebih kuat dan matang dalam menyelesaikan isu ini. Ibu bapa pasti boleh berfikir dengan rasional andai diberi penjelasan dengan baik. Ambil masa bertenang dan elakkan situasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita Dapat
Comments are closed.