Sex Blogger, Ratu Cantik dan siapa lagi akan hina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.

Alvin Tan dan Vivian Lee

Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.

Ratu Cantik Hina Islam

Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.

Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.

Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Khabarnya sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam.

Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.

Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri.


Spread the love

90 Comments

  1. In my opinion.. Akta_Keharmonian_Nasional perlu digubal semula.. bawak org islam,budha,hindu dll agama yg ad dlm negara ni duduk 1 meja.. sesame decide ape hukuman org yg menghina agama org laen, yg hina agama sndri dan yg seangkatan dgnya supaya bila timbul isu hina agama ni.. x timbul isu x puas ati kpd penganut agama laen bila hukuman dijatuhkn keatas pesalah.. tol x? tp bile pikir2 balik.. klau org2 golongan elit menghina agama org laen x kene ape2 pulak.. pastu dworg pulak yg sibuk nk menhukum org yg menghina agama dworg.. hmm mls nk cpk banyak la.. sumber cari sndir..

    lg 1 aq nk ckp sket psl org bukan islam yg nk hina or condem psl hukum hudud.. klau hukum hudud dilaksanakn skali pon kat negara ni.. bknye kte pakse or suroh dworg ikot pon.. malas nk coment byk2 la..

  2. Binanatang berakal lima . Manusia berakal enam. Tuhan mencipta manusia berakal enam untuk berfikir baik dan buruk.Dalam ciptaan Tuhan manusialah insan yang termulia. Agama adalah hak kaum masing-masing. Sebagai manusia berakal enam perlu menghormati semua agama dan adat-adat orang. Jika tidak tahu erti sesuatu agama dan adat,cuba dapatkan jawapan kalau tidak diam saja.sesiapa mengutuk sesuatu agama dan adat adalah manusia berakal Lima.

  3. Assalammualaikum wbt.

    Nampaknya, ramadhan tahun ni, memang islam di Malaysia itu menjadi bahan dan perkotak katikkan bertubi-tubi. Tak payah nak pandang jauh, memang islam di malaysia sekarang menjadi sangat lemah. Sebabnya, tak payah tunding jauh, kita sendiri yang berpecah belah, dan bersemangat mencaci sesama kita atas dasar perbezaan politik.

    Bila bab politik, berpusu-pusi islam melayu kita semangat berpolitik mengaibkan satu sama
    lain dengan yakin dan benar yang kita ni betul.

    Habis politik, bila islam diperlekehkan bulan ramadhan, dua dua pihak tak nampak la pula semangat berapinya membela islam, sedangkan islam itulah yang sepatutnya menjadi teras. Bagaimana negara ini dan orang islam khususnya, akan terjamin, sedangkan kita tidak menjaga islam. Kalau mahu Allah jaga kita, kita mustilah jaga kesucian islam kita.

    Mungkin dah tiba masanya, orang islam kita bangkit dengan menyokong produk produk halal, keluaran islam bumiputera bagi menjana kekuatan ekonomi islam di malaysia. Sokongan kepada produk keluaran islam, merupakan satu bentuk jihad. Tak mampu nak berperang ke palestine ke apa, paling mudah, kita support produk islam bumiputera.

    Tak perlu cakap banyak, sokongan lah produk islam, jangan berkira sangat jauh sikit atau mahal berapa sen, atau susah nak cari, in shaa Allah, alah bisa tegal biasa.

    Bro, blog bro ramai pengikutnya, mungkin ada baik kalau ada satu entri yang menampilkan produk alternatif (islam halal) bagi kegunaan harian. Semoga ekonomi orang islam kita menjadi semakin kuat. In shaa Allah.

    Selamat ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

  4. pada pendapat saya, kenapa skang nih timbul isu2 yg mempermainkan agama ISLAM??

    sebabnya, org ISLAM sendri yang mempermainkan agama kita sendiri.
    yang haram…dikatanya halal
    yang haram,..dikatanya tak up to date
    yang haram…dikatanya ketinggalan zaman
    yang haram…dikatanya tak urban

    so, kalaulah org2 bukan ISLAM yg menghina ISLAM..bagi sy itu tak pelik sbb diorang tak tahu ISLAM dan tak paham undang2 ISLAM. yg peliknya, org ISLAM sendiri yg diasuh dari kecik ajaran ISLAM, fardhu ain semua…tahu halal haram. yang nih patut dibendung dlu.

    umpamanya, kita benci yahudi. boikot yahudi TAPI…perangai dan cara pakaian kita pun dah mcm yahudi
    CAMNA TUH???

    just my 2 cents
    wallahualam
    Curahan rasa yani @ ..Minuman untuk mereka yang mudah penatMy Profile

  5. Isu hina Islam ni dah melampau kerana perpecahan umat Islam sendiri. Nama kita cantik maksudnya dalam Islam sekali pun tetapi tak berminat nak menghayati ajaran agama Islam tu sendiri, maka inilah akibatnya. Orang Islam sendiri tak tau apa yang boleh dan apa yang tak dibenarkan oleh Allah. Pas tu bila nampak kelemahan orang Islam tu ketara, diorang pun makin berani nak hina agama Islam. Cara terbaik semua umat Islam rapatkan saf dan sama-sama bersatu membanteras nahi mungkar. Baru org bukan Islam tak berani nak kotak katik kan agama kita malahan mereka akan respect agama Islam, Amin..
    Curahan rasa HARIMAU MALAYA @ ..‘Do not disturb my job’My Profile

  6. Inilah ujian akhir zaman bagi umat Islam..bilamana islam bukan hanya di anggap musuh oleh yang bukan Islam, tetapi yang lebih sedih, umat Islam sendiri makin jauh dan menganggap Islam itu menyusahkan..Dalam kes video anjing tu punyalah ramai Islam yang back up that lady dan merasakan itu bukan satu kesalahan..Hmm..
    Curahan rasa Raudzah @ ..SubhanAllah, Dia Pergi Dalam Keadaan SujudMy Profile

  7. ya sempena penghujung ramadan ini marilah kita bersama berdoa supaya Islam tidak dihina dan semoga kegemilangan islam akan menyinar kembali selepas jatuhnya kerajaan khalifan.
    Curahan rasa onlajer @ ..Oren Bodo!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!