Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.
Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.
Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.
Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.
Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Khabarnya sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam.
Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.
Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri.
90 Comments
Masalah yg dicari sendiri..
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun lawak Hari Raya (2013)
risau dengan keadaan semasa ini, persoalannya kenapa perlu ganggu islam?
Curahan rasa Juan @ ..Contoh Membuat Resume Kerja Terbaik
Inilah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia.
Mereka hanya menunggu masa untuk menerima bala
atas perbuatan mereka sendiri.
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM 2013
kembali kepada kepimpinan islam supaya tidak ada lagi perkara sebegini..islam dipermain di negara sendiri
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Video Chetz Yusof Rai Aidilfitri Dengan Anjing
mereka ni kadang2 saje je buat2 xfaham…hendak menegakkan benang yang basah
Curahan rasa eddie @ ..Raja Nusantara Nak Ambil Alih Istana Negara Ogos Ini
pemimpin sesama islam pun saling bercakaran. masing-masing kata mereka lah yang betul
Curahan rasa azwan @ ..FAM Rombak Liga-M 2015
Pemimpin itu sendiri kena berani menegak Agama Islam barulah mereka-mereka tak berani mempersendakan Islam..
Curahan rasa ema @ ..Selera Makan Nasi Gaul
kena berbalik kepada asas agama. Umat Islam sendiri kena hidup dengan cara hidup Islam, bukan ikut cara hidup negara yg mereka duduki. umat Islam kena bersatu hati, besarkan Agama Allah ni. macam sekarang, situasinya kontra sangat. musibah2 macam ni lah hasil akhirnya
Curahan rasa Lizz @ ..10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat
Islam membolehkan, bahkan menganjurkan kepada pemeluknya untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir, seperti membantu urusan mereka, menyambung tali silaturahim, saling membagi makanan, dan lainnya. Tapi dengan syarat, selama mereka tidak memerangi agama Allah dan tidak mengusir umat Islam dari negeri mereka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Jika orang kafir sudah berani menghina Islam dan syiar-syiar (simbol-simbol)-nya, berarti mereka mengumandangkan perang terhadap kaum muslimin. Karenanya, umat Islam wajib melakukan pembelaan kepada agamanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Sesungguhnya riba yang paling buruk adalah sikap seseorang yang menjatuhkan kehormatan saudaranya. (Ash Shahihah:1871)
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
namun saya yakin bahwa semakin banyak para penghina Islam,… Maka akar muslim akan semakin kuat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Karena pada dasarnya para penghina islam tersebut hanyalah iri akan perkembangan kaum muslim
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Namun tak dapat disangkal, kemarahan serta luapan emosi muncul dari benak masing-masing sehingga terkadang timbul lontaran kata-kata kasar kepada para penghujat, nah..kondisi seperti itulah yang mereka inginkan saat ini, memanfaatkan situasi dimana mereka dapat mengadu domba antara umat muslim dengan non-muslim, serta berbagai fitnah pun mereka ciptakan kepada dunia melalui propaganda seperti ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Dari situ saya sempat terpikir, propaganda lah yang mereka buat sedemikian rupa dengan mengatasnamakan agama tertentu, itu hanya lah politik busuk seorang yahudi, sempit akan pola pikir, hanya kata-kata kasar sajalah yang mereka bisa sampaikan, dari situ kita dapat melihat, seakan mereka ketakutan dengan sebuah eksistansi Islam di dunia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Sampai kapan pun Islam tidak akan pernah hancur dengan cacian dan hinaan, semakin dihina semakin pula kokoh dan kuat…. semakin di caci semakin pula eksis di seluruh dunia, ingat kekasaran mereka dapat kalah dengan sebuah argumen.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Koleksi Lengkap Kartu Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Sebaiknya jgan saling menghina satu sama lain….
hidup dengan damai pasti akan lebih baik
Curahan rasa NetterKu @ ..Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Grand Duos
Memang sedih bila umat islam sendiri menghina agama sendiri. Wajib diperangi golongan macam ni
Curahan rasa hafiz @ ..Baju melayu siap dijahit
Setuju dengan pendapata Tuan Denaihati..kita sekarang dah lemah tak sikap bersatu padu semakin hari semakin pudar..semoga ada sinarnya satu masa nanti..
Curahan rasa Hafizul @ ..Cerita Sempena Hari Raya
x paham dengan diorg ni… kita x usik dia… dia usik kita
Curahan rasa nizam ijam @ ..IFTAR – eQurban Bersama Rakan Niaga Dan Media/Blogger
2 hari lepas ada tertengok video raya bersama anjing tuh , memang sakit hati tengok video tuh , kurang ajar betul…!!
Curahan rasa papa mifz @ ..Drama Sebelum Makan
Comments are closed.