Sex Blogger, Ratu Cantik dan siapa lagi akan hina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.

Alvin Tan dan Vivian Lee

Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.

Ratu Cantik Hina Islam

Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.

Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.

Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Khabarnya sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam.

Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.

Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri.


Spread the love

90 Comments

  1. Orang Islam lemah bukan sebab tak bersatu tapi sebab pemalas, sentiasa mencari alasan, kurang berusaha, tidak mengkaji, mengaku Al-Quran sebagai sumber rujukan tapi tak pernah habis baca dengan faham keseluruhan Al-Quran, dah tak baca tentu tak beramal…..bukan untuk orang lain tapi untuk diriku (pemgomen) sendiri.
    Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?My Profile

  2. ‘hina Islam’ ni dah wujud sejak zaman Rasul s.a.w lg.. bahkan dseluruh dunia tiap tahun…

    1. sex blogger
    sbgai org kafir, mereka ni jahiliah, taktau & kita pon tak berusaha mmberi mereka tahu tentang Islam.. (harap tak menjadi hujah mereka dihadapan Allah nnt di Hari Pembalasan, kerana kita dok hentam mereka tanpa usaha utk mendakwah).
    mari kita baca komen bernas dr saudara RevertedMuslim pasal isu bak kut teh tu..

    2. ratu cantik
    nak komen lebih2 pon kdg kita sendiri mgkin lebih hina dr sisi Tuhan… nak salahkan kegagalan didikan kang marah lak mak bapak yg terbabit….
    cuma kita kene sentiasa fikir apa yg kita boleh buat.. peranan kita. sebaiknya kita jangan menambah Aib yg ada bahkan jgn myebarkan gambar2 haram dilihat, takut dosa melihat aurat dr gambar awek2 tu tersebar ke berjuta views dan kita dok tanggung sama akan dosa2 free tu.. wallahualam… (bukankah perkara ni selalu sgt dipesan ‘jgn sebar gambar p’puan tak tutup aurat di internet’)

    3. anjing, ramadan, dan lain2
    yg lain2 tu kita fikir2 laa sndri.. yg Haq itu tetap Haq & yg Bathil itu tetap Bathil.

    walo sehebat manapon mereka cuba menghina Islam, Islam itu tetap terpelihara.. ingat kitalah yg selalunya yg jadi punca Islam ‘dihina’..
    • “umat Islam sendiri yg menjadi fitnah kpd Islam itu sendri”…
    • “bila kita mampu perbaiki (keIslaman) kita maka Allah akan mengubah ‘dunia’ kita menjadi lebih baik” (dr kuliah maghrib).
    • and this is my fav.. “Islam will Win with or without You.!!” (alyrhm Syeikh Ahmad Deedat).

    ~pesanan utk diri aku juga~
    Curahan rasa mindload @ ..Sedekah Ramadan – Cincin Permata Untuk SyriaMy Profile

  3. Kadang2, orang Islam sendiri yang buat agama itu sendiri itu di hina. Terang-terang dah tahu Pertandingan Ratu Cantik mendedahkan aurat-aurat lain (tidak semestinya berpakaian renang). Pihak berwajib sepatutnya ambil tindakan juga kepada Penerbit Drama/Fileme yang mempromosi adegan Lelaki dan Perempuan bukan muhrim yang bersentuhan, ini lagi HARAM. Pegang anjing boleh samak, pegang wanita bukan muhrim boleh SAMAK tak?
    Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Lagi rakaman video hina IslamMy Profile

  4. Carilah pemimpin.. Klu dah jumpa ikut lah pemimpin itu.. Pemimpin yg berwibawa.. Yg mmperjuangkn islam.. Bukan hanya islam teori.. Tp islam praktikal.. Bukan hnya ckp2 kosong.. Jgn dipolitikkn agama tuhan.. -Aaap-

  5. Manusia sekarang makin lama semakin hilang pedoman.. saya tidak menyentuh soal Ratu cantik… saya cuma mengutarakan sial Murtad dia kalangan umat Islam dan soal mempersendakan Islam… mengapa perkara ini terjadi.. akhir-akhir ini Islam tidak hanya di serang dia luar seperti yang diperlakukan oleh ISRAEL LATNAKTULLAH !!!!..

    Akan tetapi dalam dunia siber ini Islam diserang dan tak henti-henti di herdik, di permainkan oleh Orang yang bergelar Islam asalnya dan juga orang-orang kafir…

    Ada juga orang yg bukan Islam yang nampak seperti arif dengan ajaran Islam memutar belitkan fakta-fakta yg terkandung dalam Al-Quran.. mereka nampak lebih bijak bermain dengan ayat-ayat.. dan tak di nafikan mereka juga mengkajiNya.. tetapi malang sekali..kajiaannya mendalami Islam adalah untuk menyerang dan mempersendakan Islam…

    Sedangkan belum terjadi di negara kita yang mana Islam mempersendakan Agama Lain… di situ pun jelas.. agama Islam tidak mengajar dan mendidik para penganutnya memperlakukan sedemikian… Islam perlu ada dalam diri dan hati… bukan sekadar Islam yang di Islamkan kerana sememangnya dilahirkan Islam… jika kurangnya ajaran agama maka terjadinya kes-kes murtad dan tak kurangnya terjadinya kes-kes memperlekehkan agama sendiri…

    walaupun Murtad itu halal di bunuh namun Islam tidak mengajar untuk kita bertindak sedemikian… semuanya berlandaskan Al-Quran.. serta hormatilah undang-undang serta kedaulatan Negara…

    Ya Allah.. selamatkanlah mereka…………
    Curahan rasa silenceblogz @ ..10 Malam Terakhir Ramadhan Dan Malam Lailatul QadarMy Profile

  6. Orang bukan Islam jadi berani menghina Islam sebab segelintir org Islam sendiri yang memperlekeh agama sendiri. Bila ditegur, dikata hak masing2, jangan sibuk. Tapi mereka lupa, bencana Allah yang akan menimpa bukan pada orang yang terlibat saja, tetapi pada semua, mesti lah org akan menyibuk kalau kamu perlekeh kan agama.
    Curahan rasa Nia Mk @ ..Set Breastfeeding Shaklee : Set Penyusuan BudgetMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!