Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.
Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.
Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.
Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.
Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Khabarnya sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam.
Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.
Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri.
90 Comments
Hari ini saya terkejut bila salah seorang peserta ratu cantik ini ‘melapor diri’ di Jabatan Agama ditemani ibunya yang kelihatannya bertudung! Beginilah bila tudung hanya dianggap fesyen. Patutnya ibu yang bertudung malu bila anak tidak bertudung dan lebih malu bila anak menayangkan kecantikan dalam pertandingan ratu cantik.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Tip Jadi Jutawan
ini sangat menghina sekali dan sangat sakit, harus di hukum seberat beratnya
Curahan rasa tips diet cepat @ ..Tips Menghilangkan Selulit
sebak hati saya kala membaca tajuk entry ni..
Curahan rasa Zuan @ ..Lagu Raya Dari W.A.R.I.S
tapi sebak lagi apabila membaca isinya.. :'(
Curahan rasa Zuan @ ..Lagu Raya Dari W.A.R.I.S
perlu adanya hukuman berat bagi yg menghina islam
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
adakah dorang tak beragama?? sejahil-jahil kita sebagai umat islam pun, kita masih ingat masa kecil dulu supaya menghormati agama lain. dan kita diajar supaya jangan sesekali mempertikaikan apa yang telah diajar oleh agama Islam…
Curahan rasa boni kacak @ ..Berbuka Puasa Di Dataran Bawah Shah Alam
Didikan agama yang baik amat penting pada zaman sekarang. Bagi ratu cantik ini ke mana perginya peranan ibu mahu pun bapa (kalau mix mesti salah seorang ibubapa beragama Isalm sejak azali). Moden? Apakah kita boleh memodenkan hukum hakam Allah?
Semoga dijauhkan sifat2 begini terhadap keturunan kita kelak.
Curahan rasa JunAina @ ..Wordless Wednesday – Walaupun Hitam Kau Tetap Menjadi Pujaan Hati
Diharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menghina Islam… supaya tiada lagi yang berani berbuat demikian pada masa akan datang…
Curahan rasa Anuar @ ..Berbuka Puasa di Shabu Shabu Steamboat Ipoh
dan..diorang ni JAHIL. Tak tahu apa-apa. Sebab tak belajar agaknya. Sebab tu, kita kena didik mereka..
Curahan rasa titan @ ..Duit raya dari Hafiz Wasa.
lebih kurang beginalah petikan ceramah seorang ustaz:
Islam dihina sejak sekian lama. Nabi Muhammad SAW sering dihina oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Tatapi nabi kita tidak menghiraukan sebaliknya terus berdakwah dengan menunjukkan budi pekerti yang tinggi.
Jadi marilah kita memupuk budi pekerti yang baik dan mulia semoga lebih ramai yang terbuka hati untuk memeluk Islam.
Curahan rasa sepol @ ..TIPS MERAKAM GAMBAR HARI RAYA
berbudi pekerti baik juga merupakan satu dakwah…
sesungguhnya hanya allah yang lebih mengetahui.
Curahan rasa sepol @ ..TIPS MERAKAM GAMBAR HARI RAYA
Mencabar kesabaran umat Islam… Berdoa dan berharap supaya tidak ada lagi kisah macam ni. Tak suka baca kisah2 macam ni tapi perlu ambil tahu jgk… 🙁
Curahan rasa zie fauzi @ ..Dah 10 Bulan
Hmm sejak akhir-akhir ni semakin menjadi-jadi pula kes macam ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #68
Sepatutnya umat Islam perlu bersatu padu, barulah tak sewenangnya dipijak oleh agama lain, jika kita rapuh, kita akan mudah ditindas..
semoga Islam akan terus kuat, aminn
Curahan rasa Myra Jay @ ..Gambar: Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola
Subhanallah… sesungguhnya Dunia ini seluruh isinya adalah milik Allah. Maka siapakah mereka yang hendak mempertikaikan dan mempermainkan keputusan yang telah dibuat untuk menjaga kesucian agama Islam …
Semoga mereka dan keluarga mereka dikurniakan hidayah dan bertakwa hanya kepada Allah
Ya Allah, bertaubat nasuha la mereka-mereka yang jahil agama ni..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Mengapa Entri Saya Tiada Dalam Google Search?
diorang ni jahil. sebab tu kena didik mereka.
Curahan rasa titan @ ..Majlis Iftar eQurban di Rumah Warisan Kaseh, Banting.
Tak sangka… ini ceritanya
Curahan rasa Qashmere @ ..Pendapatan Blogging Dari 8Share Yang Keempat
Comments are closed.