Sex Blogger, Ratu Cantik dan siapa lagi akan hina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka.

Alvin Tan dan Vivian Lee

Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.

Ratu Cantik Hina Islam

Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.

Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.

Kesiannya Islam… selepas ini siapa lagi yang akan menghina Islam. Khabarnya sudah tersiar video anjing menyambut Aidilfitri oleh Chezt Yusof atau nama sebenar Maznah Yusof yang menghina Islam.

Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.

Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri.


Spread the love

90 Comments

  1. Itu belum campur dengan keruntuhan institusi kekeluargaan umat islam..Anak2 semakin ramai yang tidak hormatkan ibubapa..Ibubapa pula semakin ramai yang kurang mengambil peduli pasal anak2 especially bak2 agama….

  2. Ketahuilah itulah tandanya kekuatan Islam akan bangkit. Semakin Islam dihina maka umat Islam di seluruh dunia akan makin ramai sedar dari “tidur”. Tanpa persitiwa yang berlaku itu maka Islam tidak akan bangkit. Sesungguhnya, penghinaan terhadap Islam itu bukannya suatu kelemahan tetapi suatu kebangkitan yang akan menyatukan umat islam di seluruh dunia. Bersedia wahai umat Muslim.. Bersedialah dengan kelengkapan perang. Kerana kita akan berperang dengan semua orang bukan Islam.

  3. ISLAM ITU TINGGI DAN TIDAK ADA YANG BISA MENANDINGINYA ATAU MERENDAHKANNYA. Namun, sudah jadi tanggung jawab kita sebagai umat Islam untuk berusaha memperbaiki keadaan tersebut, dengan tetap berdakwah secara lisan dan perbuatan juga senantiasa menyiapkan, mendidik generasi Islam yang kuat.

  4. Salam,

    Isu ini sentiasa berlanjutan. Saya memerhati dari jauh, membaca artikel secara senyap. Banyak pendapat dan banyak suara. Tetapi kesudahan tiada juga bersatu. Selepas kes Alvin Vivian, ramai org Islam kita ditindas di pejabat, dipandang sebagai musuh. Sedangkan Islan tidak mengajar kita utk berdendam. Kita di Malaysia pun dah begini. Ditentang oleh perkauman yg saya kira mereka tidak bersyukur berada di Malaysia yg suatu ketika dulu moyang mereka bersusah payah migran disini menoreh getah. Di Palestin pula mereka ditentang oleh Yahudi yg membenci Islam. Perang kaum dan agama amat berbeza dan sakitnya sama. Kerana kita org Islam yg bersaudara, terasa pedihnya walau jauh mana saudara Islam kita berada.

  5. Dunia akhir zaman.Sudah banyak petanda yang keluar.namun kita sebagai manusia terus leka dengan mainan duniawi,Ukhrawi diabaikan macam tu jer.nauzubillahiminzalik. :'(

  6. Bila dah disogok dengan hal duniawi.. sedar tak sedar je semua yang berlaku depan mata pun tak diambil peduli. Nak menegur yang banyak dan ramai dayah tak mampu. Yang dayah boleh usahakan ialah mula dengan rumah sendiri.. didik anak sebaik mungkin dengan ilmu agama. Dayah cuba amalkan cegah sebelum sebok mencari ubat.
    Curahan rasa dayah @ ..WW:semalam,iftar yang menyentuh hatiMy Profile

  7. Islam sekarang buat sedih kita melihatnya begitu lemah diadu domba di adu sesama muslim, di Mesir, suriah, Libya dan Irak, terlebih serangan dari musuh-musuh Islam betul-betul di ujung jurang kita saat ini bagaimana inginkan pertolongan Tuhan kalau kita sendiri tak laksanakan Islam secara Kaffah, kita bagaikan buih di lautan luas banyak tapi tak ada guna, bagai debu di padang pasir selalu bertikai sesama muslim sendiri bagaimana agama Lain takkan berani menghina kita,

    Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah janganlah engkau bercerai berai, Sesungguhnya sebaik-baik Penolong adalah Allah
    Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar OtodidakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!