Setiap helaian bulu daripada binatang korban adalah pahala

Spread the love

Ibadah korban merupakan salah satu ibadah sunat yang dituntut dilakukan ke atas mereka yang mampu dan mempunyai harta yang cukup sama ada ke atasnya dan juga di bawah tanggungannya.

Walaupun hukumnya adalah sunat, namun jumhur mengatakan bahawa ia adalah amalan yang dituntut untuk dilakukan. Kita melihat ibadah ini juga yang merupakan salah satu simbolik bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Hukum gabungkan niat korban dan akikah untuk satu sembelihan?

Ia adalah salah satu bukti cinta dan ketaatan kepada Allah SWT. Disebabkan itu, ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa ibadah yang paling afdal untuk dilakukan pada hari Raya Aidladha adalah dengan menumpahkan darah korban.

Ia juga disyariatkan sebagai tanda syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya. Dengan berkorban, ia boleh membantu membersihkan kelalaian dalam hati kita dan terus bersyukur dengan apa yang ada.

Hukum melakukan korban buat si mati?

Setiap dari kita yang berkorban juga, Allah akan menerimanya walau dengan sekecil-kecil perkara. Hal ini dapat dilihat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW;

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksud: “Apa itu korban?” Baginda bersabda: “Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim.” Beliau bertanya lagi: “Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Setiap helai rambut adalah pahala.” Katanya lagi: “Bagaimana pula dengan bulunya?” Baginda bersabda: “Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, no. 19489)

Hukum memberi makan daging korban kepada yang bukan Islam?

Justeru, dapat kita faham di sini bahawa ia adalah amalan yang memberi banyak kelebihan, terutamanya dari sudut membantu hati kita untuk sentiasa dekat kepadaNya dan untuk meraih pahala yang banyak.

Kepada sesiapa nak buat korban di luar negara dengan pakej yang terbaik, boleh klik sini.

Wallahu a’alam.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!