Syukur, Ebit Lew dapat masuk Gaza Palestin diiringi tentera Mesir dengan selamat

Spread the love

Menerusi perkongsiannya pada 27 Mei yang lalu, sebanyak dua trelar besar dan beberapa buah lori yang mengangkut barang keperluan asas dan ubat-ubatan telah dihantar ke hospital-hospital di Gaza.

Alhamdulillah harini Ebit Lew dapat masuk ke Gaza dengan bantuan tentera Mesir dengan selamat.

Berikut merupakan perkongsian Ebit Lew di laman Instagram beliau

Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.

Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.

Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra Dato Ida Murni,dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.


Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Sama-sama kita doakan keselamatan Ustaz Ebit Lew di sana dalam misi kemanusiaan beri bantuan kepada rakyat Gaza, Palestin. Semoga Allah jaga semuanya.

Kredit: Ebit Lew


Spread the love

5 Comments

  1. Alhamdulillah syukur UEL berjaya masuk juga. Rasa sebak tengok perjuangan ustaz tanpa letih, tanpa jemu. Raut wajahnya nampak ikhlas sangat

  2. I’m so happy for you, Ebit! I know that this has been a long time coming, and it’s great to see you finally in Gaza with your team. I can’t wait to hear about all of the amazing things that you’ve seen and done while there.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!