Pakej Ibadah Korban 1442H/2021M

Spread the love

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). (Riwayat al-Tirmizi)

PENGERTIAN

Korban dari segi istilah bermaksud binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pada Hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik.

Mengapa umat Islam dituntut untuk melaksanakan Ibadah Korban?

Korban adalah satu ibadah yang istimewa dituntut pelaksanaannya bagi mereka yang berkemampuan.

Syariat ibadah korban binatang ternakan datang datang daripada kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dalam membuktikan ketaatan dan kehambaan kepada Allah SWT.

Sehinggalah zaman berlalu umat manusia berkorban menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah.

Ibadah ini dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah mahupun di serata dunia.

Daging korban pula diagihkan kepada mereka yang selayaknya menerima.

Apakah yang kita peroleh dengan melaksanakan Korban?

MENEGAKKAN SYIAR ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنٰهَا لَكُمْ مِّنْ شَعَاۤىِٕرِ اللّٰهِ لَكُمْ فِيْهَا خَيْرٌۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلَيْهَا صَوَاۤفَّۚ فَاِذَا وَجَبَتْ جُنُوْبُهَا فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّۗ كَذٰلِكَ سَخَّرْنٰهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

Maksudnya: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

[Surah Al-Hajj:36]

PENGHAPUS DOSA

Daripada Imran r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَا فَاطِمَةُ، قُومِي فَاشْهَدِي أُضْحِيَّتَكِ، فَإِنَّهُ يُغْفَرُ لَكِ بِكُلِّ قَطْرَةٍ مِنْ دَمِهَا كُلُّ ذَنْبٍ عَمِلْتِيهِ، وَقُولِي: إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ”، فَقَالَ عِمْرَانُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَكَ وَلأَهْلِ بَيْتِكَ خَاصَّةً، فَأَهْلُ ذَلِكَ أَنْتُمْ، أَمْ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ:”بَلْ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً

Maksudnya: “Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang kamu lakukan. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal (berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” Lalu ‘Imran bertanya: “Wahai Rasulullah, ini khusus hanya untuk kamu dan ahli keluarga kamu sahajakah – kerana ahli dalam perkara ini adalah kamu (keluarga Rasulullah SAW) – atau ia juga untuk umat Islam keseluruhannya?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan, ia untuk umat Islam keseluruhannya.”

[HR al-Tabrani, al-Baihaqi. Ibn al-Mulaqqin]

APAKAH HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN?

Hukum Ibadah korban adalah sunat muakkad (sunat dituntut) jika berkemampuan dan Makruh apabila mampu tetapi tidak melaksanakan.

Ibadah korban merupakan syiar agama Islam. Ibadah ini bukan sahaja dijalankan di Malaysia, malah boleh dilaksanakan di tempat lain yang memerlukan seperti di Kemboja.

Memperkenalkan…

Pakej Program Korban bersama Denaihati Network dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja, Persatuan Pelajar Malaysia Darul Uloom Zakariya, Mizwah Travel & Madrasah An-nur.

Pelaksanaan korban kami antaranya di :

Kemboja (http://youtu.be/R86Yq02KvxE)
⁃   Afrika Selatan (http://youtu.be/JQ-s-yvuwx8)
⁃   Mekah (http://youtu.be/a2yNL-2bmtM)
⁃   Sudan (gambar)
Korban Sudan
Korban Sudan
Korban Sudan
Korban Sudan
Korban Sudan

SENARAI HARGA KORBAN / AQIQAH

(Kemboja)

1 bahagian lembu: RM400

(Afrika Selatan)

1 bahagian lembu: RM700

(Mekah)

1 ekor kambing: RM550

(Sudan)

1 bahagian lembu: RM360

1 ekor kambing: RM650

Borang Pendaftaran Ibadah Korban 1442H

1) Buat pembayaran di bank /online dan dapatkan bukti pembayaran :

Akaun MAYBANK 562834618385
Denaihati Network Sdn Bhd

2) Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian:

Call: 019-6894786

Whatsapp: http://wasap.my/60196894786/NakBuatKorban

Email: admin@denaihati.com

Semoga Allah terima amal ibadah korban kita pada tahun ini, InsyaAllah.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!