Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kehidupan ini tidak pernah berhenti walaupun sesaat terus bergerak melangkaui masa tanpa boleh diputar kembali. Dari alam lul mahfuz singgah sebentar di dunia dan akhirnya hidup abadi di akhirat.
Dalam perjalanan hidup pasti ada suka dan duka ujian daripada Allah SWT. Paling takut apabila diuji dengan kegembiraan, kebahagian dan kekayaan kerana manusia mudah lupa pada Allah SWT tapi siapa yang nak kan susah. Saat ditimpa kesusahan biasa solat kita lebih khusyuk, zikir lebih banyak dan ibadat sunat sering dilakukan berbanding ketika senang. Masalah itu sebenarnya bukan menyusahkan tetapi tanda Allah SWT kasih kepada kita.
Dunia ini terlalu luas untuk dinikmati tetapi kita sering terperangkap dengan urusan keluarga dan kerjaya yang tiada noktah entah bila akan selesai hingga terlupa tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk berbakti kepada seluruh alam. Bila Allah kurniakan rezeki terasa itu milik kita semua sehingga terlupa sebahagian adalah hak Allah yang perlu dipulangkan kembali.
Kita kekadang terjerit-jerit mengatakan orang itu salah orang ini tak betul tetapi adakah kita benar-benar anak jantan boleh mengubah diri sendiri untuk jadi lebih baik sebelum mengubah orang lain. Perjuangan untuk menjadi terbaik bukan percuma dan bukan memerlukan subsidi. Perjuang terdahulu seperti Para Sahabat berjuang tenaga dan menghabiskan harta benda untuk berjaya tetapi kita belajar pun nak percuma bagaimana nak jadi legenda.
Kita selalu sangka manusia boleh membantu sehingga apabila sudah tersandar ditembok tiada jalan penyelesaian baru memohon sujud pada Yang Esa. Manusia tidak mampu mengubah apapun tanpa izin Allah SWT jadi jangan sekali yakin pada manusia walaupun sekelumit tidak kiralah sehebat mana manusia itu pada pandangan mata. Carilah redha Allah dengan marahnya manusia bukan mencari redha manusia dengan kemarahaan Allah SWT.
Setahun lagi telah berlalu perjalanan masih jauh lagi untuk menjadi terbaik antara terbaik. Formulanya mudah lahirkan seramai manusia yang berjaya untuk kita jadi lebih baik dari semalam. Hidup mesti berani gagal untuk berjaya. Semuga Allah SWT sentiasa melihat kalau pun tidak berada di sisi supaya menjadi manusia yang redha dengan setiap ujian dalam perjalanan hidup yang masih jauh atau mungkin titik noktahnya esok siapa tahu.
Terima kasih ALLAH SWT atas segalanya.
279 Comments
Diuji dengan kesenangan kita harus bersyukur, dengan musibah harus bersabar, diuji dengan maksiat cepatlah bertaubat
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Bertobatlah bagi para orang yang sering melakukan Maksiat.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Britax Stroller
Cukup teruja bila membaca entri Denaihati,
Banyak nasihat yang diberikannya,
Memberi peringatan kepada diri ini,
Siapalah kita hanya hamba Allah yang tak sempurna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Senantiasa bersyukur dikala senang dan susah
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Allah melihat apa yang kita lakukan,
Oleh itu jangan buat sesuatu yang melanggar perintahnya,
Kerana yang baik dijanjikan syurga,
Sementara yang buruk dibalaskan neraka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Assalam, sememangnya hidup ini mukannya semudah yg di sangka…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Motosikal Dikebas Ketika Solat Di Masjid
terlalu banyak dugaan yang kita tempuhi…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Allah melihat apa yang kita lakukan,
Oleh itu jangan buat sesuatu yang melanggar perintahnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Bila diuji dengan kesusahan, ramai yang mampu menghadapinya. Tapi bila diuji dengan kesenangan dan kekayaan, ramai yang alpa.
Manusia memang mudah alpa,
Bila kemewahan menguasai diri,
Segala yang dapat bukan hak kita,
Ia hanya pinjaman sebelum kita mati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
ternyata itu sifat2 manusia…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Jangan asyik menyalahkan orang lain saja,
Kita sendiri perlu dijaga tingkah lakunya,
Kerana walau sebesar zarah sekali pun amalan kita,
Tetap dineracakan pahala dan dosa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
terlalu menyalahkan org buatkan kita alpa..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Bersihkah Bersih 3.0?
Usia yang panjang banyak untungnya,
Jika usia yang ada mencari keredhaanya,
Jangan asyik menyalahkan orang lain saja,
Kita sendiri perlu dijaga tingkah lakunya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
yach,,,terkadang kita lupa kalau kita hanya hidup di dunia hanya sementar
Peringatan untuk semua yang ade di dunia.. Sesungguhnya kita tak akan kekal selama lamanya di dunia ni..
Curahan rasa Nurul @ ..HOT FM PAGI: Pemandu Teksi VS Penumpang
Kerana manusia dicipta untuk sujud padaNya,
Menyerah diri bila-bila masa,
Usia yang panjang banyak untungnya,
Jika usia yang ada mencari keredhaanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Semoga kita terus sempat beribadah kepada Allah,memang terasa semakin hari terasa semakin sibuk dgn urusan dunia,harap kita tidak lalai..SELAMAT HARI LAHIR DH!
Curahan rasa azmanisma @ ..Renungan Jumaat : Al-Quran dan Sunnah
Doa pada Nya sentiasa dibaca,
Memohon keberkatan segala usaha,
Kerana manusia dicipta untuk sujud padaNya,
Menyerah diri bila-bila masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Terima kasih atas peringatan di hari jumaat yang mulia ni
Curahan rasa adi @ ..Beli Rumah Dapat Cash RM13,000, Betul Ke Ni?
Hari Jumaat hari yang mulia,
Banyakkan amalan yang perlu dijaga,
Jangan terpesong akidah kita,
Terus memperbanyakkan amalan pahala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Comments are closed.