Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kehidupan ini tidak pernah berhenti walaupun sesaat terus bergerak melangkaui masa tanpa boleh diputar kembali. Dari alam lul mahfuz singgah sebentar di dunia dan akhirnya hidup abadi di akhirat.
Dalam perjalanan hidup pasti ada suka dan duka ujian daripada Allah SWT. Paling takut apabila diuji dengan kegembiraan, kebahagian dan kekayaan kerana manusia mudah lupa pada Allah SWT tapi siapa yang nak kan susah. Saat ditimpa kesusahan biasa solat kita lebih khusyuk, zikir lebih banyak dan ibadat sunat sering dilakukan berbanding ketika senang. Masalah itu sebenarnya bukan menyusahkan tetapi tanda Allah SWT kasih kepada kita.
Dunia ini terlalu luas untuk dinikmati tetapi kita sering terperangkap dengan urusan keluarga dan kerjaya yang tiada noktah entah bila akan selesai hingga terlupa tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk berbakti kepada seluruh alam. Bila Allah kurniakan rezeki terasa itu milik kita semua sehingga terlupa sebahagian adalah hak Allah yang perlu dipulangkan kembali.
Kita kekadang terjerit-jerit mengatakan orang itu salah orang ini tak betul tetapi adakah kita benar-benar anak jantan boleh mengubah diri sendiri untuk jadi lebih baik sebelum mengubah orang lain. Perjuangan untuk menjadi terbaik bukan percuma dan bukan memerlukan subsidi. Perjuang terdahulu seperti Para Sahabat berjuang tenaga dan menghabiskan harta benda untuk berjaya tetapi kita belajar pun nak percuma bagaimana nak jadi legenda.
Kita selalu sangka manusia boleh membantu sehingga apabila sudah tersandar ditembok tiada jalan penyelesaian baru memohon sujud pada Yang Esa. Manusia tidak mampu mengubah apapun tanpa izin Allah SWT jadi jangan sekali yakin pada manusia walaupun sekelumit tidak kiralah sehebat mana manusia itu pada pandangan mata. Carilah redha Allah dengan marahnya manusia bukan mencari redha manusia dengan kemarahaan Allah SWT.
Setahun lagi telah berlalu perjalanan masih jauh lagi untuk menjadi terbaik antara terbaik. Formulanya mudah lahirkan seramai manusia yang berjaya untuk kita jadi lebih baik dari semalam. Hidup mesti berani gagal untuk berjaya. Semuga Allah SWT sentiasa melihat kalau pun tidak berada di sisi supaya menjadi manusia yang redha dengan setiap ujian dalam perjalanan hidup yang masih jauh atau mungkin titik noktahnya esok siapa tahu.
Terima kasih ALLAH SWT atas segalanya.
279 Comments
selamat menyambut ulang tahun pada yang punya diri denaihati, setahun berlalu bisa mungkin atau nggak bisa kita dapat menikmati satu tahun ke depan…mudah2an dilanjutkan usia dan diberi kesihatan yang sempurna agar dapat terus mengabdikan diri kepada Allah SWT dan terus berbakti kepada yang memerlukan…
Moga-moga kita lebih baik hari sebelum-sebelumnya terutama cara beribadat.
Curahan rasa akubiomed @ ..Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras
Amin, dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Alloh SWT.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Best Cribs
Moga tahun yang baruakan menjadi lebih baik dan baik
Curahan rasa rozuan @ ..GAMBAR PRA PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA AL YAHYA
semoga sentiasa tabah mghadapi apa jua dugaan mndatang…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
Tahun ini harus lebih baik dari tahun kemarin
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Dan tahun yang akan datang harus lebih baik dari tahun ini
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
bila demikian Insya Allah akan tergolong orang yang bahagia
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Nice buat commentnya Mas Dadan.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Sit And Stand Stroller
itulah yang di harap2kan…amin..
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
Setiap kali berulang tahun, seharusnya bukan dirayakan dengan pesta, tapi harus bertafakur
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
bertafakur menghitung-hitung amal di tahun yang lalu
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
untuk dijadikan cermin di tahun sekarang
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Bila kebaikannya harus ditingkatkan
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
dan bila kejelekannya harus dibuang dan diganti dengan kebaikan
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
kebanyakkan sekarang disambut dengan pesta…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
semoga DenaiHati terus subur di alam maya..
Curahan rasa Mus @ ..Video Kemeriahan Persembahan Tarian Di Atas Lepa
mestilah, terus subur juga di hati rakan denaihati semua…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
Oh baru setahun ke denaihati ni ? tahniah sebab boleh di katakan mampu merealisasikan tradmark hidup tuk memberi tu ..
Curahan rasa puanbee @ ..Bersih 3.0 Duduk Dan Bantah Dah Mula Dah
Yang berulang tahun ni, blog Denaihati atau founder Denaihati ?
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
selamat hari lahir denaihati
semoga Allah memberkati hidup anda… amin
Curahan rasa auc dot com @ ..Cincin Raja
Harap tahun yg berlalu meninggalkan kenangan yang manis dan tahun mendatang menambah kebahagiaan dalam kehidupan.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Bakal Angkasawan
Buat amalan tiap-tiap hari,
Jangan lalai sampai lupa diri,
Ingatlah wahai manusia di zaman ini,
Banyak rintangan yang perlu ditempuhi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali,
Buat amalan tiap-tiap masa,
Jangan lalai sampai lupa diri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Pehh…bro punya ayat..” adakah kita benar-benar anak jantan boleh mengubah diri sendiri untuk jadi lebih baik sebelum mengubah orang lain. ” tu mmg power laa…he3x!!!
Curahan rasa yas @ ..APABILA ROH KELUAR DARI JASAD
Cermin diri mencari identiti,
Jangan menuduh orang lain begitu dan begini,
Tapi diri sendiri tidak perbaiki,
Jauhkan diri pada manusia yang bersifat seperti ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Wajib bersyukur pada Yang Esa,
Susah dan senang Dia tentukannya,
Kita hanya mampu berserah pada Allah Taala,
Semoga diberi ganjaran Syurga di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
motivasi pada Jumaat.
selamat hari lahir Denaihati
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bersih Hati
memang betul apa yang dikata tu.. semoga entri ni dapat bagi pengjaran dan peringatan kepada semua pembaca denaihati.. berusaha menjadi terbaik antara terbaik..
Curahan rasa Anarm @ ..Selamat Hari Lahir Denaihati
DH sememangnya memberi info2 yang bguna buat kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
Comments are closed.