Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kehidupan ini tidak pernah berhenti walaupun sesaat terus bergerak melangkaui masa tanpa boleh diputar kembali. Dari alam lul mahfuz singgah sebentar di dunia dan akhirnya hidup abadi di akhirat.
Dalam perjalanan hidup pasti ada suka dan duka ujian daripada Allah SWT. Paling takut apabila diuji dengan kegembiraan, kebahagian dan kekayaan kerana manusia mudah lupa pada Allah SWT tapi siapa yang nak kan susah. Saat ditimpa kesusahan biasa solat kita lebih khusyuk, zikir lebih banyak dan ibadat sunat sering dilakukan berbanding ketika senang. Masalah itu sebenarnya bukan menyusahkan tetapi tanda Allah SWT kasih kepada kita.
Dunia ini terlalu luas untuk dinikmati tetapi kita sering terperangkap dengan urusan keluarga dan kerjaya yang tiada noktah entah bila akan selesai hingga terlupa tanggungjawab sebagai hamba Allah untuk berbakti kepada seluruh alam. Bila Allah kurniakan rezeki terasa itu milik kita semua sehingga terlupa sebahagian adalah hak Allah yang perlu dipulangkan kembali.
Kita kekadang terjerit-jerit mengatakan orang itu salah orang ini tak betul tetapi adakah kita benar-benar anak jantan boleh mengubah diri sendiri untuk jadi lebih baik sebelum mengubah orang lain. Perjuangan untuk menjadi terbaik bukan percuma dan bukan memerlukan subsidi. Perjuang terdahulu seperti Para Sahabat berjuang tenaga dan menghabiskan harta benda untuk berjaya tetapi kita belajar pun nak percuma bagaimana nak jadi legenda.
Kita selalu sangka manusia boleh membantu sehingga apabila sudah tersandar ditembok tiada jalan penyelesaian baru memohon sujud pada Yang Esa. Manusia tidak mampu mengubah apapun tanpa izin Allah SWT jadi jangan sekali yakin pada manusia walaupun sekelumit tidak kiralah sehebat mana manusia itu pada pandangan mata. Carilah redha Allah dengan marahnya manusia bukan mencari redha manusia dengan kemarahaan Allah SWT.
Setahun lagi telah berlalu perjalanan masih jauh lagi untuk menjadi terbaik antara terbaik. Formulanya mudah lahirkan seramai manusia yang berjaya untuk kita jadi lebih baik dari semalam. Hidup mesti berani gagal untuk berjaya. Semuga Allah SWT sentiasa melihat kalau pun tidak berada di sisi supaya menjadi manusia yang redha dengan setiap ujian dalam perjalanan hidup yang masih jauh atau mungkin titik noktahnya esok siapa tahu.
Terima kasih ALLAH SWT atas segalanya.
279 Comments
terima kasih atas peringatan. semoga kita menjadi hamba yang bertakwa. amin
Curahan rasa liyana @ ..kawan ke HERBALIFE ?
amin…setiap insan ingin yg tbaik untuk hidup mereka…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali jenis2 sihir
gagal sekali tak bermakna gagal selamanya…
semoga hari2 kita yg mendatang lebih baik dr semalam..
Curahan rasa noriz @ ..Alkisah 3 idiots & Menanggung kerja…
terus brusaha tanpa jemu…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali jenis2 sihir
“Bekerjalah untuk duniamu seakan kau akan hidup selamanya dan Bekerjalah untuk akhiratmu seakan kau akan mati esok”
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
betul tu mas dadan…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali jenis2 sihir
Waktu yang ada sementara cuma,
Di akhirat nanti kekal abadi selamanya,
Doa pada Nya sentiasa dibaca,
Memohon keberkatan segala usaha.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Jangan asyik mengejar wang saja,
Hingga lupa bahawasanya kita sebenarnya di mana,
Kerana waktu yang ada sementara cuma,
Di Akhirat nanti kekal abadi selamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Semoga Allah panjangkan usia,
Amalan yang baik mesti dibawa,
Jangan asyik mengejar wang saja,
Hingga lupa bahawasanya kita sebenarnya di mana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
one year.. next, next year.. kena bersedia..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Blogger Denaihati dan Saiazuan
Setiap masa kita perlu bersedia 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Rezeki di hari Jumaat | Jom support Denaihati
Betol tu. Time susah, ingat Allah. Time senang lupa Allah. Manusia2..
Curahan rasa Hafizul @ ..Happy Birthday Owner Denaihati
itu mmang kenyataan dalam hidup kita…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali jenis2 sihir
Berbakti pada kedua ibubapamu,
Kelak tidak merana dikemudian hari,
Mohon ampun padanya selalu,
Semoga dosa yang lalu tidak menghantui.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Setahun sudah telah berlalu,
Bekalkan amalan sebelum mati,
Berbakti pada kedua ibubapamu,
Kelak tidak merana dikemudian hari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
semuanya nak percuma… macam manalah agaknya anak anak ni berfikir
Curahan rasa rahman @ ..Mcdonalds dan Sukan Olimpik London 2012
Setahun sudah telah berlalu,
Bekalkan amalan sebelum jasadmu kaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Masa yang ada jangan dipersiakan,
Kerana masa itu amat berharga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Hidup mesti berani gagal,
Gagal mesti untuk berjaya,
Rintangan hidup perlu cekal,
Pasti ada balasan drp Yang Maha Kaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Paling suka dengan kalimat Hidup mesti berani gagal
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Sama suka juga dengan ayat tu,
Kerana dengan gagal menjadikan kita lebih cekal dan berani..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Rezeki di hari Jumaat | Jom support Denaihati
Betul, karena kegagalan adalah kunci keberhasilan dikemudian hari
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
dan dengan kegagalan kita akan banyak belajar lagi
Curahan rasa Dadan @ ..Kebahagiaan Hidup
Kegagalan bukan gagal selamanya,
Kerana kegagalan memberi kita cekal dan berani,
Kegagalan hanya memberi inspirasi kepada kita,
Supaya terus berusaha sampai ke akhir nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Comments are closed.