Sesi persekolahan di Putrajaya akan ditangguh esok jika IPU lebih 200

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesi persekolahan 25 sekolah dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan ditangguhkan esok sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus melebihi bacaan 200 atau status sangat tidak sihat.

Timbalan Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr. Roslan Hussin memaklumkan, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 200.

Terdapat 11 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 14 Sekolah Kebangsaan (SK) di dalam Putrajaya.

“Pengumuman akan dikeluarkan dari masa ke semasa dengan berdasarkan kepada keperluan dan rujukan asas kepada pelan ini. Sebarang keputusan bergantung kepada bacaan esok. Sebarang perkembangan lanjut, kami akan maklumkan kepada semua.”

Gambar : Dkna Abza

Sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU Putrajaya telah mencapai tahap sangat tidak sangat iaitu pada bacaan 202.

Data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan peningkatan itu berbanding 6 petang semalam yang mencatat empat kawasan sangat tidak sihat dan 26 kawasan tidak sihat.

Putrajaya menyertai lokasi sangat tidak sihat dengan bacaan 202, diikuti Johan Setia, Klang (209) manakala tiga lagi yang terjejas di Sarawak adalah Sri Aman (215), Samarahan (226) dan Kuching (249).

Turut terjejas menjadikan kualiti udara tidak sihat adalah Batu Muda (104) dan Cheras (154) manakala empat lagi kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya 143, Shah Alam (153), Klang (139) dan Banting (163).

Kawasan lain, tiga di Negeri Sembilan iaitu Nilai (169) Seremban (138), Port Dickson (142), tiga di Melaka membabitkan Alor Gajah (128), Bukit Rambai (133) serta Bandaraya Melaka (142), manakala di Johor – Segamat (129) dan Batu Pahat (102) dan Tangkak (160).

Di sebelah pantai timur, kawasan terjejas adalah Rompin (104), Temerloh (161), Indera Mahkota Kuantan (178), Balok Baru Kuantan (144), Kemaman (143) manakala Paka (116).

Sabah menunjukkan IPU tidak sihat di Tawau dan Sandakan, masing-masing 137 dan 106, manakala lapan lagi kawasan di Sarawak – ILP Miri dan Samalaju dengan IPU 130 diikuti Bintulu (154), Mukah (129), Sibu (144), Sarikei (163) dan SK Kuala Baram 2 (105).

Ada 21 kawasan dengan IPU tahap sederhana dan 11 lagi direkodkan sihat. Penduduk dinasihati untuk menggunakan dan memakai topeng jerebu dengan jenis serta cara yang betul.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Keadaan itu telah menyebabkan pemandangan seluruh Putrajaya tertambah kabur termasuk sekitar Bangunan Perdana Putra dan Masjid Putra. Situasi sama juga berlaku di Istana Kehakiman, Dataran Putrajaya dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!