Tips dan cara pakai topeng jerebu yang betul

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia dan menjejaskan jarak pandangan yang turut berbahaya kepada system pengangkutan dan ekonomi negara.

Situasi berjerebu ini terjadi apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain terperangkap dalam jisim udara, seterusnya menjadikan kualiti udara dalam keadaan tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan berbagai kesan buruk lain.

Sehingga kini banyak kawasan yang teruk terjejas akibat jerebu sehingga mencapai paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat. Oleh kerana itu orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

Rata-rata di kalangan masyarakat sering memakai ‘surgical mask’ (topeng pembedahan) untuk perlindungan semasa jerebu. Sebenarnya ‘surgical mask’ tidak sesuai untuk menapis jerebu kerana ia direka untuk menghalang bau busuk, air liur, kahak dan hingus sipemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi sipemakai dari pencemaran udara.

Penutup mulut dan hidung ‘Surgical mask’ atau ‘face mask’ biasa tidak dapat menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer yang terampai di udara. Ia juga tidak melekap pada muka, ini membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau ruang antara topeng dan muka.

Menurut pakar kesihatan, ‘surgical mask’ yang sering dipakai orang ramai, hanyalah sekadar menghalang partikel besar zarah halus jerebu dari masuk ke salur pernafasan, atau dalam kata lainnya hanya sesuai untuk menghalang pengguna daripada menyebarkan virus atau bakteria kepada orang sekeliling sahaja.

Penutup mulut dan hidung yang sesuai untuk melindungi anda daripada jerebu adalah jenis N95 (alat penapis pernafasan atau respirator N95) yang telah mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia dan antarabangsa.

Dengan menggunakan Respirator N95saluran pernafasan ditapis dengan menuras bahan elastik yang terdapat di dalamnya sekaligus memastikan hampir semua jenis partikel ditapis sebelum memasuki rongga pernafasan.

Respirator N95 dihasilkan untuk menapis habuk atau partikel sehalus 0.1-0.3 mikron. Saiz partikel asap jerebu pula adalah kira kira 2.5 mikron. Maka 95% daripada partikel udara jerebu dapat ditapis. Jika anda terlibat dalam aktiviti penyemburan racun perosak, topeng jenis ini juga dapat melindungi daripada terhidu kabus beracun yang disembur.

N95 juga mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan. Respirator N95 yang melekap pada muka, berupaya menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia juga memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.

Oleh yang demikian, pastinya kita telah mengetahui penutup mulut dan hidung yang boleh melindungi diri daripada menyedut secara terus jerebu di luar. Sewajarnya kita membuat pilihan yang tepat kerana di kedai-kedai hari ini kebanyakannya menjual ‘surgical Mask yang seringkali digunakan oleh doktor dan jururawat dalam bilik pembedahan di hospital.

Harga pula murah, sekitar RM10 sekotak. Jadi jangan tersalah pilih!

Cara-cara Memakai topeng jerebu N95 Dengan Betul

Maka topeng yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai di kala musim jerebu ini adalah jenis N95 (Respirator N95) dan bukannya topeng muka pembedahan (surginal mask).

Dan jangan lupa daripada menjaga kesihatan di musim jerebu ini, selain daripada sentiasalah memakai topeng jerebu, kerapkanlah meminum air masak dan berwuduk.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!