Makcik Travels, e-hailing hanya untuk pemandu dan pelanggan wanita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banyak kes berkaitan pengangkutan awam dan penindasan wanita telah berlaku semenjak dua menjak ini

Bahkan peningkatan kes jenayah serta gangguan seksual melibatkan perkhidmatan awam serta e-hailing membuatkan golongan ini merasa tidak selamat untuk menggunakannya, terutamanya ketika sedang berseorangan, atau lebih merisaukan lagi sekiranya terpaksa menggunakan perkhidmatan itu pada waktu malam.

Atas alasan ini, seorang wanita bersama anak perempuannya telah memulakan perkhidmatan e-hailing yang boleh mengatasi masalah ini iaitu MakCik Travels!

Image from Facebook Makcik Travels

Menurut pengasas Makcik Travels, Dr Shazlina Kamarulzaman, idea menubuhkan perkhidmatan e-hailing ini tercetus daripadanya anaknya Siti Sarah Anuar yang menyediakan khidmat pengangkutan untuk rakan kolejnya secara kecil-kecilan di Kolej Vokasional Kajang, Selangor.

Image from Instagram Makcik Travels

“Anak saya membawa kereta ke tempat pengajiannya dan kawan-kawan sering memintanya untuk dihantar ke stesen Transit Aliran Massa (MRT), pusat beli-belah dan kawasan sekitar. Ini kerana mereka bimbang untuk menaiki perkhidmatan seperti teksi, Grab, Ezcab dan MyCar.

“Ia menimbulkan idea kepada kami untuk menawarkan perkhidmatan teksi e-hailing khas untuk wanita.

Image from Facebook Makcik Travels

“Akhirnya, tertubuh syarikat, Auntie Wanders Enterprise atau lebih dikenali sebagai MakCik Travels pada bulan November tahun lepas,” ujar Pensyarah Perubatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada Kosmo.

Menariknya, Makcik Travels bukan sahaja menyediakan khidmat pengangkutan, bahkan turut mempunyai khidmat peneman peribadi dari golongan hawa sendiri.

Lagi best ialah selain golongan wanita, perkhidmatan ini boleh juga digunakan oleh warga emas, kanak-kanak, serta OKU!

MakCik Travels menawarkan pemandu wanita khusus untuk keselesaan penumpang daripada golongan ini yang ingin bergerak ke mana-mana dan pada bila-bila masa.

Image from Facebook Makcik Travels

Tambah Dr Sazlina, kebanyakan pelanggan mahukan seseorang yang boleh dipercayai dan selesa untuk menemani mereka sama ada untuk membeli belah, ke klinik mahupun hospital, pusat dialisis dan sebagainya.

“Malah, kebanyakan panggilan diterima juga membabitkan keperluan menghantar dan menjemput pesakit dialisis yang memerlukan seseorang untuk membawa mereka pulang dengan selamat selepas selesai menjalani rawatan dialisis.

Image from NST
Image via NST

“Ada juga ibu bapa yang kesuntukan masa meminta kami menjemput anak mereka dari sekolah ke rumah selain turut menyediakan khidmat penghantaran barangan dan trip tengah malam,” jelasnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Caj pemandu akan dikenakan mengikut perbatuan serta keadaan semasa trafik manakala caj peneman pula mengikut tempoh jam

Pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu sekurang-kurangnya setengah jam lebih awal supaya proses mencari pemandu, destinasi dan kiraan kos perjalanan dapat dilakukan selain proses mengenal pasti identiti pelanggan sendiri.

Image from Kosmo

Kata Siti Sarah, “Buat masa ini, kami tiada aplikasi khusus untuk mengira jarak dan mencari pemandu. Semua itu dilakukan secara manual. Saya sendiri akan mencari pemandu dan mengira jarak mengikut standard harga e-hailing lain.”

Namun begitu yang membezakan Makcik Travels dengan e-hailing yang lain adalah ia tidak mengenakan komisen yang terlalu tinggi kepada pemandu wanita mereka. Bahkan, pemandu akan mendapat lebih daripada harga tambang keseluruhan perkhidmatan.

Image from NST
Image via NST

Ternyata, salah satu kelebihan Makcik Travels adalah ia membantu golongan wanita yang ingin menjana pendapatan dengan waktu bekerja yang lebih fleksibel. Ini kerana komisen sebanyak 80% akan diberikan kepada pemandu, manakala ejen akan mendapat 15% dan syarikat hanya mengambil 5%.

Image from Facebook Makcik Travels

Kata Dr Sazlina lagi, sehingga kini Makcik Travels mempunyai sebanyak 90 pemandu berdaftar sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri lain seperti Taiping, Perak (15)Kota Bharu, Kelantan (5) dan Johor Bahru, Johor (5).

Mereka yang ingin menempah Makcik Travels boleh membuat pesanan melalui website Makcik TravelsWhatsApp ataupun menerusi laman Facebook

“Kita menerima tempahan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam dan menyediakan khidmat pengangkutan 24 jam kerana ada pelanggan mahukan pemandu wanita menghantar dan menjemput mereka di lapangan terbang.

Image from Twitter @sitisarahanr

Dari segi pemilihan pemandu dan peneman, kita amat teliti apabila calon perlu menjalani proses temu duga, tapisan serta kriteria tertentu bertepatan dengan cogan kata kita ‘pengangkutan dan peneman selamat’.

Setiap pemandu dan peneman sudah semestinya dilatih sebagai persediaan memberikan perkhidmatan mesra pengguna kepada golongan terbabit.

Selamat maju jaya Makcik!
Says


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!