Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.

SBB2013

Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.

SBB2013

Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.

SBB2013

Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.

SBB2013

Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.

SBB2013

SBB2013

Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.

SBB2013

Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).

SBB2013

SBB2013

SBB2013

Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.

SBB2013

SBB2013

Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.

Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.

(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)


Spread the love

181 Comments

  1. semoga makin dimurahkan rezeki denaihati ni..kagum dgn semangat pemurahnya..Ya Allah berilah ia harta yang banyak begitu juga anak, luaskanlah rumahnya,berkatilah apa yang Kau berikan kpdnya,panjangkanlah usianya utk taat kepada Allah dan perelokkanlah amalannya- Doa Nabi Muhammad kpd Annas Bin Malik yg berkesan hingga ia menjadi org yg kaya raya dan begitu barakah rezekinya
    Curahan rasa Noor Aini binti Samsusah @ ..Kena LudahMy Profile

  2. Hanya 3 blogger indonesia yang diundang ya? Alhamdulillah senangnya yang mendapat kehormatan itu. Semoga ukhuwah sesama blogger terus terjalin.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!