Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti yang dijangkakan aku akan tertidur depan TV sebelum perlawanan Euro 2012 Final Spain vs Italy tamat. Menonton separuh masa pertama memang jauh prestasi pasukan Sepanyol berbanding Italy. Itulah kehebatan Sepanyol seperti Piala Dunia 2010 dimana prestasi permainan meningkat setiap perlawanan sehingga maksima di final. Prestasi pasukan lain tidak menentu untuk setiap perlawanan dan ada yang telah mencapai tahap maksima sebelum kejohanan seperti team Oranje.
Tahniah kepada pasukan Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 menjadi Juara Euro 2012 untuk kali kedua berturut dan menyertai German yang telah menjuari Piala Eropah sebanyak tiga kali. Kemenangan 4 – 0 menewaskan Italy hasil jaringan David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata. Torres juga menjaringkan goal ketika Sepanyol menjadi juara Euro 2008. Ayam tambatah Italy, Mario Balotelli tidak mampu beraksi cemerlang kerana tidak mendapat peluang yang cukup untuk mencuba gawang gol Sepanyol. Tahniah kepada pasukan Sepanyol memanglah pasukan bola sepak yang terhebat di dunia. Tak tahulah team mana yang boleh menewaskan Sepanyol buat masa ini.
Bejaya juga aku menyerang psikologi minda 21 Blogger lelaki kacak yang menjadi penyokong setia Sepanyol. Ada yang tak puas hati sebab aku sokong Italy agaknya jadi boleh dikatakan setiap minit ada je twitter yang masuk menyerang aku terutama apabila Sepanyol menjaringkan gol. Aku memang suka mengusik Rakan Blogger ini barulah ada komunikasi. Kepada penyokong Sepanyol memang terbaiklah tapi aku tetap setia bersama team Oranje dan Arsenal.
Tahniah kepada 21 Blogger lelaki kacak yang telah berjaya menang hadiah 10,000 trafik blog + T-Shirt Denaihati. Sila kirimkan nama penuh dan alamat ke admin [at] denaihati [dot] com dengan tajuk “Juara Euro 2012″ untuk urusan pengiriman hadiah. Hadiah 10,000 trafik blog akan diuruskan secara berperingkat mengikut senarai pemenang.
Euro 2012 dah tamat maknanya bolehlah fokus kepada contest SEO Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz yang semakin banyak hadiahnya. Blog Denaihati juga akan mengumumkan projek baru yang pasti akan memberi manafaat kepada semua Rakan Blogger yang menyertai.
Senarai Juara Euro 2012 adalah :
1. Amriawan.blogspot.com
2. Sensasi2020.blogspot.com
3. Razifredz.com
4. MalaysianCareerJobs.com
5. Syahrilhafiz.com
6. MalaysiaScore.blogspot.com
7. Yastro.blogspot.com
8. Askep-net.blogspot.com
9. Anakulucheka.com
10. Akusijebat.blogspot.com
11. Profhariz.com
12. Teratakusang.com
13. Pipoq.blogspot.com
15. 1000-freedownload.blogspot.com
16. Coretananuar.com
17. Kurakura.my
18. Ahmadijat.blogspot.com
19. PondokKecil.com
20. Fiezaradzi.com
21. Spudinpunya.com
14. Azidi.com
331 Comments
Luar biasa sungguh aksi pemainan,
Sepanyol lah team yang diperkatakan,
Semangat melawan tak kenal putus harapan,
Sentiasa menyerang lawan sampai tamat permainan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Pantunnya bagus-bagus sobat
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Spanyol memang mempunyai permainan yang luar biasa dan pantas menyandang predikat sebagai juara
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Dan salah satunya dari tim memperoleh sepatu emas dalam ajang tersebut
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Skuad impian yang diumumkan oleh panitia euro 2012 sepuluh pemainnya adalah berasal dari spanyol
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Ia, ianya dipanggil “Man Of The Match” jaanugerah pd Iniesta iairu pemain Sepanyol.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Kejuaran yg dikecapi penuh bermakna,
Kemenangan yg dicari boleh digenggami,
Euro 2012 pasti diingat sepanjang masa,
Sepanyol diiktiraf juara Euro 2012 secara rasmi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
21 org di atas tersenyum puas,
Bila melihat kemenangan yg lepas,
Hinggakan kejuaraan sekarang tidak dirampas,
Sampai sanggup melihat Sepanyol berhempas-pulas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Pantunnya bagus tentunya pandai membuat pantung
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Perjalan Euro 2102 penuh berliku,
Kita dah lihat apa yang berlaku,
Itali kalah tersungkur pada La roja ku,
Setiap gerakan dipatahkan hingga terpaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Final Euro 2012 telah berlabuh pergi,
Banyak yang dapat kita saksi,
Permainan memukau penuh aksi,
Terhebat di waktu ini hanyalah Sepanyol yg ku minati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Sepanyol berhak mendapat juara,
Team mereka bermain dgn bergaya,
Mengalahkan Itali dgn sempurna,
Piala Euro 2012 dapat dipertahankannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Pergi menyelam di laut dalam,
Mengambil seketul batu karam,
Itali tersungkur dlm kelam,
Sepanyol terbilang dlm Euro 2012 pagi semalam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Cassilas, penjaga gol Sepanyol juga jgn dilupa, beliau juga memainkan peranan yg bagus menahan setiap asakan drp Itali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
bufffon jugak bocor 4 kali..
Curahan rasa KiD @ ..Program Affiliate UniFi dari shakiddo.com
Casillas memang patut diajungi jempol dalam setiap permainannya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Perannya memang tidak bisa diabaikan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Seorang kapten yang berposisi sebagai penjaga gawang
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
2 tahun dari skrg, Sepanyol pasti akan mempertahankan kejuaraan Piala Dunia 2014 pula. Ayuh skuad La Roja….buatlah yg terbaik utk negara kamu!!! . Berfikir sejenak…..Bilalah Malaysia atau di rantau Asia Tenggara amnya untuk layak ke Piala Dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Piala Dunia 2014 di Brazil, pasti Sepanyol membuat persiapan yg rapi untuk Piala Dunia kali ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Sudah pasti, Sepanyol akan bersedia di masa akan datang spt di piala dunia 2014 pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Eizil Network & It Solutions, Computers/Technology, memang kreatif dlm menpelbagaikan gaya ciptaannya yg tersendiri hinggakann header Denaihati memberi pengertian yg bermakna di sebalik jenamaan Denaihati ” Hidupkan Untuk Memberi”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Vicente del Bosque pandai dan bijak menyerap segala ilmu yg ada padanya diperturunkan kepada team Sepanyol utk berdepan team Itali sehingga longlai di Stadium Kiev.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Comments are closed.