Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang dipilih menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Zulhilmi Zainudin salah seorang pereka grafik dan pembangun laman web tempatan. Seorang yang begitu obses dengan SEO, WordPress, design, pemasaran dan pengiklanan digital. Joom sama-sama kita baca.
Melangkah masuk ke dunia blogging, SEO menjadi salah satu perbualan yang hangat dan sering menjadi debat antara pengamalnya. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan sebab musabab tersendiri akan formula yang berkesan dan tidak berkesan.
Backlink adalah antara perkara yang sering dibincangkan apabila kita berbicara tentang SEO. Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke blog kita. Jika blog Denaihati ini meletakkan satu pautan ke laman Nile.com.my, ini bermaksud Nile.com.my menerima backlink daripada blog Denaihati.
Strategi dalam SEO itu luas dan semakin berkembang sejajar dengan pengenalan pelbagai kemaskini daripada pihak seperti Google khususnya dari semasa ke semasa. Setiap kali kemaskini, akan ada blog yang terkesan. Ada yang kekal, meningkat dan ada juga yang terus hilang daripada muka pertama carian!
Kenapa Ini Berlaku?
Baik. Kita perlu tahu bahawa SEO pada hari ini mengambil ratusan aspek untuk dinilai sebelum dianugerahkan kedudukan terbaik di muka carian. Tidak seperti satu ketika dahulu, cukup dengan menggunakan ‘meta tag’ ringkas, kita sudah boleh berada di kedudukan tertinggi mengalahkan pesaing yang lain.
Persaingan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran kumpulan yang mengamalkan teknik ‘black hat’ telah memaksa mereka di sebalik enjin carian untuk bekerja lebih keras bagi mematahkan strategi jahat mereka ini.
Tidak mustahil hari ini kita melihat kedudukan sesuatu blog itu tidak tetap. Ada naik dan turunnya. Jika kita benar-benar memahami teknik terbaik melakukan SEO dan tidak gopoh mengejar kedudukan di muka pertama, kedudukan kita boleh dikekalkan. Sebaliknya, bersedia sahaja untuk hilang dari muka carian.
Kaitan Dengan Backlink
Oleh kerana backlink adalah antara salah satu cabang daripada SEO yang mudah untuk dimanipulasi pada hari ini, mereka yang rakus gemar untuk mengambil kesempatan dengan melakukan proses backlink secara agresif. Golongan ini percaya bahawa hanya dengan melakukan backlink sahaja, blog mereka boleh berada di kedudukan terbaik muka carian.
Sebenarnya, tanggapan ini salah. Sebagai seorang penulis blog yang mahu tahu dan mendalami ilmu SEO yang sebenar, sikap dan pemikiran seperti ini hanya akan membawa blog anda jauh tertinggal di belakang dalam perlumbaan SEO yang sebenar.
Mitos Backlink – Selamatkan SEO Blog Kita Sekarang
Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos backlink dalam SEO:
#1 – Perlu Buat Backlink Jika Ada Kata Kunci Yang Relevan Sahaja
Era Web 2.0 hari ini telah memperkenalkan kita dengan terma ‘viral’. Viral di sini bermaksud, berkembang secara natural dan bukan dipaksa-paksa. Lihat sahaja fenomena PRU baru-baru ini. Artikel-artikel politik disebarkan secara meluas di Internet khususnya di media sosial – dengan rela hati.
Jika dilihat dengan mendalam, proses ini juga adalah proses backlink. Pautan blog kita bertebaran di Internet dalam platform yang luas. Ada yang berkongsi di blog peribadi dan ada yang mengupas dengan lebih panjang di media sosial.
Mengikut perkembangan SEO terkini, strategi backlink seperti ini adalah baik di mana ianya berkembang dengan natural biarpun tidak daripada laman web atau blog yang berkaitan (niche) dengan kita. Ianya dipanggil ‘social signal’ dalam kalangan pengamal SEO dan dijangka akan digunakan lebih meluas bermula daripada sekarang.
#2 – Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu
Tidak dinafikan bahawa do-follow backlink mempunyai pemberat yang lebih kepada backlink. Tetapi, no-follow backlink seperti blog comment tidak wajar kita pinggirkan.
Hal ini kerana, dalam menentukan jumlah backlink sesebuah halaman, jumlah do-follow dan no-follow backlink itu dilihat serentak. Jadi, lakukan kedua-duanya dengan seimbang agar ianya nampak natural.
#3 – Banyak Backlink, Rank Lebih Tinggi
Jika mengikut logik, ianya betul. Jika mengikut ilmu SEO, ianya tidak tepat.
Di Internet hari ini, terdapat ratusan juta halaman yang menyediakan informasi. Tetapi, tidak semua halaman ini berkualiti dan ‘baik’ di mata enjin carian. Terdapat pelbagai faktor lain pula yang digunakan oleh mereka dalam membuat penilaian dan status setiap halaman ini.
Jika kita melakukan backlinking secara melulu tanpa melihat kepada kualiti tempat kita membuat backlink, ianya akan memberi kesan negatif kepada blog kita. Buat backlink secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
Tip: Jika anda mengambil servis SEO daripada agensi SEO, pastikan anda jelas dengan strategi SEO yang mereka akan gunakan. Ada dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan SEO, menggunakan laman-laman yang tidak baik seperti ‘black hat sites’, pornografi dan sebagainya untuk membuat backlink bagi anda.
#4 – Backlink Sudah Mati & Ketinggalan Zaman
Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.
Tanggapan ini tidak benar. Backlink masih mempunyai kuasanya jika digunakan dengna betul. Fahami dan teliti ‘best practices’ dalam melakukan SEO khususnya dalam bab backlinking.
Apa yang kita silap selama ini adalah, kita melihat hanya backlink itu sahaja yang boleh menolak setinggi-tingginya blog kita di muka carian. Pernah atau tidak kita terfikir jika kita menulis kandungan yang baik, asli dan ditambah pula dengan strategi backlink yang betul, ianya akan memberikan kesan positif kepada SEO blog kita?
Satu soalan untuk difikirkan bersama-sama.
#5 – Buat Backlink Dari Laman PR Tinggi Sahaja
PageRank (PR) hanya satu signal untuk enjin carian menyusun dan mengkategorikan blog-blog di Internet. Tiada sebarang masalah jika kita melakukan backlinking di pelbagai variasi PR.
Jika kita hanya fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja, aktiviti ini boleh dikesan dan dianggap sebagai ‘jual beli backlink’ yang secara jelasnya ditegah oleh enjin carian.
Lakukan dengan natural. Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi. Kerana, blog yang mempunyai PR yang rendah itu tidak bermakna tidak berkualiti atau ‘jahat’ di mata enjin carian.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepercayaan karut dalam SEO. Sebagai seorang yang benar-benar mahu menjadikan SEO sebagai salah satu sumber trafik berterusan untuk blog, fahami dan ketahui seninya terlebih dahulu. Jangan terlalu tamak dan gelojoh dalam mengejar kedudukan terbaik di muka carian. Lakukan dengan konsisten, perlahan-lahan dan natural.
Kredit foto: mkhmarketing, mkhmarketing, kris krüg, Josep Ma. Rosell, عبدالمجيد المطيويع, i k o, johannes p osterhoff.
No related posts.
193 Comments
Pakar SEO Zulhilmi post rupanya…memang terbaik… 🙂
Sekarang ni nak buat backlink pun kena hati2 kan..takut kena penalty..saya tertarik tentang Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi lakukan dengan natural dan jgn fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja.
Akma,
Kita sama-sama belajar. Apa yang saya tahu, saya suka berkongsi. 😀
Tentang backlink, memang kena pelbagai cara. Jangan sesekali memandang rendah kepada PR rendah. Kerana PR rendah juga ada menyumbang. Lakukan sedikit demi sedikit. Tak perlu gelojoh. Nanti terkena penalty, lagi susah.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kebaikan Blog Untuk Bisnes
alhamdulilah dapat yng berguna.. sangat membantu… sekurangnya faham juga tentang backlink
Curahan rasa Aku PEnghibur @ ..September Giveaway by http://www.cikyaya.my
Alhamdulillah. Syukur.
Semoga saudara mendapat manfaat dan ilmu daripada perkongsian ini ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kebaikan Blog Untuk Bisnes
Entri tentang backlink dan SEO yang menarik. Terima kasih atas ilmu dan perkongsian yang berguna ini.
Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan membaca artikel ini.
Moga dapat memberi manfaat kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kebaikan Blog Untuk Bisnes
Beberapa hari ini saya mencari info-info dan artikel yang berhubungan dengan backlink karena saya masih kurang paham dengan yang namanya ” Backlink”.Saya masih bingung, ada kata2 seperti ” berburu backlink untuk mendapatkan ratusan bahkan ribuan backlink gratis. Apakah dengan kita memasukan komentar di blog akan mendapatkan pengunjung blog dengan jumlah yang besar? .
Thank you
Curahan rasa yehezkiel @ ..10 Smartphone Tercanggih 2013
yehezkiel,
Blog commenting merupakan salah satu daripada jenis backlink yang ada. Tiada sebarang jaminan bahawa menggunakan kaedah ini, kita menerima ramai pelawat.
Tetapi, cara ini MENYUMBANG kepada ‘markah’ terkumpul yang digunakan oleh pihak Google untuk membuat penilaian sewaktu mahu menyusun kedudukan blog kita di sistem mereka.
Backlink adalah pecahan kecil daripada pelbagai faktor-faktor lain yang digunakan oleh Google sahaja.
Jika kita berjaya menguasai teknik backlink & SEO dengan baik, maka kita akan menerima pelawat secara natural & organik hanya melalui enjin carian sahaja.
Begitulah analoginya.
Semoga menjawab soalan yehezkiel. Terima kasih kerana membaca artikel ini dan bertanyakan soalan yang menarik ini. Moga memberi ilmu baru kepada yehezkiel.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kebaikan Blog Untuk Bisnes
jadi sampai sekarng backlink masih sangat bermanfat ya ?
Nasphie,
Masih digunakan sebagai salah satu aspek penilaian dalam menentukan kedudukan blog dan laman web kita di halaman keputusan carian.
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca artikel ini. Semoga memberi manfaat kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Pihak Google pun bijak selalu mengemaskini teknik bot crawling mereka. Jadi sebagai blogger perlu peka dengan perubahan semasa.
Curahan rasa akubiomed @ ..Membidik Silvery Lutung di Bukit Melawati
Cara crawling bots masih sama saudara akubiomed. Yang selalu dikemaskini adalah cara penilaian sesuatu laman web dan blog itu sendiri berdasarkan ratusan aspek yang sentiasa dikaji dan dinilai oleh mereka yang pakar di sebalik sistem carian enjin carian seperti Google.
Terima kasih saudara kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Moga memberi manfaat kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
Kawe dah lama give up dgn SEO ni bro. Algorithm Google asyik kena update jer. Tapi satu pun teknik yg kawe pakai berhasil. Better layan blogging jer. Still a good read dan boleh diexperimentasikan.
Curahan rasa Ismail N @ ..I’m On FoxSports
Saudara Ismail,
Jika kita sediakan kandungan yang baik dan bukannya copy-n-paste, tiada apa yang perlu dirisaukan. Pastikan tetapan On-Page SEO kita benar-benar baik. Backlink ini termasuk dalam Off-Page SEO di mana apabila digabungkan dengan aspek-aspek optimization yang lain, ianya akan memberi kesan kepada blog kita.
Terima kasih saudara kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Semoga memberi manfaat kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
bila baca entry ini..banyaknya yang saya tak tahu…huhuhu
Curahan rasa ema @ ..Birthday Aqeel lupa nak buat.
Ema,
Tiada masalah. Selagi kita mampu dan sanggup untuk belajar, teruskan usaha. Ilmu SEO itu masih luas dan perlukan kesabaran untuk kita memahaminya. 🙂
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Moga membantu dan memberi input baru.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
sebelum ni saya agak kurang clear dengan backlink
Curahan rasa Zuan @ ..Sapo Alihkan Keju Den?
Saudara Zuan,
Sekarang bagaimana? Sudah jelas?
Terima kasih saudara kerana sudi membaca artikel ini. Moga memberi pengisian baru kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
nampaknya banyak lagi ilmu saya baru tahu..
dah lama dah tak main dgn SEO ni..
tq
Curahan rasa Muaz @ ..30 WordPress Plugins paling Popular – InfoGrafik
Saudara Muaz,
Semoga memberi manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Nak dapat ilmu seo memang mudah… Tapi nak jadi The Best Practice OF SEO bukan semudah apa yang kita sangka… Kalau tak percaya boleh join mana-mana contest SEO dan lihat hasilnya… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
Saudara Anuar,
Contest adalah antara salah satu platform untuk uji kemampuan dan kemahiran SEO kita sahaja. Masih ada terdapat pelbagai lagi cara untuk uji kemampuan kita dalam SEO.
Terima kasih atas pendapat saudara. Saya suka. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
Terima kasih di atas perkongsian info… Hari ini dapat ilmu baru, tentang Backlink yanh dah mati… Patutlah backlink tak banyak walaupun pernah menganjurkan satu Contest yang disertai lebih daripada 400 peserta…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart Shopper
Saudara Anuar,
Backlink tidak mati. Cuma di era Web 2.0 masa kini, popularitinya menurun. Tetapi kuasanya tidak boleh diabaikan. 🙂
Terima kasih saudara kerana sudi membaca artikel ini. Moga memberi manfaat kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
Menarik, macam nak pergi tapi tempat jauh dan tidak sesuai dengan masa cuti.
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Blogger Penipu Buat Duit Online
terima kasih dengan info ini tuan DH…
Curahan rasa fyna @ ..Alhamdulillah Group Crew Blogger Malaysia Melebihi 1000 Ahli
Terima kasih fyna kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Moga memberi manfaat dan ilmu kepada fyna ya. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
Banyaknya ilmu yg saya perlu pelajari lagi.. terima kasih denaihati atas perkongsian ini.. 😀
Terima kasih saudara Kimi. Belajar dan teruskan belajar. Ilmu SEO itu luas lagi untuk diterokai. 😀
Semoga memberi manfaat ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
Comments are closed.