Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang dipilih menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Zulhilmi Zainudin salah seorang pereka grafik dan pembangun laman web tempatan. Seorang yang begitu obses dengan SEO, WordPress, design, pemasaran dan pengiklanan digital. Joom sama-sama kita baca.
Melangkah masuk ke dunia blogging, SEO menjadi salah satu perbualan yang hangat dan sering menjadi debat antara pengamalnya. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan sebab musabab tersendiri akan formula yang berkesan dan tidak berkesan.
Backlink adalah antara perkara yang sering dibincangkan apabila kita berbicara tentang SEO. Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke blog kita. Jika blog Denaihati ini meletakkan satu pautan ke laman Nile.com.my, ini bermaksud Nile.com.my menerima backlink daripada blog Denaihati.
Strategi dalam SEO itu luas dan semakin berkembang sejajar dengan pengenalan pelbagai kemaskini daripada pihak seperti Google khususnya dari semasa ke semasa. Setiap kali kemaskini, akan ada blog yang terkesan. Ada yang kekal, meningkat dan ada juga yang terus hilang daripada muka pertama carian!
Kenapa Ini Berlaku?
Baik. Kita perlu tahu bahawa SEO pada hari ini mengambil ratusan aspek untuk dinilai sebelum dianugerahkan kedudukan terbaik di muka carian. Tidak seperti satu ketika dahulu, cukup dengan menggunakan ‘meta tag’ ringkas, kita sudah boleh berada di kedudukan tertinggi mengalahkan pesaing yang lain.
Persaingan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran kumpulan yang mengamalkan teknik ‘black hat’ telah memaksa mereka di sebalik enjin carian untuk bekerja lebih keras bagi mematahkan strategi jahat mereka ini.
Tidak mustahil hari ini kita melihat kedudukan sesuatu blog itu tidak tetap. Ada naik dan turunnya. Jika kita benar-benar memahami teknik terbaik melakukan SEO dan tidak gopoh mengejar kedudukan di muka pertama, kedudukan kita boleh dikekalkan. Sebaliknya, bersedia sahaja untuk hilang dari muka carian.
Kaitan Dengan Backlink
Oleh kerana backlink adalah antara salah satu cabang daripada SEO yang mudah untuk dimanipulasi pada hari ini, mereka yang rakus gemar untuk mengambil kesempatan dengan melakukan proses backlink secara agresif. Golongan ini percaya bahawa hanya dengan melakukan backlink sahaja, blog mereka boleh berada di kedudukan terbaik muka carian.
Sebenarnya, tanggapan ini salah. Sebagai seorang penulis blog yang mahu tahu dan mendalami ilmu SEO yang sebenar, sikap dan pemikiran seperti ini hanya akan membawa blog anda jauh tertinggal di belakang dalam perlumbaan SEO yang sebenar.
Mitos Backlink – Selamatkan SEO Blog Kita Sekarang
Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos backlink dalam SEO:
#1 – Perlu Buat Backlink Jika Ada Kata Kunci Yang Relevan Sahaja
Era Web 2.0 hari ini telah memperkenalkan kita dengan terma ‘viral’. Viral di sini bermaksud, berkembang secara natural dan bukan dipaksa-paksa. Lihat sahaja fenomena PRU baru-baru ini. Artikel-artikel politik disebarkan secara meluas di Internet khususnya di media sosial – dengan rela hati.
Jika dilihat dengan mendalam, proses ini juga adalah proses backlink. Pautan blog kita bertebaran di Internet dalam platform yang luas. Ada yang berkongsi di blog peribadi dan ada yang mengupas dengan lebih panjang di media sosial.
Mengikut perkembangan SEO terkini, strategi backlink seperti ini adalah baik di mana ianya berkembang dengan natural biarpun tidak daripada laman web atau blog yang berkaitan (niche) dengan kita. Ianya dipanggil ‘social signal’ dalam kalangan pengamal SEO dan dijangka akan digunakan lebih meluas bermula daripada sekarang.
#2 – Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu
Tidak dinafikan bahawa do-follow backlink mempunyai pemberat yang lebih kepada backlink. Tetapi, no-follow backlink seperti blog comment tidak wajar kita pinggirkan.
Hal ini kerana, dalam menentukan jumlah backlink sesebuah halaman, jumlah do-follow dan no-follow backlink itu dilihat serentak. Jadi, lakukan kedua-duanya dengan seimbang agar ianya nampak natural.
#3 – Banyak Backlink, Rank Lebih Tinggi
Jika mengikut logik, ianya betul. Jika mengikut ilmu SEO, ianya tidak tepat.
Di Internet hari ini, terdapat ratusan juta halaman yang menyediakan informasi. Tetapi, tidak semua halaman ini berkualiti dan ‘baik’ di mata enjin carian. Terdapat pelbagai faktor lain pula yang digunakan oleh mereka dalam membuat penilaian dan status setiap halaman ini.
Jika kita melakukan backlinking secara melulu tanpa melihat kepada kualiti tempat kita membuat backlink, ianya akan memberi kesan negatif kepada blog kita. Buat backlink secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
Tip: Jika anda mengambil servis SEO daripada agensi SEO, pastikan anda jelas dengan strategi SEO yang mereka akan gunakan. Ada dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan SEO, menggunakan laman-laman yang tidak baik seperti ‘black hat sites’, pornografi dan sebagainya untuk membuat backlink bagi anda.
#4 – Backlink Sudah Mati & Ketinggalan Zaman
Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.
Tanggapan ini tidak benar. Backlink masih mempunyai kuasanya jika digunakan dengna betul. Fahami dan teliti ‘best practices’ dalam melakukan SEO khususnya dalam bab backlinking.
Apa yang kita silap selama ini adalah, kita melihat hanya backlink itu sahaja yang boleh menolak setinggi-tingginya blog kita di muka carian. Pernah atau tidak kita terfikir jika kita menulis kandungan yang baik, asli dan ditambah pula dengan strategi backlink yang betul, ianya akan memberikan kesan positif kepada SEO blog kita?
Satu soalan untuk difikirkan bersama-sama.
#5 – Buat Backlink Dari Laman PR Tinggi Sahaja
PageRank (PR) hanya satu signal untuk enjin carian menyusun dan mengkategorikan blog-blog di Internet. Tiada sebarang masalah jika kita melakukan backlinking di pelbagai variasi PR.
Jika kita hanya fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja, aktiviti ini boleh dikesan dan dianggap sebagai ‘jual beli backlink’ yang secara jelasnya ditegah oleh enjin carian.
Lakukan dengan natural. Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi. Kerana, blog yang mempunyai PR yang rendah itu tidak bermakna tidak berkualiti atau ‘jahat’ di mata enjin carian.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepercayaan karut dalam SEO. Sebagai seorang yang benar-benar mahu menjadikan SEO sebagai salah satu sumber trafik berterusan untuk blog, fahami dan ketahui seninya terlebih dahulu. Jangan terlalu tamak dan gelojoh dalam mengejar kedudukan terbaik di muka carian. Lakukan dengan konsisten, perlahan-lahan dan natural.
Kredit foto: mkhmarketing, mkhmarketing, kris krüg, Josep Ma. Rosell, عبدالمجيد المطيويع, i k o, johannes p osterhoff.
No related posts.
193 Comments
saya sampai sekarang masih lagi blur2 tentang do follow & no follow ni..tapi tentang backlink ke blog PR tinggi tu selalu juga buat
Saudara hafizrahim,
Ringkasnya, NoFollow backlink ini kita gunakan pada content yang kita fikir tidak mempunyai nilai atau tidak penting seperti link ke laman affiliates yang promosikan.
Manakala, DoFollow backlink pula adalah link yang benar-benar percaya bahawa content yang dituju itu benar-benar berkualiti dan bermanfaat untuk para pembaca.
Saudara boleh rujuk perbezaan kedua-dua jenis backlink ini di sini.
Semoga menjawab soalan saudara.
Terima kasih kerana berkunjung dan membaca artikel ini. Moga memberi input baru kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
akak guna banklink hanya yang betul2 ada kaitan aje
Selepas ini boleh tambah lagi effort pada ‘social signal’. 🙂
Terima kasih akak kerana sudi singgah dan membaca artikel ini. Moga memberi input baru ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
wah.. nmpk gayanya ramai yg minat pasal SEO nih, dah byk entri2 seo nih.
Curahan rasa encikarman @ ..Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu – Jalan-jalan Raya
Sebagai seorang penulis blog, SEO memang tidak boleh dipisahkan kerana ianya salah satu sumber trafik percuma kepada blog kita. 😀
Terima kasih saudara kerana sudi membaca artikel ini. Moga memberi manfaat kepada saudara ya. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
Banyak input aku dapat dari artikel ni dan dapat pencerahan baru tentang seo dan backlinks. terima kasih brother.
Sama-sama saudara Fyzal. Moga memberi ilmu baru kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
best2…ilmu seo masih luas utk diterokai…
thanks bro berkongsi di sini
Curahan rasa hafizmd @ ..4 Cara Kuruskan Badan Yang Korang Jangan Buat!
Terima kasih kembali saudara hafizmd kerana sudi membaca artikel ini. Benar saudara, ilmu SEO itu luas dan saya sendiri masih banyak perkara belum diterokai. Semoga kita belajar sesuatu daripada perkongsian ini.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
dapat ilmu baru tentang duni SEO..terima kasih.
Sama-sama saudara Bahrain. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel ini. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
terima kasih, satu info yg sarat dengan ilmu…
setuju…mmg nampak benar penulisnya faham dan seorang yg berpengetahuan seo
Curahan rasa hafizmd @ ..4 Cara Kuruskan Badan Yang Korang Jangan Buat!
Terima kasih AUC. Semoga memberi manfaat kepada kita bersama.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Wow, entri ini memang benar-benar membuka mata kefahaman saya dalam bidang SEO. Terima kasih. Saya sudah faham apa yang perlu di buat sekarang.
Curahan rasa halif @ ..Rezeki Yang Dikongsi Di Bulan Syawal
Terima kasih saudara Halif. Semoga usaha SEO anda lebih baik selepas ini ya. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
terima kasih untuk info ilmiah berkaitan SEO dan backlink nya 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Buat kek segera untuk jamuan raya dan rumah terbuka? Settle beb
Sama-sama Ummi. Semoga memberi ilmu baru ya. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
Terima kasih atas perkongsian ini…banyak lagi yang perlu saya kaji..
Curahan rasa daddydee @ ..Blogger Sebagai Kerjaya
Terima kasih daddydee. Belajar dan terus belajar ya. Ilmu SEO itu menarik untuk dipelajari.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
Susah gak nak main SEO dengan sempurna ni kan..mujurlah saya gunakan backlink PR rendah dan tinggi..hehe..terima kasih atas perengan yang sangat jelas ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Saudara Hafizul,
SEO memerlukan seninya yang tersendiri. Jika kita faham dan benar-benar jelas dengan SEO, semuanya pasti mudah-mudah sahaja bagi kita.
Tahniah kerana sudah gunakan gabungan PR rendah dan PR tinggi. Teruskan saudara!
Semoga penerangan ini memberi input baru kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
menarik juga penerangan yang diberikan. ramai yang ingin belajar perihal SEO
Terima kasih saudara Kid. Moga saudara belajar sesuatu daripada perkongsian ini. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
kupasan tajuk yang amat menarik. Penuh dengan input.
Terima kasih saudara Man. Moga memberi input baru kepada saudara.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
Ada aku kesah? Haha.
Blog saya trafik dari carian memang kurang sebab malas nak kaji keyword.
Bab backlink adalah bahagian paling penting untuk SEO. ~ Bak kata pakar-pakar SEO.
“Teknik-teknik SEO yang bagus buat masa sekarang, tidak ada jaminan sama ada esok lusa masih boleh diguna.”
Tetapi, ada satu teknik SEO yang sentiasa evergreen, iaitu Content Marketing.
Sebuah entri yang bagus. Terima kasih Tuan Zulhilmi. 🙂
Curahan rasa Danial Abdul Rahim @ ..Buat Blogspot Jadi HTML5 Agar Disayangi Google [Tutorial]
Ya tuan Danial,
Saya setuju dengan apa yang tuan nyatakan. Content Marketing mempunyai kuasanya tersendiri. Jika digabungkan pula dengan SEO, pasti membawa lebih banyak impak. 😉
Terima kasih tuan kerana sudi singgah di sini. Semoga membantu dan memberi input baru kepada tuan. InsyaAllah. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Google PR bukan hanya satu-satunya indikasi sesebuah blog itu berkualiti .. ada banyak lagi seperti Page Authority, Blog Authority …
Tekankan soal kualiti blog lebih selamat. Buat entri yang bukan cedok punya – dan kalau cedok pun, gunakan bahasa sendiri yang memikat pembaca utama blog sedia ada. Mantain cara dan kaedah, in Sha Allah … Panda Peguin Tiger Elephant pun akan jinak nanti .. hehehehehe
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tiga Aplikasi Paling Cekap untuk BlackBerry 10
Amboi, macam-macam nama algorithm updates ada. Haha. 😀
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Comments are closed.