SEO dan 5 Kepercayaan Karut Tentang Backlink

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang dipilih menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Zulhilmi Zainudin salah seorang pereka grafik dan pembangun laman web tempatan. Seorang yang begitu obses dengan SEO, WordPress, design, pemasaran dan pengiklanan digital. Joom sama-sama kita baca.

Melangkah masuk ke dunia blogging, SEO menjadi salah satu perbualan yang hangat dan sering menjadi debat antara pengamalnya. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan sebab musabab tersendiri akan formula yang berkesan dan tidak berkesan.

Backlink adalah antara perkara yang sering dibincangkan apabila kita berbicara tentang SEO. Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke blog kita. Jika blog Denaihati ini meletakkan satu pautan ke laman Nile.com.my, ini bermaksud Nile.com.my menerima backlink daripada blog Denaihati.

Strategi dalam SEO itu luas dan semakin berkembang sejajar dengan pengenalan pelbagai kemaskini daripada pihak seperti Google khususnya dari semasa ke semasa. Setiap kali kemaskini, akan ada blog yang terkesan. Ada yang kekal, meningkat dan ada juga yang terus hilang daripada muka pertama carian!

Kenapa Ini Berlaku?

Baik. Kita perlu tahu bahawa SEO pada hari ini mengambil ratusan aspek untuk dinilai sebelum dianugerahkan kedudukan terbaik di muka carian. Tidak seperti satu ketika dahulu, cukup dengan menggunakan ‘meta tag’ ringkas, kita sudah boleh berada di kedudukan tertinggi mengalahkan pesaing yang lain.

Persaingan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran kumpulan yang mengamalkan teknik ‘black hat’ telah memaksa mereka di sebalik enjin carian untuk bekerja lebih keras bagi mematahkan strategi jahat mereka ini.

Tidak mustahil hari ini kita melihat kedudukan sesuatu blog itu tidak tetap. Ada naik dan turunnya. Jika kita benar-benar memahami teknik terbaik melakukan SEO dan tidak gopoh mengejar kedudukan di muka pertama, kedudukan kita boleh dikekalkan. Sebaliknya, bersedia sahaja untuk hilang dari muka carian.

Kaitan Dengan Backlink

Oleh kerana backlink adalah antara salah satu cabang daripada SEO yang mudah untuk dimanipulasi pada hari ini, mereka yang rakus gemar untuk mengambil kesempatan dengan melakukan proses backlink secara agresif. Golongan ini percaya bahawa hanya dengan melakukan backlink sahaja, blog mereka boleh berada di kedudukan terbaik muka carian.

Sebenarnya, tanggapan ini salah. Sebagai seorang penulis blog yang mahu tahu dan mendalami ilmu SEO yang sebenar, sikap dan pemikiran seperti ini hanya akan membawa blog anda jauh tertinggal di belakang dalam perlumbaan SEO yang sebenar.

Mitos Backlink – Selamatkan SEO Blog Kita Sekarang

Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos backlink dalam SEO:

#1 – Perlu Buat Backlink Jika Ada Kata Kunci Yang Relevan Sahaja

Era Web 2.0 hari ini telah memperkenalkan kita dengan terma ‘viral’. Viral di sini bermaksud, berkembang secara natural dan bukan dipaksa-paksa. Lihat sahaja fenomena PRU baru-baru ini. Artikel-artikel politik disebarkan secara meluas di Internet khususnya di media sosial – dengan rela hati.

Jika dilihat dengan mendalam, proses ini juga adalah proses backlink. Pautan blog kita bertebaran di Internet dalam platform yang luas. Ada yang berkongsi di blog peribadi dan ada yang mengupas dengan lebih panjang di media sosial.

Mengikut perkembangan SEO terkini, strategi backlink seperti ini adalah baik di mana ianya berkembang dengan natural biarpun tidak daripada laman web atau blog yang berkaitan (niche) dengan kita. Ianya dipanggil ‘social signal’ dalam kalangan pengamal SEO dan dijangka akan digunakan lebih meluas bermula daripada sekarang.

#2 – Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu

Tidak dinafikan bahawa do-follow backlink mempunyai pemberat yang lebih kepada backlink. Tetapi, no-follow backlink seperti blog comment tidak wajar kita pinggirkan.

Hal ini kerana, dalam menentukan jumlah backlink sesebuah halaman, jumlah do-follow dan no-follow backlink itu dilihat serentak. Jadi, lakukan kedua-duanya dengan seimbang agar ianya nampak natural.

#3 – Banyak Backlink, Rank Lebih Tinggi

Jika mengikut logik, ianya betul. Jika mengikut ilmu SEO, ianya tidak tepat.

Di Internet hari ini, terdapat ratusan juta halaman yang menyediakan informasi. Tetapi, tidak semua halaman ini berkualiti dan ‘baik’ di mata enjin carian. Terdapat pelbagai faktor lain pula yang digunakan oleh mereka dalam membuat penilaian dan status setiap halaman ini.

Jika kita melakukan backlinking secara melulu tanpa melihat kepada kualiti tempat kita membuat backlink, ianya akan memberi kesan negatif kepada blog kita. Buat backlink secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Tip: Jika anda mengambil servis SEO daripada agensi SEO, pastikan anda jelas dengan strategi SEO yang mereka akan gunakan. Ada dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan SEO, menggunakan laman-laman yang tidak baik seperti ‘black hat sites’, pornografi dan sebagainya untuk membuat backlink bagi anda.

#4 – Backlink Sudah Mati & Ketinggalan Zaman

Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.

Tanggapan ini tidak benar. Backlink masih mempunyai kuasanya jika digunakan dengna betul. Fahami dan teliti ‘best practices’ dalam melakukan SEO khususnya dalam bab backlinking.

Apa yang kita silap selama ini adalah, kita melihat hanya backlink itu sahaja yang boleh menolak setinggi-tingginya blog kita di muka carian. Pernah atau tidak kita terfikir jika kita menulis kandungan yang baik, asli dan ditambah pula dengan strategi backlink yang betul, ianya akan memberikan kesan positif kepada SEO blog kita?

Satu soalan untuk difikirkan bersama-sama.

#5 – Buat Backlink Dari Laman PR Tinggi Sahaja

PageRank (PR) hanya satu signal untuk enjin carian menyusun dan mengkategorikan blog-blog di Internet. Tiada sebarang masalah jika kita melakukan backlinking di pelbagai variasi PR.

Jika kita hanya fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja, aktiviti ini boleh dikesan dan dianggap sebagai ‘jual beli backlink’ yang secara jelasnya ditegah oleh enjin carian.

Lakukan dengan natural. Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi. Kerana, blog yang mempunyai PR yang rendah itu tidak bermakna tidak berkualiti atau ‘jahat’ di mata enjin carian.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepercayaan karut dalam SEO. Sebagai seorang yang benar-benar mahu menjadikan SEO sebagai salah satu sumber trafik berterusan untuk blog, fahami dan ketahui seninya terlebih dahulu. Jangan terlalu tamak dan gelojoh dalam mengejar kedudukan terbaik di muka carian. Lakukan dengan konsisten, perlahan-lahan dan natural.

Kredit foto: mkhmarketing, mkhmarketing, kris krüg, Josep Ma. Rosell, عبدالمجيد المطيويع, i k o, johannes p osterhoff.


Spread the love

193 Comments

  1. Assalam,

    Saya memang zero dalam semua ni. Yang saya tahu update blog dan harap google dapat senarai dalam page dia. Rupanya ada secret untuk tersenarai dalam google page. Terima kasih Zul. Sangat bermanafaat.
    Curahan rasa Ros @ ..Jahit Lencana SekolahMy Profile

    1. Wsalam wbt Ros,

      Good content memang disukai oleh search engine. Namun, sebagai penulis content, kita juga perlu tahu cara untuk ‘promosi’ content kita itu agar search engine ini boleh kesan dan berikan kredit kepada blog kita. Dalam kes itu, backlink adalah antara pilihan ramai penulis & webmaster untuk memberi signal kepada search engine ini tentang kewujudan & kepentingan blog kita.

      Terima kasih Ros kerana sudi membaca artikel ini. Semoga artikel ini memberi pengisian ilmu baru kepada Ros. InsyaAllah.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Backlink?My Profile

  2. tertarik dengan kenyataan Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu. boleh perjelaskan tak? di mana perlu dibuat? sebenarnya, jika dilihat dari segi SEO, backlink merupakan suatu perkara penting dalam meningkatkan sesebuah blog dari segi carian di enjin carian dan terutama rank blog itu sendiri. mungkin masih ada yg belum faham berkenaan dengan backlink, hanya backlink berkualiti sahaja akan diambil kira. walaupun sejuta do-follow link, tetapi kualiti tiada. ia mampu dianggap spam backlink. di sini peranan google penguin akan memberi penalti kepada blog tersebut, di mana blog tersebut akan hilang di enjin carian dalam jangkamasa tertentu. tiada kepercayaan karut sebenarnya, backlink penting. terutama jika menyertai sesebuah contest seo. peace yo!
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Sure White Beauty Plus KolagenMy Profile

    1. Mohd Isa,

      Saya maksudkan Do Follow Backlink pada laman-laman yang menyediakan kandungan yang bermanfaat sahaja. Lebih baik juga jika datang daripada laman-laman autoriti. Bukan Do Follow Backlink daripada black hat sites, pornografi dan sebagainya.

      Saya setuju dengan saudara di mana jika terdapat sejuta Do Follow Backlink sekalipun tetapi tidak mempunyai sebarang ‘value’ yakni tidak berkualiti dan datang daripada laman yang tidak baik, backlink itu tidak mempunyai sebarang ‘weight’ yang boleh menyumbang kepada ranking yang baik di SERP. Apatah lagi jika No Follow Backlink.

      Solusinya, bina Do Follow Backlink dengan berhati-hati dan kaji terlebih dahulu tempat yang kita mahu buat backlink tersebut. Silap pilih dan atur strategi, kelak susah pula mahu ‘menyangkal’ semua backlink apabila sudah deindex oleh si Google. Hohoho.

      Terima kasih saudara kerana sudi berkongsi pendapat di sini. Saya suka pendapat saudara.
      Semoga artikel ini memberikan kita satu ilmu baru untuk manfaat bersama.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Backlink?My Profile

    1. Kandungan yang baik memang disukai oleh enjin carian. Namun begitu, kita juga perlu tahu serba sedikit ilmu tentang asas SEO kerana tanpa proses optimization yang kita sendiri buat, enjin carian sukar untuk menemui ‘x-factor’ pada laman web / blog kita untuk dinilai sebelum memberikan kita ranking terbaik di enjin carian.

      Apa-apa pun, tidak dinafikan bahawa kandungan yang baik dan berkualiti tetap menjadi perkara pokok dalam blogging. Pastikan penulisan saudara mengajak pembaca untuk berkongsi artikel yang ditulis kerana ini akan menyumbang kepada ‘social signal’.

      Terima kasih saudara kerana sudi singgah dan membaca artikel ini.
      Semoga memberi ilmu baru kepada saudara.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian PembacaMy Profile

  3. Nampaknya sebagai blogger kita harus sentiasa bersedia untuk menyesuaikan keadaan. Blogger tidak harus statik dengan sesuatu keadaan. Ini kerana teknologi semakin pantas berkembang. Keadaan ini menuntut supaya blogger sentiasa menyesuaikan dengan keadaan terkini dan juga harus sentiasa belajar. Jika tidak suatu hari nanti blog kita akan tenggelam dan lenyap.
    Curahan rasa Arieon @ ..Logo Proud to be Sabahan BloggersMy Profile

    1. Arieon,

      Benar. Saya setuju. Sebagai seorang penulis blog, adalah penting untuk kita tahu serba sedikit tentang SEO kerana SEO boleh membawa kita pelawat baru secara PERCUMA tanpa sebarang kos.

      Terima kasih saudara kerana sudi membaca artikel ini.
      Semoga dapat memberi ilmu baru yang bermanfaat buat saudara.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kebaikan Blog Untuk BisnesMy Profile

  4. Sedang belajar mengenali SEO..appreciate perkongsian ni. And rasanya dunia blogging akan lebih mencabar dengan kehadiran panda & penguin..

    1. raudzah,

      Teruskan pembelajaran! SEO sebenarnya seronok untuk dipelajari kerana kita bereksperimen dengan pelbagai perkara.

      Tentang update Panda & Penguin, sebenarnya tiada yang perlu dirisaukan. Melainkan laman web / blog kita mempunyai kandungan yang copy-n-paste daripada sumber lain atau kandungan yang diterbitkan tidak mempunyai kualiti.

      Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Moga dapat memberi ilmu baru yang bermanfaat ya.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?My Profile

  5. White hat SEO adalah penyelesaian undang-undang dan kos efektif untuk menghebahkan laman web anda. Kaedah ini memberikan aliran masuk ke laman web anda dalam hasil carian organik. White hat SEO memberikan anda trafik tulen dari pelbagai cara di bawah dasar-dasar enjin carian.
    Curahan rasa Riley O. Barber @ ..No last blog posts to return.My Profile

    1. Riley,

      Benar, tepat sekali. White Hat SEO adalah langkah selamat dan mengikut garis panduan yang disarankan oleh mereka yang menguruskan enjin carian.

      Jika kita memilih untuk menggunakan Black Hat SEO, Grey Hat SEO, kesannya akan dapat dilihat – lambat atau cepat sahaja.

      Terima kasih kerana sudi singgah membaca.
      Moga dapat memberi ilmu baru kepada saudara.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis BlogMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!