Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat melabur semakin meningkat di kalangan Rakyat Malaysia. Pelaburan ada macam-macam contohnya ada yang minat melabur di Bursa Saham seperti Bro Kacak ni dan ada yang suka melabur di bidang property seperti Abang Ensem dan Sheikh Ganteng ni. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang terkejar-kejar untuk melabur dalam industri logam bernilai tinggi iaitu Emas dan Perak. Harga emas terkini di pasaran sudah melonjak banyak kalau dibandingkan 4-5 tahun yang lepas.
Apa yang aku kurang berkenan di Malaysia ini ramai sangat yang suka jadi Fund Manager yang tak bertauliah. Contohnya sekarang musim Emas dan Perak maka banyaklah syarikat pelaburan Emas dan Perak yang berdaftar di Malaysia tubuh bagai cendawan. Ramai yang jumpa aku memperkenalkan produk mereka tapi sehingga hari ini memang aku tak layan sebabnya sudah terlalu banyak syarikat pelaburan Emas yang kantoi diserbu Bank Negara dan akhirnya semua pelaburan terbeku dalam akaun. Yang aku tak tahan tu perkataan “Jangan risau pelaburan dapat kelulusan Bank Negara” … pehhh berani betul diaorang ni. Kalau ya nak promosi biarlah patut-patut.
Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 77 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.
Berikut antara Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia :
[box type=”shadow”]
- Arowana Ventures (Unlicensed Activities) – memang banyak dengar kisah scam Arowana ni.
- Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gold Investment) – ada kawan ajak join ni.
- FX Primus (Forex Trading) – adalah buka akaun tapi tak buat sebab Forex ni memang super high risk jadi belum ada keberanian.
- Prestige Dairy Farm (Unlicensed Activities) – ehhkk tak kan susu pun jadi pelaburan.
- Titan Group Sdn Bhd (Unlicensed Activities) – harap-harap ini buka Titan Lelaki Kacak yang punya.
- RGCX Trading Corp (Forex Trading) – Rami juga yang email ajak join ni.
- Tabung Dana Ehsan (Unlicensed Activities) – nama je dah boleh kelirukan orang.
- Lagi senarai @ Senarai penuh syarikat pelaburan tak sah di Malaysia (klik) [/box]
Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan yang mengajak kita seperti yang kata Cikgu Amir penipu apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita. Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah.
142 Comments
Memacam cara depa ni nak menipu orang…hurmmm
Curahan rasa daddydee @ ..Giveaway Pertama Daddydee.net
Mmg mcam2 skim @syarikat yg ada sekarang yg jual beli emas perak. Kenalah buat kaji selidik sebelum buat apa2 pelaburan.
Terima kasih DH utk ingatan dalam perenggan akhir
Curahan rasa hafizmd @ ..Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!
Macam-macam cara nak tipu orang… Donia… Donia…
Curahan rasa eXception @ ..Mana Pergi Para Peguam Handalan Pakatan Rakyat??
Saham akhirat la yang terbaikkk … kan kan …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Mengapa Ayat Al-Qadr Diturunkan? Hikmah Lailatul Qadar Di Penghujung Ramadhan
Sama2 kita perbanyak amalan dalam bulan yg penuh keberkatan ni…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!
Thanks untuk info
Nampaknya masih ramai lagi yang kurang kesedaran … macam aku gak la ..nak cepat kaya dengan cara goyang kaki … huhuhuhuhu…
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Panduan Menulis Blog Atau Panduan Menipu Blogger?
satum info dan juga peringatan dari Tuan denaihati.. terima kasih..
Curahan rasa KiD @ ..Entry Trafik Tinggi Minggu Ini
Banyak lagi Instrumen Pelaburan yang legal dekat malaysia
Sebagai contoh nak labur EMAS, dekat Bank tempatan pun ada.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Jadual Waktu Imsak, Iftar dan Waktu Solat W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya Bagi Bulan Ramadhan Hingga 7 Syawal 1433H
Unit Trust pun boleh juga, Modal rendah. Risiko rendah dan pelaburan ada mengikut syariah Islam
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Jadual Waktu Imsak, Iftar dan Waktu Solat W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya Bagi Bulan Ramadhan Hingga 7 Syawal 1433H
Ya, banyak yang dah Islamik dan ada pengelola yang bertauliah ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Panduan Menulis Blog Atau Panduan Menipu Blogger?
Jangan nak cepat kaya, sampai tertipu dengan syarikat haram ini. Selidik syarikat ini bukan dengan tengok performance yang mustahil di janjikan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Jadual Waktu Imsak, Iftar dan Waktu Solat W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya Bagi Bulan Ramadhan Hingga 7 Syawal 1433H
Org kita nak jugak kejar yg nampak sah dan menjanjikan pulangan yg tak mampu ditolak
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #23 Oh! Kung Fu Mentadak…
wah bagus sobat artikelnya
Curahan rasa Cirebon-Cyber4rt @ ..Download Screensaver Matrix Keren Untuk Komputermu
wah bagus sobat artikelnya 🙂
wohohoho…ada la pulak..huhuhu..padahal makin banyak syarikat pelaburan tu
syangilah duit kita yang susah payah kita nak dapatkan
Curahan rasa sabree hussin @ ..Bagaimana Pendapatan Menerusi Blog Dapat Dihasilkan Dengan Menyertai Program Affiliate
berhati2 dalam membuat pelaburan… better safe than sorry….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Ruang Tamu Lebih Ceria dengan IKEA
Itula, scam arowana tu memang obvious! memang selalu kena dengan diorang.
Curahan rasa halif @ ..Peluang Memiliki Lot Tanah Banglow Harga Murah!
Gunung Semanggol tu sedikit masa lagi gondol la kot … aishh semua pakat nak jual tanah bagi kat mereka yang nak kaut untung mudah ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Menang Medal Emas RM12,000 Sempena Olimpik | Maxis Launch Your Way to Gold Contest
Hey! This is a really good article i have really liked it and i have also enjoyed it very well when i was reading it, you have very nice writing skills, thank you for posting this nice article 🙂
with best regards:
Lokesh chauhan
Curahan rasa Lokesh Chauhan @ ..Install Original Factory Firmware on ASUS Transformer
Comments are closed.