Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Kes Cikgu Azizan menampar anak murid tidak berdisiplin“. Kali ini Abang nak berkongi senarai 30 syarikat pelaburan yang telah enyebabkan pelabur kerugian RM3.8 Billion.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan senarai 30 syarikat yang dipercayai terlibat dalam penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM 3.8 bilion. Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 orang menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat pelaburan tersebut.
Berikut adalah senarai 30 syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK :
1. MGSB
2. CAPITAL FOSTER ADVISOR
3. PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4. KONGSI MAKAN
5. RICHWAY
6. MONSPACE
7. MFACE/MBI
8. SAHAM – CENTURY DINASTY
9. BOOKCOIN
10. BIT COIN – AL MUBIN AGARWOOD
11. BIT COIN – BIT KINGDOM
12. MI1 GLOBAL SDN BHD
13. ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
14. FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
15. ROOPERS BURGER
16. PRO VENDING MACHINE
17. SAHAM 500 PLUS
18. KOPI PAK BELALANG
19. NHA STRATEGIC HOLDING BHD
20. DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
21. YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
22. PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
23. PELABURAN AGR HOLDING
24. FOREX – FXUNITED
25. FOREX – TRIGERFX
26. PELABURAN BITCLUB
27. PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
28. PELABURAN PTM4U
29. PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
30. PELABURAN MINES AND METALS
Ini bukan kali pertama Pihak Berkuasa mengeluarkan senarai syarikat pelaburan yang tidak sah di Malaysia, PDRM dan Bank Negara Malaysia sentiasa mengemas kini senarai dari masa kesemasa.
Pelik sungguh warga Malaysia ini yang katanya tertipu oleh skim pelaburan tidak sah sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang tiada noktah. Mereka hanya rasa tertipu apabila syarikat tidak mampu membayar pulangan tinggi yang dijanjikan, selagi syarikat mampu banyar mereka tidak pernah rasa ditipu.
Pelaburan ada akad janjinya, sebelum kita melabur pasti agen samada yang sah atau yang tak sah akan menerangkan perjalanan pelaburan dan jumlah keuntungan yang bakal diperolehi. Kalaulah pulangannya terlalu tinggi daripada kebiasaan sudah pasti kita tahu ini adalah skim. Apabila kita bersetuju untuk melabur walaupun sedar ini adalah skim bermakna kita juga perlu menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Pakar pelaburan kata tinggi risikonya, tinggi pulangannya. Jangan hanya nak dapat pulangan tinggi tetapi risiko kita salahkan agen, kita salahkan syarikat, kita salahkan orang itu dan orang ini. Duit kita, kita yang buat keputusan. Jangan termakan pujuk melainkan kita sanggup menanggung akibatnya.
Mungkin ramai tak percaya kalau Abang kata Abang tidak pernah masuk mana-mana skim pelaburan dari beribu-ribu syarikat yang jelas asalnya daripada Malaysia selain Amanah Saham Nasional, Tabung haji dan Mutual Fund.
Abang suka komen dari sahabat FB tuan Mohd Noor Jali :
Untung rugi syariah perniagaan..terus positive.
Majoriti di kalangan kita suka hanya pada KEUNTUNGAN tak dapat menerima kerugian. Bila masuk skim cepat kaya nak sentiasa untung sahaja tapi bila syarikat kena tutup tak boleh terima hakikat pulak. Jadi nak melabur yang tak ada rugi, melaburlah di ASB atau TH. Alaa sikit sangat pulangannya itu pulak komennya.
Rasanya 100 tahun lagi pun skim pelaburan tidak sah tetap akan ada di Malaysia sebab pemintaan tetap ada. Mereka tidak akan pernah serik.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
Kemungkinan besar yang tertipu tu pun orang yang naif jugak. Dorang tak penah tertedah dengan benda ni dan masih muda.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..PENGEDAR SHAKLEE SG BULOH – PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
Kemungkinan kenapa masih ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan scam-scam ni sebab mereka ingin untung sebelum syarikat scam tu rugi.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Bolehkah Untung 100% Pelaburan dalam 3 tahun?
“Mereka hanya rasa tertipu apabila syarikat tidak mampu membayar pulangan tinggi yang dijanjikan, selagi syarikat mampu banyar mereka tidak pernah rasa ditipu.”
– Ni semua sikap angan2 mengharapkan mimpi indah jadi kenyataan.
– Selagi tak berpijak pada realiti bisnes / jana income yg sebenar, selagi tu lah akan ada aje mangsa.
ramai yang dah terjebak.
so, jangan la ajak orang lain yang bakal terjebak walaupun kita semua tahu ramai yang jahil sangat bab benda-benda nih.
nampak senang aje, terus kelabu asap.
Curahan rasa titan @ ..JIMAT duit dengan Shopback Cashback
wow…ada juga tempias nama bitcoin dan forex dalam skim penipuan…nak untung cepat ni
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Senarai Hukuman dan Denda yang Dilarang Ke Atas Murid/Pelajar Sekolah
Biasa akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan pelaburan yang kurang jelas macam ni…
Sebabnya lagi senang mereka nak tipu pelabur baru yang kekurangan ilmu terhadap pelaburan-pelaburan tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Ada juga beberapa orang kawan rapat yang turut serta dalam skim-skim ni. Tak tahulah apa khabar mereka ni. Harap-harap diaorang sihat-sihat sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Kawan sendiri memang ada yang jenis susah untuk dinasihati, ada yang degil dan suka langgar dinding.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Daftar Latihan Separa Perubatan Gred U29
dari dulu lagi saya tidak pernah membiarkan saya terlibat dengan bitcoin. alhamdulillah akhirmya semua dah terungkai dengan sendiri
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Menjana USD Dengan Google Adsense 2017
Berdasarkan pembacaan saya… bitcoin ni memang betul.. tapi ada pihak yg mengambil kesempatan utk menipu org lain..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Sama juga macam pelaburan emas… pelaburan emas tu betul.. malah ada ditulis dalam Al-Quran… tapi masih ada pihak yg mengambil kesempatan untuk menipu orang lain.. huhuhu.. tak paham dgn golongan orang2 yg macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Memang dasar Penipu depa ni… Dah berjuta duit orang ditipunya lepas tu nak lari macam tu je…
Curahan rasa Jehan @ ..Meja Mesyuarat | Conference Table Supplier Malaysia
Yang berkopiah, bergelar datuk dan macam orang alim dan warak jadi duta dan penganjur skim macam ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
Bila hidup berpaksikan duit, inilah jadinya… terlalu tamak mengejar dunia.. pengajaran dan nasihat untuk diri saya juga..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Memang sakit hati dengan diorang ni. Tamak dan haloba tapi menyusahkan hidup orang lain. Tersiksa lah nanti kat akhirat menanggung hutang manusia…
Golongan macam ni mereka dah tak dapat nak menilai tentang halal atau haram.. kalau mereka tahu halal dan hatam, tentu mereka tak buat macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Penipu memang tahu macam mana nak trick mangsa. Mangsa yang pernah rugi lak mungkin hatinya dah gelap sebab pernah makan benda haram atau “hibah” atau duit downline dan yang sewaktu dengannya. Itu yang susah sangat nak terima kebenaran bila ada orang bongkar penipuan gang-gang scammer kat Malaysia ni.
Curahan rasa Ksjb @ ..Cara nak jadi domain reseller
Yang dah masuk pun tersontot lalu menyontot orang lain untuk dapatkan balik modal pusingan yang dah dikeluarkan dulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
kenapa la orang kita tak pernah ambil iktibar dari kes penipuan yang pernah berlaku sebelum ni?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3
Mereka sudah tersontot dengan skim yang lama, bila masuk skim baru ada cita cita nak dapatkan semula modal yang rugi satu masa dulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen RM1000 Bila Ajak Rakan Jadi Uber Driver
Amboi
banyak nya syarikat pelaburan scam yang wujud sekarang ni ya
Memang kena hati hati
Jerat tak lupakan pelanduk
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat kencing manis paling berkesan untuk kawal gula darah?
Kadang kadang perkara ni macam nyamuk, kita dah halau pun dia datang balik dengan bunyi macam macam, sampai rasa menyampah nak kejar nyamuk tu balik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
Asas ilmu pelaburan mesti kuat
Duit yang ada kena jaga supaya tak habis
Kalau dah jatuh tersembam bukan mudah nak naik semula
Jatuh sikit sikit senang cerita
Pucuk pangkalnya
Mana ada orang terkaya di dunia masuk skim macam ni
Pulangan buat rambang mata
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Doa mudah bersalin normal cara islam amalan ibu mengandung!
Melaburlah di tempat yang sepatutnya. Hampir mustahil nak jumpa satu bentuk pelaburan yang beri pulangan lumayan yang konsisten..kena sentiasa berwaspada.
Curahan rasa JMR @ ..Kopi Hijau Alana. Lebih Kopi Lebih Rasa Dengan Pelbagai Khasiat.
Betul tu, di Malaysia ada ASB, ASN, ASW dan tabung haji. Itu belum kira dengan unit amanah lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
Di zaman ekonomi cerca merba ni, ramai syarikat mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Kesian kepada mereka yang melabur dengan harapan untuk mengembirakan keluarga dengan hasil dilabur.
Sampai hati syarikat2 ni, memakan duit orang dengan cara yang haram. Banyak lagi tu syarikat kejam ni
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Cabaran 300 Perkataan Dalam 30 Minit
Mereka buka syarikat atas nama Sdn Bhd, bila dah kaut duit banyak, tutup syarikat dan lari. Nak ambil tindakan pun susah sebab syarikat dah bubar, pengasas dah lari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
Artikel menarik. good info admin. teruskan penulisdan seperti in i
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Cara Cepat Dapat Sitelink Dari Google
Sokong.. setuju…
Lepas ni boleh selalu update senarai syarikat yang di blacklist oleh BNM.. untuk rujukan seluruh rakyat Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Comments are closed.