Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Kes Cikgu Azizan menampar anak murid tidak berdisiplin“. Kali ini Abang nak berkongi senarai 30 syarikat pelaburan yang telah enyebabkan pelabur kerugian RM3.8 Billion.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan senarai 30 syarikat yang dipercayai terlibat dalam penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM 3.8 bilion. Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 orang menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat pelaburan tersebut.
Berikut adalah senarai 30 syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK :
1. MGSB
2. CAPITAL FOSTER ADVISOR
3. PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4. KONGSI MAKAN
5. RICHWAY
6. MONSPACE
7. MFACE/MBI
8. SAHAM – CENTURY DINASTY
9. BOOKCOIN
10. BIT COIN – AL MUBIN AGARWOOD
11. BIT COIN – BIT KINGDOM
12. MI1 GLOBAL SDN BHD
13. ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
14. FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
15. ROOPERS BURGER
16. PRO VENDING MACHINE
17. SAHAM 500 PLUS
18. KOPI PAK BELALANG
19. NHA STRATEGIC HOLDING BHD
20. DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
21. YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
22. PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
23. PELABURAN AGR HOLDING
24. FOREX – FXUNITED
25. FOREX – TRIGERFX
26. PELABURAN BITCLUB
27. PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
28. PELABURAN PTM4U
29. PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
30. PELABURAN MINES AND METALS
Ini bukan kali pertama Pihak Berkuasa mengeluarkan senarai syarikat pelaburan yang tidak sah di Malaysia, PDRM dan Bank Negara Malaysia sentiasa mengemas kini senarai dari masa kesemasa.
Pelik sungguh warga Malaysia ini yang katanya tertipu oleh skim pelaburan tidak sah sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang tiada noktah. Mereka hanya rasa tertipu apabila syarikat tidak mampu membayar pulangan tinggi yang dijanjikan, selagi syarikat mampu banyar mereka tidak pernah rasa ditipu.
Pelaburan ada akad janjinya, sebelum kita melabur pasti agen samada yang sah atau yang tak sah akan menerangkan perjalanan pelaburan dan jumlah keuntungan yang bakal diperolehi. Kalaulah pulangannya terlalu tinggi daripada kebiasaan sudah pasti kita tahu ini adalah skim. Apabila kita bersetuju untuk melabur walaupun sedar ini adalah skim bermakna kita juga perlu menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Pakar pelaburan kata tinggi risikonya, tinggi pulangannya. Jangan hanya nak dapat pulangan tinggi tetapi risiko kita salahkan agen, kita salahkan syarikat, kita salahkan orang itu dan orang ini. Duit kita, kita yang buat keputusan. Jangan termakan pujuk melainkan kita sanggup menanggung akibatnya.
Mungkin ramai tak percaya kalau Abang kata Abang tidak pernah masuk mana-mana skim pelaburan dari beribu-ribu syarikat yang jelas asalnya daripada Malaysia selain Amanah Saham Nasional, Tabung haji dan Mutual Fund.
Abang suka komen dari sahabat FB tuan Mohd Noor Jali :
Untung rugi syariah perniagaan..terus positive.
Majoriti di kalangan kita suka hanya pada KEUNTUNGAN tak dapat menerima kerugian. Bila masuk skim cepat kaya nak sentiasa untung sahaja tapi bila syarikat kena tutup tak boleh terima hakikat pulak. Jadi nak melabur yang tak ada rugi, melaburlah di ASB atau TH. Alaa sikit sangat pulangannya itu pulak komennya.
Rasanya 100 tahun lagi pun skim pelaburan tidak sah tetap akan ada di Malaysia sebab pemintaan tetap ada. Mereka tidak akan pernah serik.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
ada di antara syarikat di atas yang saya kenal dan popular..
rupa-rupanya ada pelaburan skim penipuan.
malu sungguh tipu orang..
jika tak sah dengan undang-undang negara ..kira tipu la tu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Macam Mana Nak Kurus Dengan GC Tea
Semoga selepas ini ramai akan berhati-hati apabila ingin menyertai skim atau pelaburan yang agak was-was
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate
Masa zaman Pak Man Telo pun boleh kumpul juta juta ringgit, sekala apatah lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Pelanggan Seumur Hidup
selagi ada demands&offer, selagi tu skim-skim merepek dan merapu akan ada di Malaysia ni.. dari dulu hingga sekarang.
Si pengasas skim pula tak rasa malu untuk jalankan skim macam ni. Yang rupa macam ustaz, haji dan datuk pun ada.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Pelanggan Seumur Hidup
mimpi cepat kaya atau duit balik berlipat ganda memang sangat menarik bagi banyak orang di Indonesiapun puluhan ribu orang tertipu bisnis bodong seperti ini
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Membuat Puding Buah
Kalau kita sendiri tahu konsep pelaburan itu sudah tidak logik, adakah kita dikira tertipu apabila kita sendiri memilih jalan itu.
Curahan rasa denaihati @ ..Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017
Benda mcm ni tk boleh di biarkan, ia akan jadi melarat malah parah sekiranya tidak di bendung dengan awl.
Curahan rasa AY @ ..Hello world!
yang paling penting kena bendung nafsu sendiri kalau tidak memang tak akan pernah berhenti. pihak berkuasa hanya mampu bendung pada yang buat laporan sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017
kalau tgk nama company tu pun dah nampak fishy.. tapi still nak join.. pastu menggelupur up status tak puas hati di facebook. haihhh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3
Mana ada benda yang besar akan datang secara tiba tiba
takkan ada
Melainkan kita perjudikan nasib
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling Kelakar
betul jugak tu.. setiap kejayaan mesti ada pahit getir. takkan ada org nak bagi duit senang2 mcm tu je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3
lagi tinggi untung, lagi tinggi risiko..orang bijak je yang akan handle risiko ke tahap minima kan
Curahan rasa JMR @ ..Company Dinner 2017 di Feast, Hotel Sheraton Petaling Jaya.
Kelakar lah pula baca nama nama dana penipu ni
Nama pun pak belalang
Nujum kaki tipu, siap masuk tibee al pindah
Hmm
Syarikat tibee kena buat kajian mendalam sebelum ambil pengiklan masuk dalam slot dan jadi penaja
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!
benda camni memang mudah la time2 ekonomi gawat. orang mudah terpedaya dengan duit mudah. mana ada duit mudah kan
Curahan rasa Raihanah @ ..Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan Jantung
Betul… nak dapat duit bukan mudah… tiada jalan pintas untuk mendapatkan kejayaan.. walaupun dalam bisnes MLM sekalipun… betul tak puan Raihanah?
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
Jadi lepas-lepas ni kita janganlah mudah terpedaya… terutamanya dalam keadaan ekonomi gawat ni.. macam skim penipuan boleh wujud..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com
benda senang macam ni sebenarnya dah jelas terang bermasalah.
tapi orang kita memang suka cari masalah.
bila dah kena tipu, mulalah meroyan dan salahkan orang lain walhal, sendiri yang cari masalah.
Curahan rasa titan @ ..Anakku Sazali.
inilah masuk saya, sendiri dah tahu lepas tu bila dah masalah report sana report sini.
Tak sangka masih ada lagi penipuan yang dilakukan melibatkan emas… walaupun dah ramai yang menjadi mangsa sontot sebelum ni, tapi masih ada yang cuba mengambil kesempatan..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Ingatkan semua syarikat emas dah serik nak ambil kesempatan terhadap pelabur… kalau perasan banyak syarikat emas dah ghaib selepas peristiwa pembongkaran rahsia sontot menyontot yang turut melibatkan beberapa bos syarikat pengeluar emas.. termasuk syarikat pengeluar emas milik.kawan saya sendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Yang lebih menyedihkan lagi saya pernah mendaftar jadi ejen jualan emas bagi syarikat tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Dengan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM1000.. kononnya keahlian adalah seumur hidup… sekarang ni laman web syarikat emas tersebut ghaib hilang entah ke mana?
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Bila saya tanya kepada kawan-kawan lain yang pernah jadi ejen sebelum ni… mereka kata dah tak jual emas tersebut.. kalau nak beli tanya pada kawan saya yg jadi ceo syarikat tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Bila saya PM kawan saya yang jadi CEO syarikat emas tu… dia senyap jer.. langsung tak berjawab.. huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Nak cakap depan-depan risau pulak.. takut jadi sensitif.. karang bermasam muka..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Banyak betul komen Anuar Marsib di sini. Saya ingatkan komen dari sahabat sahabat blogger yang lain. Dah macam spam saya tengok.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen RM1000 Bila Ajak Rakan Jadi Uber Driver
Banyak penipuan yang melibatkan nama “Bitcoin” dan “Forex”.. bahaya ni.. terutamanya bagi mereka yang terlalu excited nak kaya tanpa ada ilmu..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
Kopi Pak Belalang pun ada dalam senarai.. biar betul.. kena siasat dulu ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
dalam kita sibuk nak cari pendapatan lebih, jgn sampai melabur secara melulu. buat research dulu sebelum menyesal.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3
Sang scammer pun bijak, mereka cari warga emas yang ada banyak simpanan untuk meleburkan wang dalam skim mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Promosi Bisnes Di Internet
Comments are closed.