Senarai 10 individu paling kaya di Malaysia menurut Forbes

Spread the love

Empat ahli perniagaan Malaysia memasuki senarai baharu bilionair dunia Forbes tahun ini termasuk pengasas Mr. DIY Group (M) Berhad, Tan Yu Yeh dan adiknya, Tan Yu Wei.

Menurut Forbes, ini adalah senarai 10 individu terkaya di Malaysia.

1. Tan Sri Quek Leng Chan | AS$9.7B (RM40 bilion)

Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan buat pertama kalinya bergelar individu terkaya di Malaysia. Mempunyai nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion), Quek diangkat sebagai individu terkaya Malaysia selepas Forbes tahun ini menyenaraikan hartawan gula, Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Bagi kedudukan global, Quek, 79, kini tersenarai sebagai individu ke 243 terkaya di dunia, turun hampir 100 anak tangga berbanding 147 tahun lalu.

2. Tan Sri T Ananda Krishnan |US$5.8B (RM23 Bilion)

Menerusi senarai tersebut, pengasas Astro, Tan Sri T Ananda Krishnan kini bergelar individu kedua terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$5.8B (RM23 Bilion). Kedudukan di dunia 476.

3. Tan Sri Teh Hong Piow |US$5.7 billion (RM23.5 Bilion)

Pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow berada di kedudukan ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$5.7 billion (RM23.5 Bilion). Kedudukan global : 486

4. Datuk Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng |US$5.1B (RM 21 Bilion)

Pemilik IOI Group iaitu pasangan adik beradik Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai Bersih US$5.1B (RM 21 Bilion). Kedudukan global 550.

5. Tan Sri Koon Poh Keong |(US$4B (RM16.5 Bilion)

Tan Sri Koon Poh Keong, Ketua Pegawai Operasi Press Metal Sdn Bhd berada di dalam senarai sebagai individu ke-5 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih (US$4B (RM16.5 Bilion). Kedudukan global 727.

6. Kuan Kam Hom dan keluarga |US$3.9 billion (RM16.1 Bilion)

Pengerusi Hartalega Holdings, Kuan Kam Hom dan keluarga tersenarai sebagai individu ke-6 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$3.9 billion (RM16.1 Bilion). Kedudukan global 752

7. Tan Sri Lim Wee Chai |US$3.5B (RM14.4 Bilion)

Pengasas dan Pengerusi Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berada di kedudukan ke-7 terkaya di Malaysia dengan aset bersih US$3.5B (RM14.4 Bilion. Kedudukan global : 859.

8. Tan Sri Lim Kok Thay |US$2.7B (RM11 Bilion)

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay tersenarai sebagai individu ke -8 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$2.7B (RM11 Bilion). Kedudukan global : 1,174

9. Datuk Seri Lau Cho Kun |US$2.2 billion (RM 9 Bilion)

Pemegang saham Hap Seng Consolidated Bhd, Datuk Seri Lau Cho Kun kini berada di kedudukan ke -9 terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US$2.2 billion (RM 9 Bilion). Kedudukan global 1,444

10. Tan Yu Yeh US$1.8 billion (RM 7.4 Bilion)

Pengasas MR DIY, Tan Yu Yeh kini bergelar individu ke 10 terkaya di Malaysia dengan aset bersih US$1.8 billion (RM 7.4 Bilion). Sebagai rekod beliau dan adiknya, Tan Yu Wei adalah antara 493 muka baharu yang termasuk dalam senarai bilionair Forbes untuk tahun ini. Kedudukan global 1,750

Bagi kedudukan ke 11 hingga 16 terkaya di Malaysia ialah :

11) Tan Sri G. Gnanalingam (Westport) | US$1.7B (RM 7 Bilion)

12) Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway) | US$1.3 billion (RM5 Bilion)

13)Tan Sri Syed Mokthar Albukhary (DRB HICOM) US$1.2B (RM4.9 Bilion)

14) Tan Eng Kee (Greatech), US$1.1B (RM 4.5 Bilion)

15) Tan Yu Wei (MR D.I.Y) US$1.1 billion (RM 4.5 Bilion)

16) Tan Sri Surin Upatkoon (Magnum) |US$1B (RM4 Bilion)


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!