Harga terkini Bitcoin dan 10 top Cryptocurrency dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “hukum duit digital bitcoin“. Kali ini Abang nak berkongi harga terkini bitcoin dan 10 top Cryptocurrency dunia yang menjadi carian ramai.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2008 oleh pencipta bayangan yang dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto. Pada tahun 2010, satu bitcoin bernilai hanya US $ 0.003, Bitcoin telah meningkat berganda-ganda dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu untuk mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu US $ 19,345 pada penghujung tahun 2017.

Harga terkini Bitcoin dan Cryptocurrency

Powered by Investing.com

Di Malaysia boleh juga semak harga bitcoin berbanding Ringgit Malaysia. Sehari sebelum Aidilfitri 2019, Kerajaan Malaysia telah memberi lesen kepada tiga syarikat untuk menguruskan Digital Asset Exchange iaitu Luno, Sinergy dan Tokenize. Ini merupakan saat penting untuk industri duit crypto di Malaysia.

Di seluruh dunia semakin banyak syarikat-syarikat besar melancarkan crypto exchange nya sendiri.

Komuniti cryptocurrency dunia sedang menunggu pelancaran crypto exchange baru ‘Bakkt’ hasil kerjasama Microsoft dan Starbucks.

Ketika komuniti crypto dunia tidak sabar menunggu Microsoft dan Starbucks mengeluarkan CryptoExchange terbaru iaitu Bakkt.

Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan pelancaran Crypto Exchange Bitmax oleh Line, gergasi Messaging Jepun.

Beberapa minggu lepas gergasi runcit Jepun, Rakuten telah melancarkan Crypto exchange nya sendiri.

Awal bulan Februari 2019 crypto exchange, Aliexchange asal Estonia sebuah negara Silicon Valley Europe telah dilancarakan.

Houbi Group juga mengumumkan akan membuka digital asset exchange di Argentina dalam masa terdekat, sama seperti Luno, Sinergy dan Tokeniza yang telah mendapat lesen di Malaysia.

Crypto Currency juga sudah mula memasuki dunia sukan apabila pasukan Watford FC musim ini akan memakai jersi dengan logo Bitcoin dilengan kiri. Manakala pasukan Galatasaray akan melancarkan token berasaskan Etherium kepada peminat mereka.

Crypto exchange Binance asal dari China menjadi crypto exchange paling tinggi jumlah volume setiap hari.

Crypto exchange Coinbase adalah yang terbesar dengan nilai lebih USD22 billion.

Kalau dulu kita tidak kenal siapa yang keluarkan crypto Currency dan crypto exchange. Mulai 2019 syarikat-syarikat besar sudah dan bakal mengeluarkan Crypto Currency dan crypto exchange.

Dijangkakan jumlah Crypto Currency akan meningkat dari 2400 jenis kepada lebih 10,000 jenis dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan jumlah pasaran dari USD250 billion akan meningkat kepada angka trillion dollar.

Semua ini dipacu oleh teknologi block chains yang berperanan mendemokrasikan industri kewangan dunia. Penganalisa teknologi kata teknologi block chains bakal jadi lebih besar dan hebat berbanding teknologi internet yg telah mengubah budaya dunia.

Mungkinkah crypto exchange akan mengambil alih tugas bank perdagangan di masa depan?

Kepada yang berminat nak belajar menyimpan duit crypto bolehlah mendaftar @ https://remitano.com/usdt/my?ref=denaihati

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!