Bila nampak jualan akhir tahun, 12.12, 11.11 ataupun black Friday tentu sahaja membuat ramai yang tak tentu arah dan gatal tangan untuk membeli barang-barang yang diidamkan. Ada yang kata, masa inilah barang-barang akan jadi lebih murah serta potongan harga pun memang berpuas hati.
Ada juga yang setiap kali gaji masuk sahaja, sudah mula scroll online shop untuk tengok kalau ada barang yang ingin dibeli. Kadang tak ada niat pun nak beli tapi bila dah tengok murah terus tekan ‘beli’.
Ahli psikoterapi telah membahaskan bahawa ketagih membeli-belah dalam talian merupakan satu masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Müller yang merupakan seorang pakar psikoterapi di Hannover Medical School dari German ini berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh dirinya dan juga rakan sekerja.
Berdasarkan kajian bersama 122 orang pesakit yang mendapatkan bantuan tentang masalah yang mereka hadapi iaitu ketagihan membeli-belah dalam talian yang teruk.
Semasa kajian dijalankan, para saintis mendapati pesakit yang berlawan dengan rasa ketagih yang teruk selalunya mempunyai kadar tekanan dan anxiety yang tinggi. Para pengkaji percaya rasa ketagih untuk membeli barangan dalam talian menjadikan individu tersebut berubah kepada shopaholic.
Individu shopaholic ini pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon atau komputer mereka semata-mata ingin mencari barang yang di minati tanpa rasa perlu bergaul dengan masyarakat serta tanpa perlu keluar dari rumah mereka sendiri. Kadang ada yang tidak tidur malam sekadar lihat barang-barang di dalam obline shop sahaja.
Sebab Ketagih Membeli-Belah Dalam Talian
Pakar mendapati individu yang ketagih membeli-belah secara dalam talian ini gemar mendapatkan tawaran promosi di dalam talian ini kerana promosi di dalam talian tidak sama seperti di stor fizikal. Dengan membeli di dalam talian, mereka akan mendapati barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lagi murah berbanding membeli di kedai fizikal.
Tambahan lagi, mereka berasa tidak perlu untuk membuang tenaga dengan keluar ke pasaraya untuk mendapatkan barang atau item yang dingini kerana semuanya bisa dilakukan secara dalam talian.
Gejala yang ditunjukan ini, mendapati ramai individu menunjukan petanda Buying-Shopping-Disorder (BSD) dan para penyelidik yakin lebih kurang lima peratus populasi di dunia memiliki gejala seperti ini.
Buying Shopping Disorder Satu Masalah Mental Yang Serius!
Buying-Shopping-Disorder atau BSD ini telah lama dikenali cuma tiada pihak berwajib yang mengambil berat tentang isu ini sehinggalah munculnya banyak kajian yang dilakukan pada masa ini.
BSD ini dikategorikan sebagai “Impulse Control Disorder” di mana era internet yang semakin berkembang pesat mempengaruhi minda generasi kini dan kesan atau impaknya begitu kuat ke atas diri individu.
Dr.Müller juga berpendapat gejala yang dihadapi ini berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya keinginan membeli barang yang di pendam terlalu lama, rasa kepuasan membeli-belah dan sebagainya.
Gejala-gejala yang dialami oleh individu seperti ini memerlukan perhatian kesihatan yang serius oleh pakar. Ini kerana kesan ke atas kesihatan mental kepada diri individu tersebut akan membawa kepada rasa tekanan yang ekstrem serta pelbagai masalah psikologi yang lain.
Individu BSD Perlu Dapatkan Rawatan
Penyakit ketagih membeli-belah secara dalam talian ini akan membuatkan kehidupan menjadi sukar seperti masalah dalam perhubungan, hutang-piutang dan keadaan rumah yang semak dengan pelbagai barangan yang di beli.
Kini tiba masa masalah BSD dikenali sebagai salah satu masalah mental yang serius agar dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.
Dan para pakar penyelidik juga perlu mengkaji secara mendalam tentang isu ini seperti karakteristik individu yang ketagih membeli barangan dalam talian dan apa yang membuatkan mereka membeli barang-barang yang tidak berguna atau tiada manfaat serta apa yang menyebabkan mereka sukar untuk menepis keinginan untuk membeli secara dalam talian.
Bagi anda yang memiliki gejala sebegini, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat pakar psikoterapi agar tidak terjebak dengan kancah membeli-belah yang tidak menguntungkan kepada diri serta kesihatan diri.
- Harga terkini Bitcoin dan 10 top Cryptocurrency dunia
- Pakar akademik Cina sokong kempen BMF, ini penjelasan beliau
- Ratusan Riders FoodPanda mogok, Syed Saddiq saran kembalikan skim pembayaran lama
- Belanjawan 2020 : Kementerian Belia dan Sukan beri nafas lega kepada anak muda
- iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA
4 Comments
Beli online, harus bijak buat perbandingan harga dan kualiti, kalau tak dapat la barang yang tak kena dengan pesanan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Saya juga biasa membeli online dan baru-baru ni wife saya ada tempah baju dan beliau kesal sekali sebab apa yang dilihat dalam paparan online tidak secantik bila tempahan dia sampai,gambar memang cantik….he…..he…..indah khabar dari rupa,kos penghantaran juga tinggi walaupun nampak harga murah…..kecuali produk itu tidak terdapat di tempat sendiri boleh beli online.
Shopping online boleh je kan. Tapi yang ketagih beli benda yang tak perlu sampai bazir tu yang kena ambil kira. Hehe… Bahaya juga kalau barang yang sampai tak sama apa yang kita tengok masa nak beli.
Curahan rasa admin DHN @ ..Lelaki ini dedah rahsia kumpul RM12,000 dalam masa 3 Bulan
Wah benar sekali itu saya suka dengan tulisan2 di sini, apalagi banyak motivasi2nya tntang Keuntungan Bisnis Properti
Comments are closed.