Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia mula mengerjakan ibadat puasa di dalam bulan Ramadan. Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini.
Pun begitu, umat Islam dinasihatkan agar tidak lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang dilantik. Tujuan zakat fitrah ini adalah supaya dapat meringankan beban golongan yang layak menerima sebelum menjelang Raya.
Kadar bayaran zakat adalah berbeza bagi setiap negeri. Jadi, anda boleh merujuk kepada senarai di bawah untuk mengetahui senarai bayaran zakat di negeri anda.
Perlis – RM7
Pulau Pinang – RM7, RM12, RM16
Kedah – RM7, RM14, RM16
Perak – RM7, RM14, RM21
Selangor – RM7, RM14, RM21
Wilayah Persekutuan(KL, Putrajaya & Labuan) – RM5, RM7, RM14
Melaka – RM7, RM14
Johor – RM7, RM10
Pahang – RM7
Terengganu – RM7
Kelantan – RM7, RM14, RM21
Sarawak – RM7
Sabah – RM7
Negeri Sembilan -RM7
Ini Kadar Zakat Fitrah 2021 Malaysia.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 12, 2021
Selangor: RM7, RM14, RM21
WP: RM5, RM7, RM14
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Pulau Pinang: RM7, RM12,RM16
N9: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM14
Terengganu: RM7
Kelantan: RM7
Sabah: RM7
Sarawak: RM7
Berikut pautan untuk BAYAR ZAKAT FITRAH secara Online di seluruh Malaysia 2021
Berikut pautan untuk BAYAR ZAKAT FITRAH secara Online di seluruh Malaysia 2021.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 15, 2021
1. Selangor : https://t.co/dCh3gP5d9S
2. Wilayah : https://t.co/ppEtCMghJM
3. Kedah : https://t.co/hNXoYj1Wnb
4. Perlis : https://t.co/C1Qfv4VG4I
5. Pulau Pinang : https://t.co/XyJxEidJOl
Kenapa ada negeri berbeza-beza Harga Fitrah mereka?
Sebab ia ikut jenis beras yang biasa kita makan. 1. RM7 : Beras Super Special Tempatan 5% 2. RM14 : Beras Putih Import, Perang, Pulut, Wangi. 3. RM21 : Beras Basmathi, Merah, Jepun. Bayar ikut majoriti beras kita makan.
Bila masa nak bayar Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah boleh dibayar bermula 1 Ramadan 2021 (maghrib) sehingga pagi Hari Raya sebelum solat raya. Majoriti negeri masih GALAKKAN pembayaran secara ONLINE musim Covid-19 ini. Namun masih ada kutipan oleh Amil dengan patuhi SOP ditetapkan.
Sumber: Faisal Rahim
2 Comments
Alhamdulillah dah selesai bayar zakat pada hari pertama puasa. Beberapa tahun ni guna online saja. Sebelum tu guna cara drive thru pun mudah.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Kasut Satan Shoes Cetus Kontroversi Nike, Terjual USD10,000
Salam Ramadan.
Nampaknya kaar zakat minum di wilayah adalah yang paling rendah RM5.
Adakah ini menunjukkan di wilayah ramai penduduk yang kurang kemampuan?
Sama2 kita muhasabah diri.
Comments are closed.