Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikata melainkan sujud syukur tanda terima kasih kepada ALLAH SWT apabila Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog selesai dengan jayanya. Bukanlah sempurna 100% tetapi dengan tempoh yang sangat singkat kejayaan menganjurkan seminar ini oleh Team Denaihati Network bolehlah dibanggakan. Terima kasih kepada Shakiddo, Anarm dan Eizil yang bertungkus lumus sejak awal menguruskan dengan bantuan Shahril, Hazman, Nurliza, Pendekar Berkuda dan semua sukarelawan.
Jutaan terima kasih kepada penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf khasnya kepada Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi/CEO yang juga sudi berkongsi kisah susah senang membina perniagaan dan kisah macam mana memikat isteri, semua peserta teruja sangat. Tidak lupa kepada En Ahmad Yani Abd Manaf, Senior Editor Majalah i yang juga menjadi jambatan melancarkan majlis yang dihoskan di Dewan Sultan Muhammad V Karangkraf. Paling terbaik Dato’ Hussamuddin juga memberi ruang kepada Sinar Harian menjadi rakan media yang mempromosi meluas keseluruh Malaysia.
Seminar Buat Duit dengan Affiliate tidak akan menjadi kenyataan kalau bukan dengan tajaan utama Jopana.my dan penaja bersama Amaraiman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen (khas untuk peserta dan semua pembaca ada diskuan 20% jika order sekarang dengan hashtag #denaihati), Klikjer.com, Choc4Gaza dan semua penaja t-shirt HazmanFadzil.com, Kitepunye.com, Hafiz.my, Flavapictures.com.my, Mohdzarin.com, Cahayadiana.com, Beevenommalaysia.com, Mohdfairiz.com dan Crunchykapit.com. Sumbangan penaja semua telah membantu menyebarkan ilmu kepada semua peserta.
Watak paling penting yang menjayakan seminar tidak lain tidak bukan adalah yang bijak pandai ahli panel iaitu Prof Hariz bakal jutawan muda, Zeo Unic yang memang unik, En Titan juga ada banyak nama samaran (mohon maaf penganjur terlupa order Cendol), Shuth penulis e-Book bahasa Melayu pertama di dunia dan Eizil guru besar Akademi Denaihati. Ilmu yang mereka sampaikan ringkas tetapi padat menjadi pembuka minda asas untuk buat duit affiliate dengan blog. Tidak lupa juga kepada Hilal Azmi yang diangkat dari peserta menjadi emcee serta Ustaz Noehas yang telah membuka dan menutup majlis dengan bacaan doa.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang dari Indonesia, Singapore, Kemboja dan dari berbagai pelusuk Malaysia, semuga majlis ilmu ini memberi manafaat penyuntik idea baru bagi menempuh 2015 yang lebih mencabar kehidupannya. Kami penganjur menghulur jadi sepuluh memohon ampun dan maaf sekira ada salah dah silap, terlanjur kata juga tidak terlayan serta tertegur. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH atas kelemahan diri kami.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
Semuga ada lagi penganjur lain yang akan menganjurkan seminar buat duit dengan affiliate khas untuk blogger seperti ini kerana hampir semua seminar buat duit dengan affiliate adalah untuk IM. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini hanya satu permulaan untuk perjalanan menjana wang berganda.
No related posts.
89 Comments
affiliate salah satu teknik mengembangkan bisnis online yang paling bagus.
tahniah DH.. saya terlalu lama tinggalkan blogging.. in sha Allah kalau ada seminar mmg bercadang nak join
duk tengok blogger yang join rata-rata menyatakan best tak rugi melabur rm150 teringin di hati apakan daya jauh.la pulak
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
tahniah kerana telah berjaya buat seminar dan dapat sambutan yang menggalakkan
tahniah kepada tim denai hati, acara ini sedikit sebanyak boleh menaikkan dan memperkenalkan affiliate sebagai salah satu cabang pendapatan.
Curahan rasa ikhwan @ ..Rahsia RM100000 Dengan Affiliate Niche Kerjaya
ya betul tu, masih ramai lagi sebenarnya tak tahu potensi buat duit dengan affiliate ni
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Semoga mendapat berkah Allah seminarnya berjalan dengan Lancar dan akan muncul banyak lagi blogger baru berjaya
Curahan rasa Abdullah @ ..Dasar-dasar memahami Tauhid
Alhamdulillah…. Saya dipermudahkan untuk menyertai seminar affiliate ini selain ada rezeki untuk menjadi salah seorang penaja T Shirt.Sesungguhnya terlibat dalam masa yang sedikit untuk persiapan seminar memberikan pengalaman yang menarik sepanjang saya jadi blogger – terima kasih
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Pengalaman seorang peserta Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog makan roti canai banjir pukul 2.30 pagi
memang terbaik tshirt tu, ada URL nama sendiri lagi gitu.rasa best plak bila pakai 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Rasa rugi sangat2 tak dapat join Seminar nie…
Bila laa berpeluang untuk join lagi…
Curahan rasa fazrol @ ..Teman Ex-Awek tengok Manisnya Cinta di Cappadocia
sama la juga tak dapat pergi event ni,teringin juga nak pergi, tambah plak nak jumpa ngan bro Zeo tu..masih tak kesampaian
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah kepada Team Denaihati yang berjaya anjurkan seminar ni. Saya tak dapat nak hadir sebb ada urusan lain walaupun sebelum tarikh tu dahberjumpa dengan otai2 affiliate di Palm Garden … alhamdulillah, banyak juga ilmu dicedok secara santai ..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Syabas Denaihati dan semua… Penganjuran yang sangat baik.. Semoga semua dapat manfaat dari program ini
Curahan rasa Weschairs @ ..Kucing Berwajah Masam (Grumpy Cat)
tahniah kepada peserta yang hadir..diharap selepas ini akan ada lagi seminar seperti ini danada rezeki saya untuk turut serta
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Dengar cerita nak buat di Melaka nantinya ni. Untung orang selatan Malaysia naaa walaupun ramai yang berjaya kaya affiliate ni orng utara .. ngeeee //
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
teringin juga nak jumpa bro nanti..salah sorang otai blogger juga ni
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah buat yang dapat hadir untuk seminar buat duit affiliate dengan blog ni. Pasti dapat banyak ilmu berguna kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ya betul.. para peserta yang hadir seminar ini, sgt beruntung. . Semoga dapat memanfaatkan ilmu yg dipelajari untuk tingkatkan pendapatan pada tahun 2015. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
yang paling penting sebenarnya adalah action selepas seminar, kalau tak buat apa, apa pun tak dapat
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah yang dapat hadir tu, kawan2 yang ada tu kongsi2 la ilmu dengan kami ni hihi
Curahan rasa Adi @ ..Kawasaki Vulcan S ABS 2015 – Cruiser Hebat Dari Jepun
Betul tu.. saya setuju. . Harap ramai yang sudi kongsikan ilmu yang dipelajari semasa menyertai seminar tersebut. Lagi byk kita berkongsi, In Shaa Allah, kita semakin dimurahkan rezeki. . .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
anda kaya dan berjaya! Alhamdulillah ramai yang dah mendapat manfaat seminar ini..moga2 ada juga rezeki saya nak hadir seminar camni lagi..
Curahan rasa faezah @ ..Mengapa bersedih, Allah kan ada!
Setiap kejayaan perlu didahului dengan mendekatkan diri kepada Allah. .. Disebabkan itu dalam laungan azan, kita digesa untuk mendirikan solat terlebih dahulu, sebelum menuju kejayaan. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
tahniah denaihati di atas kejayaan penganjuran program ini.
Sangat bermanfaat untuk para IM
Curahan rasa maria @ ..Petua Besarkan Payudara Tanpa Suntikan Elak Rasa Rendah Diri Pada Suami
Seminar ini sesuai untuk dihadiri oleh blogger.. berbanding IM.. lepas ni tentu lebih ramai IM akan muncul dalam kalangan blogger. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Comments are closed.