Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikata melainkan sujud syukur tanda terima kasih kepada ALLAH SWT apabila Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog selesai dengan jayanya. Bukanlah sempurna 100% tetapi dengan tempoh yang sangat singkat kejayaan menganjurkan seminar ini oleh Team Denaihati Network bolehlah dibanggakan. Terima kasih kepada Shakiddo, Anarm dan Eizil yang bertungkus lumus sejak awal menguruskan dengan bantuan Shahril, Hazman, Nurliza, Pendekar Berkuda dan semua sukarelawan.
Jutaan terima kasih kepada penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf khasnya kepada Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi/CEO yang juga sudi berkongsi kisah susah senang membina perniagaan dan kisah macam mana memikat isteri, semua peserta teruja sangat. Tidak lupa kepada En Ahmad Yani Abd Manaf, Senior Editor Majalah i yang juga menjadi jambatan melancarkan majlis yang dihoskan di Dewan Sultan Muhammad V Karangkraf. Paling terbaik Dato’ Hussamuddin juga memberi ruang kepada Sinar Harian menjadi rakan media yang mempromosi meluas keseluruh Malaysia.
Seminar Buat Duit dengan Affiliate tidak akan menjadi kenyataan kalau bukan dengan tajaan utama Jopana.my dan penaja bersama Amaraiman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen (khas untuk peserta dan semua pembaca ada diskuan 20% jika order sekarang dengan hashtag #denaihati), Klikjer.com, Choc4Gaza dan semua penaja t-shirt HazmanFadzil.com, Kitepunye.com, Hafiz.my, Flavapictures.com.my, Mohdzarin.com, Cahayadiana.com, Beevenommalaysia.com, Mohdfairiz.com dan Crunchykapit.com. Sumbangan penaja semua telah membantu menyebarkan ilmu kepada semua peserta.
Watak paling penting yang menjayakan seminar tidak lain tidak bukan adalah yang bijak pandai ahli panel iaitu Prof Hariz bakal jutawan muda, Zeo Unic yang memang unik, En Titan juga ada banyak nama samaran (mohon maaf penganjur terlupa order Cendol), Shuth penulis e-Book bahasa Melayu pertama di dunia dan Eizil guru besar Akademi Denaihati. Ilmu yang mereka sampaikan ringkas tetapi padat menjadi pembuka minda asas untuk buat duit affiliate dengan blog. Tidak lupa juga kepada Hilal Azmi yang diangkat dari peserta menjadi emcee serta Ustaz Noehas yang telah membuka dan menutup majlis dengan bacaan doa.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang dari Indonesia, Singapore, Kemboja dan dari berbagai pelusuk Malaysia, semuga majlis ilmu ini memberi manafaat penyuntik idea baru bagi menempuh 2015 yang lebih mencabar kehidupannya. Kami penganjur menghulur jadi sepuluh memohon ampun dan maaf sekira ada salah dah silap, terlanjur kata juga tidak terlayan serta tertegur. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH atas kelemahan diri kami.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
Semuga ada lagi penganjur lain yang akan menganjurkan seminar buat duit dengan affiliate khas untuk blogger seperti ini kerana hampir semua seminar buat duit dengan affiliate adalah untuk IM. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini hanya satu permulaan untuk perjalanan menjana wang berganda.
No related posts.
89 Comments
Baru perasan saya comel je dlm gambor tu… hehe… makcik perasan jap 😀 😀 😀
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate
Trm kasih sudi menganjurkan program sebegini. Amat membuka minda sampai nk buat entri pun sgt berhati2. Duduk deraf lg. Tp entri seminar yg pertama dah siap. Yg ke 2 masih dlm deraf. Nk curi ms elum dpt lg utk siapkn entri tu ^__^
Curahan rasa ieta mat saad @ ..TIPS BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE
Tahniah Denai hati kerana berjaya menganjurkan seminar ini. Next time insyallah nak cuba hadiri.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..7 TAHUN MERANA MASALAH KULIT BERJERAWAT, CIK JAN KEMBALI DENGAN KULIT MULUS
Sudah dapat ilmu perlu ada pelan tindakan yang berkesan dan mantap. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Promosi MURAH email autoresponder Emelmatik
Tahniah pada yang datang tu.
Semoga dapat beri manfaat pada semua yg datang.
Curahan rasa titan @ ..Masam Manis Seminar Buat Duit Affilitate dengan Blog
Selamat untuk peserta yang hadir semoga bisa menindaklanjuti ilmu yang telah diterima.
Sayangnya saya tak bisa baca buku “BAGI DUIT DENGAN AFFILIATE”, karena begitu di klik hasilnya “country not supported”. Sayang sekali….
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Sukses Menjual Barang Bekas di Internet
Terima kasih atas penganjuran yang terbaik ini. Banyak ilmu yang diperolehi. Harap ada lagi seminar-seminar seperti ini lagi
Curahan rasa cikpin @ ..Di Sebalik Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog Anjuran Denaihati
semoga ada lagi event seperti ini dan moga dapatlah join..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Belajar Gitar – Layan Lagu Canon Rock
Tahniah buat peserta yg dspat hadirkan diri di seminar ini. Moga ilmu yg dapat boleh dikembangkan ilmunya kepada rakan2 lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Lejen IM
Bukan semua dspat hadir, yg hadir ini satu langkah permulaan untuk lebih baik drp sekarang. Insya Allah……
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Lejen IM
Satu lagi cabang ilmu yang masih boleh diperluas denan affiliate utk dijana di blog masing2. TahniahTuan Denaihati berjaya menganjurkan seminar ini dgn jayanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala AFF Suzuki 2014: Keputusan Terkini Final Pertama Thailand vs Malaysia
memang ilmu yang sangat berharga sekali mereka yang hadir dapat.kalau tak dipraktikkan ilmu, memang takkan dapat hasilnya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah Tuan Denaihati kerana telah menganjurkan Seminar Buat Duit Affiliate.. Mohon maaf sebab tak dapat hadir hari tu… kebetulan saya menerima 5 undangan kenduri… Maklumlah orang duduk dekat kampung.. Dekat kampung saya jer dah ada 3 undangan + 2 undangan kahwin daripada rakan sekerja dan rakan sekampung masa sekolah menengah dulu… Daripada 3 sudahnya dapat pergi 2 undangan jer, disebabkan lokasi yang agak jauh…
Harap boleh anjurkan seminar seumpama ini lagi pada masa akan datang…
Kepada yang hadir seminar ini, saya ucapkan Good Luck.. Semoga boleh menambah pendapatan pada tahun 2015 nanti, melalui affiliate…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
bertuahnya sapa yang boleh hadir tu, kena amalkan ilmu barulah bermanfaat dan berjaya
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Promosi Collagen Powder memang berbaloi
mmg bertuah, dapat tambah rakan, dapat pula ilmu yang menguntungkan
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah DH.. semoga dpt anjur program yg bermanfaat lagi tahun depan..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menanti Kuiz Ketiga Cabaran iPhone 5s
insyaallah. lepas ini fyna akan cuba untuk join seminar or event tunai denaihati lepas ini.
2016 nanti harap ada la juga event yang best macam ni juga ye
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.