Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikata melainkan sujud syukur tanda terima kasih kepada ALLAH SWT apabila Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog selesai dengan jayanya. Bukanlah sempurna 100% tetapi dengan tempoh yang sangat singkat kejayaan menganjurkan seminar ini oleh Team Denaihati Network bolehlah dibanggakan. Terima kasih kepada Shakiddo, Anarm dan Eizil yang bertungkus lumus sejak awal menguruskan dengan bantuan Shahril, Hazman, Nurliza, Pendekar Berkuda dan semua sukarelawan.
Jutaan terima kasih kepada penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf khasnya kepada Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi/CEO yang juga sudi berkongsi kisah susah senang membina perniagaan dan kisah macam mana memikat isteri, semua peserta teruja sangat. Tidak lupa kepada En Ahmad Yani Abd Manaf, Senior Editor Majalah i yang juga menjadi jambatan melancarkan majlis yang dihoskan di Dewan Sultan Muhammad V Karangkraf. Paling terbaik Dato’ Hussamuddin juga memberi ruang kepada Sinar Harian menjadi rakan media yang mempromosi meluas keseluruh Malaysia.
Seminar Buat Duit dengan Affiliate tidak akan menjadi kenyataan kalau bukan dengan tajaan utama Jopana.my dan penaja bersama Amaraiman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen (khas untuk peserta dan semua pembaca ada diskuan 20% jika order sekarang dengan hashtag #denaihati), Klikjer.com, Choc4Gaza dan semua penaja t-shirt HazmanFadzil.com, Kitepunye.com, Hafiz.my, Flavapictures.com.my, Mohdzarin.com, Cahayadiana.com, Beevenommalaysia.com, Mohdfairiz.com dan Crunchykapit.com. Sumbangan penaja semua telah membantu menyebarkan ilmu kepada semua peserta.
Watak paling penting yang menjayakan seminar tidak lain tidak bukan adalah yang bijak pandai ahli panel iaitu Prof Hariz bakal jutawan muda, Zeo Unic yang memang unik, En Titan juga ada banyak nama samaran (mohon maaf penganjur terlupa order Cendol), Shuth penulis e-Book bahasa Melayu pertama di dunia dan Eizil guru besar Akademi Denaihati. Ilmu yang mereka sampaikan ringkas tetapi padat menjadi pembuka minda asas untuk buat duit affiliate dengan blog. Tidak lupa juga kepada Hilal Azmi yang diangkat dari peserta menjadi emcee serta Ustaz Noehas yang telah membuka dan menutup majlis dengan bacaan doa.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang dari Indonesia, Singapore, Kemboja dan dari berbagai pelusuk Malaysia, semuga majlis ilmu ini memberi manafaat penyuntik idea baru bagi menempuh 2015 yang lebih mencabar kehidupannya. Kami penganjur menghulur jadi sepuluh memohon ampun dan maaf sekira ada salah dah silap, terlanjur kata juga tidak terlayan serta tertegur. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH atas kelemahan diri kami.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
Semuga ada lagi penganjur lain yang akan menganjurkan seminar buat duit dengan affiliate khas untuk blogger seperti ini kerana hampir semua seminar buat duit dengan affiliate adalah untuk IM. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini hanya satu permulaan untuk perjalanan menjana wang berganda.
No related posts.
89 Comments
Alhamdulillah… satu penganjuran yang baik dan bagus untuk membuka mata blogger tentang sisi lain cara buat duit dengan blog.
Curahan rasa Pendekar @ ..Kenapa Perlu Branding Blog?
mmg terbaik, peluang untuk semua blogger buka mata untuk buat duit dengan lebih banyak lagi.
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
alhamdulillah makin ramai blogger yang dah berjaya jana wang melalui program affiliate ni kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Nasi bubur berlauk sedap di suraya Seafood Kg. Baru
memang dah ramai sangat bro… tak mampu disangkal lagi… semoga tahu depan ada lebih baik lagi. insyaALLAH..
Curahan rasa Pendekar @ ..Kenapa Perlu Branding Blog?
baru la nampak ramai sikit blogger yang buat duit dengan affiliate, tapi ada juga yang tak nak ambil tahu..rugi le
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah… InsyaAllah, Mungkin satu hari nanti akan sertai program denaihati. Ntah bila lah tu… 🙂
Curahan rasa BM @ ..Misi Blogwalking – Rutin Seorang Blogger
kena tetapkan target juga bro, ada kesempatan, cepat-cepat book date tu.
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahniah kepada pasukan Denaihati, saya rasa beruntung sungguh dapat menghadiri seminar ini.
Tak sabar untuk mengikuti seminar selanjutnye. Akan saya kongsi ilmu ini dengan teman-teman di Singapura.
Syabas Denaihati!!!
Wah, seronok sungguh tengok seminar buat duit affiliate dengan blog ni. Good job dan keep it up, Bantu orang-orang melayu untuk menambah pendapatan mereka.
Yakinlah, 9/10 rezeki datangnya daripada berniaga.
very good.. keep posting.. blog walking.. sukses slalu.. thx yaa.. hehee,,
Curahan rasa ARTIS JAV TERCANTIK @ ..FREE LIVE STREAMING TV ONLINE
berjuta tahniah kepada pasukan Denaihati kerana menganjurkan seminar yang telah membuka seribu rahsia mengenai affiliate. kita sedia tahu adalah ia hanya bekerja di rumah tak perlu berjumpa sesiapa. akan datang yeop akan sertai lagi, insyaAllah.
nota: entri belum buat lagi, masih tunggu masa untuk buat, walaupun cerita pun dah basi. huhu
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..5 Perkara Negara Wajib Buat Sebelum 2020
moga bro juga dapat buat duit dengan affiliate dengan jayanya.boleh kita bersaing sama-sama nanti juga
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
saya ingin tanya…apakah untuk di indonesia bisa berlaku ?
terimakasih sahabat
nak tanya,, seminar hanya ajar untuk dapatkan duit melalui affiliate sahaja? ada tentang lain ? – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Lawak Shiro – Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 6
Seminar kali hanya untuk buat duit dengan affiliate sahaja … cara-cara lain ramai sifu lain ada mengajar pilih sahaja nak yg mana.
Curahan rasa denaihati @ ..Kelas Buat Blog Akademi Denaihati Januari 2015
owh,, nak pilih macam mana tu? boleh bagi tahu sikit? hehehe kurang paham – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Lawak AC Mizal – Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7
kalau nak belajar semua sekali dalam satu masa, mmg tak dapat apa.lagi mudah concentrate satu -satu sahaja dulu..
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
terbaiklah kepada semuanya..saya amat teruja untuk membaca perhargaan untuk mereka
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tips Hadapi Hati Gundah Gulana
Penghargaan juga adalah penjenamaan untuk mereka yang sudah membantu penjayakan seminar yg sangat bermanafaat
Curahan rasa denaihati @ ..Top 10 Facebook Page Malaysia
tahniah pada yang dapat hadir, affiliate memang tengah topik yang menarik untuk dibincangkan…dah ramai mula buat duit dengan affiliate
Curahan rasa Syami @ ..Cara Buat Duit RM2000 Sebulan Dengan Apa Yang Ada
memang kerugian kalau taknak buat duit dengan affiliate,duit masuk kekadang tu tanpa disedari.
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Waaa camne boleh terlepas ni .. Hopefully dpt join seminar yg bagus ni .. Ehem bila ada lagi?
Mesti sesekali je baca blog Denaihati tu yang terlepas … heee 23x
Kena selalu singgah sebab banyak perkongsian ilmu dan seminar yg bermanafaat di sini
Curahan rasa denaihati @ ..Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih
betul tu, saya pun takde la selalu sangat, tapi kalau dah topik best tu memang kena singgah selalu la nampaknya 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
semoga peserta yang menghadiri program ini dapat menggunakan ilmu yang diberikan dengan sebaik-baiknya….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Ahmad Shapawi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Baru
tahniah kepada pihak penganjur….semoga seminar yang sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pertandingan Memancing GP Selangor Taman Tasik Shah Alam
Comments are closed.